Home » , , , , , , , , , » Tips Mengatasi Anak Yang Mula Bercakap Kasar atau Kesat...

Tips Mengatasi Anak Yang Mula Bercakap Kasar atau Kesat...

Sumber dari Google
Serammm weiiii bila anak dah mula pandai bercakap kasar atau kesat... Dush dush, semua ibu bapa pun kalau boleh tak nak melalui situasi sebegini... Dan Farah juga pernah "update" cerita tentang anak yang mula bercakap kasar atau kesat ni dahulu di dalam entri bertajuk Anak Menggunakan Bahasa Kasar Atau Kesat Di Dalam Pertuturan...

Di dalam entri tersebut ada dinyatakan cara-cara untuk mengendalikan anak-anak yang mula menggunakan bahasa kasar atau kesat nih. Zaman sekarang kann??? Kanak-kanak semakin cepat tangkap dan semakin cepat meniru apa sahaja yang ada di sekeliling mereka, lagi-lagi mereka terdedah dengan pelbagai faktor. Bukan setakat televisyen, tetapi orang di sekeliling, rakan-rakan sebaya yang ada kalanya kita ni sebagai ibu bapa tak terkawal lah... Di luar kawalan dan di luar jangkauan gitchewss... 

Sebelum melarat-larat, haruslah dikawal... Mana ada ibu bapa yang nak dengar anak-anak bercakap atau bertutur dalam bahasa kasar atau kesat... Melainkan kalau ibu bapa itu memang tak kisah dan ibu bapa itu sendiri begitu... Hu hu hu... Ibu bapa semua kan nak yang terbaik untuk anak-anak masing-masing... Sakit telinga oiii dengar anak-anak bercakap dalam bahasa kasar atau kesat nih... 

Selain dari apa yang pernah Farah kongsikan di dalam entri yang lepas tentang bagaimana nak mengendalikan anak-anak yang mula bercakap kasar atau kesat ni, Farah terpanggil juga untuk berkongsi dengan semua tips untuk mengatasi anak yang mula bercakap kasar atau kesat...orang kata apa panduan tambahan, yang mungkin boleh digunapakai oleh ibu bapa... 

Ilham menghasilkan entri tips ini adalah dari pembacaan blog Harith di entri yang bertajuk Hati-Hati Bila Berkata-kata Nanti Nasi Menangis. Apakah caranya untuk mengendalikan anak-anak yang mula bercakap kasar atau kesat ni? Ianya dipanggil "The Rice Experiment"... Saksikan bersama-sama yer? 


"The Rice Experiment" ini adalah dari Dr. Masaru Emoto seorang "scientist" Jepun...


Secara psikologinya, bagi Farah, jika anda mengalami masalah anak yang mula bercakap kasar atau kesat... bolehlah cuba menggunakan cara ini untuk menunjukkan apakah yang akan berlaku jika mereka bercakap kasar ataupun kesat sebagai amalan pertuturan mereka... Lakukan eksperimen ini bersama-sama mereka dan biarkan mereka sendiri melihat serta mengetahui apakah kesannya... 

Lisan memang mendatangkan pelbagai kesan sama ada baik mahupun tidak... Anak-anak sedari kecil perlu dididik agar sentiasa berkata-kata baik, mengucapkan perkataan yang baik dan menjaga pertuturan... Eksperimen ini mungkin mengambil masa selama beberapa hari, beberapa minggu dan juga menuntut pengorbanan masa dari kita sebagai ibu bapa...Tetapi kesannya, In Shaa Allah, akan memberikan impak yang diingini dan dikehendaki di dalam proses didikan kita sebagai ibu bapa...

Farah sendiri tidak pernah melakukan lagi eksperimen ini, In Shaa Allah, bila mengetahui dan bila terbaca serba sedikit di sana sini tentang "The Rice Experiment" ini, Farah akan mencuba sendiri bersama-sama Ash pabila tiba masanya kelak... Dan In Shaa Allah juga, akan datang, sekiranya Farah masih aktif bersama Bubblynotes.Com, akan Farah kongsikan juga hasil eksperimen yang dilakukan bersama Ash... In Shaa Allah, dengan izin Allah SWT. 

*Sentiasa mencari sesuatu atau "x-factor" itu di dalam mendidik Ash agar proses didikan memberikan impak yang diingini... In Shaa Allah... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips Mengatasi Anak Yang Mula Bercakap Kasar atau Kesat... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, July 22, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Anak anak melihat..anak anak mendengar..mereka mula belajar..bukan ibu ayah saja kena behave..malah orang sekeliling juga mesti berhati2 bila mahu bercakap..

    ReplyDelete
  2. semuanya pengaruh orang sekeliling kan,...tp akak yakin kalau betul didikan insyaallah he or she will be ok

    ReplyDelete
  3. sangat menarik. Kadang-kadang memang nak marah bila dengar diorang cakap perkataan kasar, tapi tegur banyak kali pun macam takda kesan..lama-lama ulang baru diorang ingat..tapi cara ni lebih menarik :D bukti depan mata..baru diorang faham kan

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY