Home » , , , , , , , , , » WANITA | Kalau Dah Malas Sangat Nak Berdandan... Sila Baca Ini...

WANITA | Kalau Dah Malas Sangat Nak Berdandan... Sila Baca Ini...

Sumber dari Google
Ada orang sukaaaa sangat berdandan...sampaikan sekejap-sekejap cari cermin, sekejap-sekejap "touch-up"... Ada orang pula, suka berdandan...tetapi sekali jerlah menghadap cermin lepas tu tak kuasa nak "touch-up" ke apa ke... dan  ada orang...memang malas nak berdandan...Biarlah macam tu jer... Tak kisah pun kelihatan bagaimana... Alasannya... "natural beauty"... Tak dinafikanlah memang ada orang yang betul-betul "natural beauty" yang tak perlukan apa-apa di muka memang nampak cantik, nampak gebas gebus dan "flawless" githchewss... 

Macam Farah ni, disebabkan wajah yang dah biasa ditatarias dengan solekan, jika tidak bersolek, sikit pun jadilah oles-oles bedak, oles-oles "eyeliner"... dan juga "lip balm"...Sebabnya? Tidak mahu wajah kelihatan kusam dan tidak berseri... Jujurnya mengaku, belum ada keyakinan sangat nak tayang "naked face" di khalayak ramai... Haaa tulah...dah biasa sangat bergantung dengan solekan kan? 

Masa zaman-zaman anak dara dulu, memang diakui Farah jenis yang "heavy make-up user" setiap hari bila keluar ke mana-mana atau ke pejabat... memang tak pernah "miss" solekan... Baru-baru nak "up" dan baru-baru nak bereksplorasi dengan alat solekan kaedahnya...Bha ha ha...Tu yang jadi jakun sedikit tu...Masa belajar tak berpeluang nak bersolek-solek bagai... 

Selepas dah kahwin dengan Abah Ash... Masih kekal begitu juga tabiat dan perangainya...tetapi bermula dari hamilkan Ash sampailah sekarang ni, lebih suka ke arah solekan "natural" dan tipis serta ringkas... Haaa gitchewss... Dan keyakinan nak keluar rumah dengan "naked face" tu dah terserlah dah... Cuma akan "heavy make-up" bila ke sesuatu acara atau majlis jer... Hari-hari yang tertentu, tempat-tempat yang tertentu... Zaman barang semua mahal ni... Kena jimat-jimat sikit alat solek...Bha ha ha... Tak boleh nak jadi naga sangat... 

Nak kata malas tu tak malas... Tapi nak cabar diri sendiri untuk tampil dengan "naked face" di khalayak ramai tetapi tetap "maintain" anggun dan berseri gittchewsss...Ahakss, masalahnya anggun ke? Berseri ke? Iyalah, lagi-lagi dah jadi Mommy ni kann??? Setiap hari terpaksa curi peluang untuk siapkan diri sewaktu dalam perjalanan ke pejabat atau siapkan diri di pejabat. Semata-mata? 

Semata-mata nak "maintain" katanya... "Maintain"-lah sangat... Terma malas kalau dengan solekan ni memang tak "matching" bagi Farah, sebab Farah suka bermain dengan alat solek dan bereksplorasi dengan warna-warna solekan yang ada...He he he... Cumanya... (bebel punya panjang, tetapi ini intipatinya...), ni ikhlas ni nak bantu siapa-siapa yang rasa malas nak berdandan supaya boleh berdandan... 

Dari tak berdandan langsung, mungkin boleh pertimbangkan petua-petua yang Farah dapat dari SINI

Sediakan "Make-Up Remover"
Kalau tidur dengan muka yang tidak dicuci, melekat dengan solekan anda boleh buat kulit wajah cepat rosak dan nampak tua. Nak senang, sediakan "make-up remover" atau tisu basah di kepala katil. Setiap kali bangun, terus capai untuk bersihkan wajah. Bukan ke senang? 

Guna "Blow-Dryer"
Remeh juga kalau pakai "toner" atau pelembap wajah dan nak kena tunggu kering sebelum sapu bedak yer tak? Apa kata anda guna saja "blow-dryer" bagi cepat meresap ke dalam kulit. Tetapi jangan suhu yang tinggi pula, tidaklah ambil masa yang lama sangat untuk hias wajah sendiri. 

Guna Gincu
Pakai solekan pada wajah pun perlukan "mood" yer??? Tetapi kalau dah tak ada masa sangat atau malas sangat, anda boleh sapu gincu di bibir. Itu dah cukup untuk naikkan seri, tidaklah wajah pucat yer tak? Pilih warna yang bersesuaian dan menampakkan anda "vibrant" yer...

Sedikit Pembayang Mata
Ambil saja gincu and di bibir dan sapukan di pipi. Ya, hanya perlu sedikit dan ratakan di atas kelopak mata dengan gincu anda tadi. Senang, hanya gunakan satu produk. Lagipun cara ini cukup jimat untuk anda. Untuk kesan yang canti, anda boleh menggunakan "butter lipstick NYX" warna pink yang cerah.

Syampu
Kalau rambut tidak sempat dicuci atau syampu setiap hari, anda boleh pakai "dry shampoo" dan sembur pada rambut sebelum tidur. Kesannya setiap kali bangun pagi rambut anda lurus dan tidak perlu disikat. Hanya guna jari sajaaa... He he he... 

Ini kalau dah malas sangatlahhh... Tapi Farah tak pernah pun bereksperimentasi macam ni sebab sehingga ke saat ini masih rajin lagi untuk bersolek..Macam mana pun cari cara tau...Ha ha ha... Obsesnya diriku dengan kosmetik... 

Yang memerlukan tips ini... selepas ini mungkin kulit wajah pun lebih terjaga dan sihat... Wanita ni, untuk kekal cantik bergaya anda perlu tahu caranya.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel WANITA | Kalau Dah Malas Sangat Nak Berdandan... Sila Baca Ini... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, July 24, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

14 comments:

  1. Betul...istilah dandan bukan kepada menunjuk...tapi self confidence kita bila berada di khalayak ramai, julia suka tips farah diatas, memang only eyeliner, lipstik dan bedak sikit tu je pakai...

    ReplyDelete
  2. Mia ni sekali make up jak pagi2 sebelum kerja. Itu pun simple, yg penting ada eyeliner, mascara dan lipstick. Lepas tu tak touch up2 lagi. Hehe

    ReplyDelete
  3. zaza yg mcm ni 'suka berdandan...tetapi sekali jerlah menghadap cermin lepas tu tak kuasa nak "touch-up" ke apa ke..' muahahahaaha.

    ReplyDelete
  4. Yup nad pun bukan heavy makeup..suka simple2 je

    ReplyDelete
  5. penampilan tu penting..walaupun hanya sapu bedak..bagi kulit tak nampak berkilat dek minyak..

    ReplyDelete
  6. Ala..PC kena belajar ni bab make up ni..buta kayu api nih..

    ReplyDelete
  7. Bagus tips Farah ni..orang pempuan mmg tak lari dari suka make up. At least bedak dan lipstik kan? hehe

    ReplyDelete
  8. Boleh guna tips ni sebab Nani sekarang ni bapak lah malas nya nak bersolek. Hahaha. Pagi raya pun dia boleh tibai tepek bedak je kat muka. Haruu betul. Hahahah :P

    ReplyDelete
  9. berdandan simple asalkan penampilan kemas dah kira okay da :)

    ReplyDelete
  10. Terus-terang akk tk suka make up, akk cuma guna pelembap, bedak compac dan sikit eye liner utk celak , tk penah beli alat make up kecuali masa nk kawen dulu.

    ReplyDelete
  11. jujur akui, saya langsung tidak bermekap bila keluar rumah.

    ReplyDelete
  12. Akak punya make up hanyalah bedak dan lipstick. Kalau pakai eye liner, dah kira heavy utk akak dik...hehehe. tak pandai sebenarnya

    ReplyDelete
  13. SB tak penah bersolek walaupun kluar rumah, majlis atau kemana-mana.bibir pon sapu lipbalm..nak kata malas,tak jugak sbb SB mmg tak reti nak make up..huhu

    ReplyDelete
  14. sekarang ni dkna memang kurang sangat nak berdandan...eh ! dari dulu lagi tak pandai sebenarnya. jarang2 sekali sapu bedak ,eyeliner jer kat muka. kalau mekap tebal suami tanya 'nak tunjuk kat sape'? sentap !! hahahhaaaa

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY