Abang Long Ash???


Sejak akhir-akhir ni suka sangat dia menghisap ibu jari kaki dia, tak kiralah ibu jari kaki kanan ke? Kaki kiri ke? Ada masa-masa suka benar dia memperlakukan ibu jari kaki dia sebegitu. Ashhhh..... Jangan hisap ibu jari kaki nak oiiii... Tak mo, tak mo, jangan buat macam tu... Tak payah buat macam tu... Ha ha ha... 


15 jam yang lalu, Farah ada "upload" gambar yang di atas tu... Dan yang dilampirkan ini adalah komen-komen yang diterima dari rakan-rakan di Facebook Farah... Ha ha ha... Adik yer??? Ermmm.... Adik yer??? Ash, Mommy nasihatkan jangan harap sangat tau... Sebab Mommy memang tak ada perancangan pun nak bagi Ash adik lagi nih... Mommy nak besarkan Ash dulu pastikan Ash cukup serba serbi...Banyak lagi tugasan Mommy ni... Dan alasan yang paling munasabah serta bukan direka-reka boleh rujuk entri Tak Nak Bagi Ash Adik Ke???

Kalau ikut Abah Ash, memang nak bagi Ash adik, siap dia sakat Ash... "Nantilah, kalau Mommy ada adik "gegirl", Mommy dah tak sayang dia..."...Ahakss... Ingat lagi Farah ayat Abah Ash sewaktu sambutan hari lahir dia pada tahun 2015 ni. Errr, Ash hisap-hisap ibu jari kaki ni dah teringin sangat nak menyandang gelaran Abang Long ke? Alaaa... "chill" lah nak... Kita "enjoy" lah dulu puas-puas berdua... Mommy tak janji ok? Ha ha ha, kalau kot yer dia nak lah adik kann??? Tapi bagi Farah, cukuplah Ash seorang buat masa dan ketika ini. 

Ada perkara yang Farah ingin fokus, ada perkara yang Farah ingin lakukan dan masih belum cukup bersedia lagi untuk Farah bagi Ash adik...Alasan kuat pun dah nyatakan di dalam entri yang sebelumnya. Jadi tak perlulah berulang-ulang nak nyatakan cerita yang sama di dalam entri ini juga... Tidaklah kata menidakkan rezeki Allah, cuma buat masa sekarang dan ketika sekarang ni kalau bolehnya biarlah dulu... Jika Ash seorang jer pun, syukur Alhamdulillah pada Allah atas kurniaan Allah SWT... 

Kalau Allah bagi rezeki juga??? Ahaaa... langkah pencegahan masih dilakukan...In Shaa Allah, mungkin tidak di dalam waktu terdekat ni ataupun setahun 2 tahun 3 tahun akan datang... Kuasa Allah siapa nak tau yer tak? Tapi kesihatan tu memang tak mengizinkan... Mungkin Ash boleh simpan angan-angan tu seketika kot? ;-)... Bukan tak suka kanak-kanak...Bukan tak suka anak...Suka sangatttt...Lagi-lagi "baby uolss"... Tapi tulah ada sebab yang tersendiri... 

Takperlah Ash, teruskan menghisap ibu jari kaki tu...Ha ha ha... Asalkan Ash gembira...Orang dulu-dulu kata kalau anak menghisap ibu jari kaki tu maknanya nak beradik...Orang dulu-dulu kata tau...Orang sekarang-sekarang pun ada juga berkata macam tu, "inherited" dari orang dulu-dulu... Tapi semuanya adalah atas kekuasaan Allah SWT... ;-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Abang Long Ash??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, August 18, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

18 comments:

  1. mesti comel ada adik..hehe..tp tpe..tunggu masa sesuai and ada rezeki nnti. Allah aturkan masa yg tepat :)

    ReplyDelete
  2. Ash nak adikkk.... oke mommy pls proceed... hehe.. gurau jer sis...

    ReplyDelete
  3. Org tua2 ckp camtulah, apa salahnya bg Ash kawan kan.

    ReplyDelete
  4. Musim-musim hujan sejuk ni elok le..

    ReplyDelete
  5. yeayyyy..abg long ash!!!! can't wait :)

    ReplyDelete
  6. Hehehe...ash saja buat regangan la mummy..sengal punggung..

    ReplyDelete
  7. Org tua-tua memang percaya tapi sekarang tak ada lagi dah..
    Kakak tahu kisah betapa sukarnya hari-hari yg Farah lalui utk dptkan yg satu ini.
    Faham... dilema utk yg kedua?

    ReplyDelete
  8. Amboi abang Ash.. mintak kat mommy ke tu :p

    ReplyDelete
  9. yeayy..bestnye ash nak dapat adik.. :)

    ReplyDelete
  10. huhu...mcm anak fiqa umo 6 bulan dah isap ibu jari kaki..
    tgok2 btl dia nak dpt adik
    now umo abg 1thn4 bulan' adik nak masuk 2 bln..
    nangis nak jaga hero rapat2 nie..hihi

    ReplyDelete
  11. Hehe... Sy pun jarakkan kak... Biarlah org nak kata merancang anak jauh sgt pun kan... Diri kita..kita je tahu camne...

    ReplyDelete
  12. Ewah2 ash hhehe, klau da rezki terimala ja la kan sis..

    ReplyDelete
  13. nanti jadi habit pulak kalau biar dia hisap jari kaki..huhu..

    ReplyDelete
  14. insyalllah semoga kak farah bertambah rezeki..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY