Tulip Kuning Dari Holland...

Farah Waheda Wahid
9

Lama dah tak dapat bunga nih... Alih-alih hari Selasa hari tu dapat setangkai bunga tulip kuning yang sememangnya didatangkan khas dari Holland. Alhamdulillah rezeki... Terima kasih Mr.Wijsman... salah seorang yang berpangkat di syarikat Farah bekerja sekarang ini yang asalnya dan pejabatnya memang terletak di Holland nunnnn sana jauh. Nak petik bunga kat Holland memang bila lah kannn??? Memang tak terpetik lah jawabnya. Owhhh Mr.Wijsman ni dah berusia dah punnn...Pangkat ayah ayah dan atuk atuk... Jadi tak ada apa pun yang nak dicurigakan... Ini pemberian bersikap professional dan juga sebagai tanda ucapan terima kasih. 

Yang benarnya, ini adalah sebagai tanda membalas budi kepada Farah yang telah menguruskan segala hal penginapan dan juga "airport transfers" beliau saat dari sebelum beliau datang, sehinggalah beliau pulang ke tanah airnya. Tak jangka pun, dan tak sangka pun. Lagipun Farah cuma menjalankan tugas dan ikhlas di dalam melakukannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Macam yang dilihat ianya adalah bunga plastik bukannya bunga sebenar. Dan bukan sahaja bunga yang boleh dijadikan hiasan tetapi juga ianya adalah sebatang pen. Oklah tu bunga plastik, bak kata Aaron Aziz kot kalau Farah tak silap dan ingatan ni masih kuata, di dalam satu drama atau filem lakonan beliau... bunga plastik tak layu... eloklah tu bunga plastik kan??? Rasanya macam petikan dialog di dalam drama Adam & Hawa. 

Apa-apa pun terima kasih Mr.Wijsman atas pemberian ini, ada masa umur panjang, In Shaa Allah, kita kan bertemu lagiii.... ^_^

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bukan senang nak dapat pen terbang dari holland tu..hehe

    ReplyDelete
  2. Hehehe..bunga,,pen..hiasan..tanda ingatan..tiada wangi pada kelopaknya..harumnya pada ukhuwah..

    ReplyDelete
  3. wahhhhh
    serius jeles tau,Ai dpt bunga tulip yg petik sdiri je ms g Istanbul tu,xde pun org kasi.hahaha

    selamat berpuasa Farah :)

    ReplyDelete
  4. Loyalthy is yellow...best la...dapat bunga tulip...

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat ole² dari jauh :)

    ReplyDelete
  6. nenek kite pi holland ritu dia beli bunga tulip kayu. nak beli fresh kang layu sampai sini haha :p

    ReplyDelete
  7. Wah dapat bunga tulip dari Holland

    ReplyDelete
  8. terbaik :)
    dari luar negara gitu...
    penuh makna...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !