Anak Pandai MENIRU Itu Bagus!!!

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Hah??? Meniru tu bagus??? Kalau anak pandai meniru itu satu perkara yang bagus??? Oopss bukanlah bermakna kita menggalakkan anak-anak kita supaya meniru tugasan sekolah ataupun di dalam peperiksaan yer? Sila baca sampai habis dulu artikel ini yang Farah pinjam dari sumber di SINI.

Jika di sekolah dahulu, meniru adalah satu kesalahan besar. Tetapi sebenarnya meniru adalah asas proses pembelajaran. Meniru pergerakan, tindakan dan bunyi adalah kemahiran asas untuk setiap anak. Contohnya, pergerakan seperti tepuk tangan atau melambai adalah pergerakan mudah untuk ditiru sejak bayi lagi. 

Kenapa Meniru Itu Penting???
  • Menyalin tulisan guru di papan hitam ke dalam buku latihan itu meniru.
  • Mengikut pergerakan cikgu pendidikan jasmani itu meniru.
  • Mengeluarkan bunyi yang sama (bercakap) seperti ibu bapa itu meniru. 
  • Mengikut pergerakan imam dalam solat itu meniru.
Selain itu, meniru juga tidak semestinya pergerakan sahaja. Kita juga perlu didik anak supaya pandai meniru bunyi. Anda juga boleh mulakan dengan perkataan mudah seperti "Bye Bye" atau "Hai" di samping gerakan melambai. Ia membantu merangsang anak yang memiliki masalah lambat bercakap.

Oleh itu boleh dikatakan, meniru itu sebahagian intipati pembelajaran dan kejayaan. Untuk seseorang anak boleh meniru, yang penting mereka mesti memiliki tumpuan dan fokus penglihatan. Maka didiklah anak supaya boleh meniru anda dari awal usia lagi. Bukannya mendidik anak untuk meniru tugasan sekolah ataupun di dalam peperiksaan yer???

Bagaimana Caranya???
  • Perbanyakkan berkomunikasi dengan anak.
  • Perbanyakkan hubungan mata ("eye contact")
  • Luangkan masa bermain bersama mereka. (secara fizikal bukan maya)
  • Mulakan dengan aktiviti mudah mengikut kemampuan anak.

Haaa...mudahkan? Sebenarnya mulakan dengan aktiviti mudah sahaja dahulu. Bermain dan membaling bola bersama, melompat, tepuk tangan dan macam-macam lagi. "Key point" nya adalah MESTI MENYERONOKKAN. Bila seronok anak nak buat lagi dan lagi. Dari situlah mereka mempelajari sesuatu, membaiki kesilapan cubaan lepas dan berinteraksi dengan kita. 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Pendek kata nak meniru..biar bertempat..biar kena dengan situasinya..

    ReplyDelete
  2. anak2 kecil mmg akan meniru perbuatan org sekelilingnya terutama mak ayah..sbb tu kene stay dlm good environment

    ReplyDelete
  3. Yup, learning must be fun. Baru lah anak suka

    ReplyDelete
  4. aida setuju.
    kalau meniru masa exam skola, mahu kena ketuk nanti ha ha ha :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !