Asalkan "post" gambar jer semua gambar nampak gigi, asalkan "post" gambar jer semua gambar nampak gigi, sampaikan ada yang hairan bila waktunya Farah ni nak bermasam muka atau tunjukkan muka sedih atau tak puas hati? Ha ha ha... ada waktunya kita bersedih, ada waktunya kita gembira... Farah sedih, Farah berduka, Farah sakit hati, Farah hangin satu badan, Farah marah takkanlah Farah nak tunjuk... Memang tak salah, tetapi Farah lebih memilih untuk tidak "publicize" kepada umum dan simpan sendiri-sendiri...
Bukannya jadi hipokrit, bukannya nak berselindung perkara yang sebenar. Cuma bagi Farah, yang Farah fikirkan adalah, jika sekalipun Farah tunjuk apakah ada jalan penyelesaian pada Farah? Bercerita tu mungkin iya, tetapi tidak pada semua orang. Pada mereka-mereka yang Farah rapat dan percayai sahaja sejujurnya.
Pengalaman diri sendiri, memang bukan mudah untuk menyembunyikan kesedihan, rasa sakit hati, rasa marah dan rasa tidak puas hati. Memang tak mudah. Memang sangat-sangat mencabar ujian Allah untuk bertahan menyembunyikan semua rasa-rasa atau aura-aura negatif itu dari pengetahuan umum. Ada kalanya terlajak juga, bila tersedar cepat-cepat ambil tindakan yang sewajarnya dan beristighfar banyak-banyak.
Tipulah kalau Farah katakan yang Farah ni tidak pernah merasa terlalu lemah, terlalu tak berdaya, terlalu sakit, terlalu perit, terlalu marah...Farah juga manusia biasa, ada masanya, ada ketikanya, ada saatnya Farah juga sama seperti anda, bersedih, berduka, sakit hati, marah, rasa nak lempang orang, rasa nak tumbuk orang...Hu hu hu...Semua ada ok?
Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Tengok anak, tenung anak air mata bergenang lepas tu berjurai-jurai menangis teresak-esak dalam bilik air seorang diri. Hua hua hua...Ini pengakuan ni, pengakuan...Yang selalu sangat Farah buat adalah, pasang "shower" dan nangislah ko sepuas-puasnya...Sebab tu jangan ditanya kenapa Farah mandi dalam bilik air tu lama sangat...Sampai berjam-jam... Takkan nak cerita pula kannn??? Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, sindiran, umpatan orang dan berbagai-bagailah.
Ada juga orang yang bersedih dengan rupa parasnya, bersedih dengan kejadiannya, bersedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya. Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya... Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.
Sedikit perkongsian dari artikel yang Farah baca di SINI, mungkin anda pernah membaca ayat ini:
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita (At-Taubah:40)
Ok, bagaimana jika kita tetap merasa bersedih? Cuba buang perasaan sedih tu tetap sedih juga. Cuba buang perasaan sedih tu, lupa seketika selepas tu datang kembali perasaan sedih. Ini ertinya ada sesuatu yang salah di dalam hati kita. Dalam ayat di atas, kita tidak perlu bersedih sebab Allah bersama kita. Jika kita masih juga bersedih, ertinyalah kann, kita belum merasakan dekatnya dengan Allah.
Yang dimaksudkan bersedih bukanlah bererti menangis. Menangis adalah bermaksud dalam rangka takut dan berharap kepada Allah, supaya kita bebas dari api neraka. Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat ketidaksabaran, tidak menerima takdir dan menunjukkan kelemahan diri.
Bersedih itu adat manusia. Para Nabi bersedih. Bahkan Rasulullah SAW pun bersedih saat ditinggal oleh orang-orang dicintai beliau. Namun, para Nabi tidak berlebihan dalam bersedih. Para Nabi segera bangkit dan kembali berjuang tanpa memanjangkan kesedihan. Tetapi??? Tetapi sindrom di kalangan kita adalah, kita suka memanjangkan kesedihan. Seakan Allah tidak wujud dalam kehidupan kita.
Bersedih tidak diajarkan. Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita (QS At-Taubah:40)
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman (QS. Ali'Imran: 139)
Rasulullah SAW pun berdoa untuk agar terhindar dari kesedihan,
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau (HR. Abu Dawud)
Macam mana ek supaya kita ni tak lah terus-terusan bersedih? Jika kita melihat ayat dan hadis yang disebutkan di atas, setidaknya kita sudah memiliki dua kekuatan agar kita tidak terus berada di dalam kesedihan.
Pertama:
Dari ayat di atas (At-Taubah: 40) bahawa cara menghilangkan kesedihan ialah dengan menyedari, mengetahui dan mengingati bahawa Allah bersama kita. Jika kita sedar bahawa Allah bersama kita, oleh itu apa yang perlu kita takutkan?
Apa yang membuat kita sedih, Allah Maha Kuasa, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Saat kesedihan terus menimpa kita, mungkin kita lupa atau hilang kesedaran, bahawa Allah bersama kita. Untuk itulah, kita diperintahkan untuk terus mengingat kepada Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. (QS Ar Ra'd:28)Dari ayat ini, kita sudah mengetahui cara menghilangkan kesedihan, kecemasan, dan ketakutan iaitu bi zikrillah, dengan berzikir memuji Allah SWT.
Di dalam artikel yang sama juga ada dikongsikan bagaimana penulis sewaktu mengalami kesedihan dan itulah juga yang menjadi amalan Farah secara rutin setiap kali dilanda kesedihan... Tiga kalimat untuk berzikir itu Farah akui sememangnya betul-betul berkesan dan efektif...
1. Istighfar, memohon ampun kepada Allah SWT.
2. La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upada dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).
3. Hasbunallah wa ni'mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung).
Alhamdulilah lah, kesedihan, kecemasan dan ketakutan menjadi reda setelah berzikir dengan kalimat-kalimat di atas. Artikel ini juga berpesan bahawa haruslah diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
Kedua:
Cara menghilangkan kesedihan ialah dengan berdoa seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw. Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah. Maka berdoalah.
Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang (Hadith Riwayat Abu Daud)
Doa ini adalah diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah ra sewaktu Baginda mendapati beliau sedang bersedihan didalam masjid.
Kesedihan adalah keperluan. Tetapi tidak boleh berlebihan. Sedih memang baik. Sekali sekala ia melembutkan hati. Tanda jiwa yang sensitif. Tanda hati yang peka. Tetapi merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkan. Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan? Maka perhatikanlah masalah, bergerak menyelesaikannya.
Jika maslaah itu bukan datang dengan penyelesaian, sebagai contoh, kematian, hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita.
Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama. Kerana dia ada Allah di sisinya. Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya.
Jujurlah Farah akui bukan senang nak lawan kesedihan serta kedukaan yang melara jiwa tu...Tapi tulah... Alhamdulillah sangat-sangat, sehingga ke saat ini, masih lagi mampu tersenyum, masih lagi buat seperti tak ada apa-apa berlaku dan masih lagi mampu meneruskan hari-hari seperti biasa. Syukran Ya Allah...
Bukan mudah untuk seseorang menjadi kuat dan berdiri serta melangkah, tetapi berbekalkan pengalaman hidup dan berbekalkan sejarah-sejarah yang pernah terjadi sebelumnya, seseorang itu akan menjadi lebih kuat jika tenaga dan aura positif yang disalurkan di dalam dirinya... Jika sedih, cuba lapangkan dada, cuba senyum... istighfar, zikir...In Shaa Allah... tenang yang bakal kita rasanya dan kita akan mampu ceria...
La Tahzan Innallaha Ma'ana "Jangan bersedih, Sesungguhnya ALLAH bersama kita"
ReplyDeleteSesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama. Kerana dia ada Allah di sisinya. Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya.
fifie muhasabah diri sndri gak... tq for sharing!
saya pun gitu.simpan sorang2..nangis sorang2..bw dr www.housewifearts.blogspot.com
ReplyDeleteBetul tu kak... setuju sangat... T_T Tak semestinya semua kena tunjuk kan... Jangan sedih-sedih ye kak...Btw, suka tgk akak senyum... Gigi akak lawa laa... Hehehe.
ReplyDeleteBetul..susah nak kawal emosi tatkala terasa sangat teruji dan diuji..kerana kita manusia biasa yang berusaha menjadi luar biasa..
ReplyDeletebetul tu kak "Jangan bersedih Allah bersama kita"... Apa2 pun senyum tu awek muda kn.. :D senyum sokmo
ReplyDeleteBetul tu kak farah. Kita kongsi yg positif2 aje. Aura2 atau rasa2 negatif tu kita simpan dan singkirkan jauh2. Hehe
ReplyDeletePika pun Kak Farah. Kalau bersedih tak suka tunjuk dekat sesiapa pun. Kadang-kadang tu nangis sengsorang bawah bantal. Tapi one day pika cuba berubah think more positive, Dekat kan diri dengan Allah. Alhamdulillah bahagianyaaa Allah je tahu.Kadang-kadang kita ni suka bersedih atas sebab yang remes. Kata kunci yang pika selalu penggang is Don't focus on what you missing, Focus on what you already have, Then you'll be happy. InShaaAllah. kunklusinya bersyukur. Heee.. *panjang nyeww komen saya. Heee
ReplyDeleteSenyum nampak gigi, Nani pun macam tu, Hahah. In sha allah doa banyak2 supaya Allah gantikan kesedihan kita dengan sesuatu yang lebih baik :D
ReplyDeleteSama la macam Eirna..Susah orang nak nampak Eirna sedih...Hakikatnya banyak benda yang nak ditanggung dan difikirkan...Eirna anggap itu semua ujian dari Allah...Eirna doakan Farah dan Ash sentiasa dirahmati Allah..Amin...
ReplyDeletearghhh cantek sgt gambar tu farah
ReplyDeletemilionssssss like
haah, slalu nampak farah mesti senyum nampak gigi... tak semestinya kita kena tunjuk sedih depan org kan...
ReplyDeleteya betul tu farah...
ReplyDeletesenyum mu menawan ... gigi cantik, haruslah senyum nampak gigi #kipidap farah..hiihih
Lynda tahu Frah seorang yang kuat. Nak jadi kuat macam Farah juga ;)
ReplyDelete#Bondesenyumriang tu aura....
ReplyDeletekalau sedih menyepi je lah :)