"The Tomatoes Quest" Bersama Ash...Semput Ke???

Farah Waheda Wahid
8

Duduk di dalam "buggy" memang dia dah tak berapa nak layan. Diikat dengan tali khas untuk kanak-kanak tu, memang Mommy dia sebenarnya tak berapa nak sampai hati, lagipun risau kalau-kalau dia terlalu laju dan Mommy dia tak sempat nak kejar, nanti dia tersungkur. Sudahnya, dukung dan masukkan ke dalam troli membeli-belah dan tolak sahajalah troli itu. Bila tiba dia dah bosan, dia akan minta turun dari troli. 

Sama ada dia akan turut sama tolong Mommy tolak troli ataupun dia akan berlari sana-sini di dalam pusat membeli-belah ataupun pasar raya. Tengah aktif bereksplorasi dan baru jer beberapa bulan ke belakang tegap dengan kaki, macam nilah gayanya. Memang dalam keadaan dan situasi perkembangan yang sebegini, sebagai ibu, Farah selalu ingatkan diri Farah tak boleh leka dan tak boleh lepa. 

Macam kisahnya di TESCO, hujung minggu baru-baru ini. Memang bising mulut dia tidak mahu duduk dalam "buggy", tidak mahu duduk dalam troli, tidak mahu didukung. Dia nak lepas! Nak lepas ok? Nak lepas...kaki tu nak sangat jejak "tiles" TESCO tu, fikiran tu dah bayangkan macam-macam... Dalam keadaan kes ramai kanak-kanak hilang, memang risau tu tetap ada, tapi jika tidak dilepaskan ibarat merencatkan pula pertumbuhan anak kecil.

Taklah kata merencatkan sepenuhnya, tetapi ibarat macam menganggu "cycle" itu pula rasanya. Antara keselamatan dan juga perkembangan yang mana satu Farah pilih? Setiap persoalan, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jadi kenalah pandai-pandai untuk sesuaikan. Farah memilih untuk berikan kebebasan tetapi Farah lah yang kena buat kerja lebih sikit kan? Ihikss... 

Memang tak pernah biarkan sebegitu sahaja, Farah pantau rapat-rapat, ikut dekat-dekat dan pastikan Ash tidak hilang dari pandangan. Orang sekeliling nak kata apa, biarlah mereka kata. Yang penting, Ash bebas tetapi di dalam keadaan selamat.Seronok betul dia dapat lepas walaupun di tengah-tengah orang ramai. 


Semput ke??? Tak adalah semput, ok jer... Ash kan bagi Mommy dia bersenam lebih sedikit supaya cepat kurus sikit...Ha ha ha... Risau agaknya dia tengok, Mommy tak kurus-kurus lagi, walaupun dah lama dah Mommy dia cuba kurus. Itu yang Ash bagi alternatif bagaimana nak bagi Mommy kurus ni. Main kejar-kejar dengan Ash dalam TESCO. Macam dah tak ada tempat lain lagi kami nak main kejar-kejar kannn??? 

Video rakaman sebenar dari tempat kejadian... 


Cuma di kawasan tertentu sahaja, Farah lepaskan Ash begini. Bukan di semua kawasan atau tempat. Tempat-tempat yang mengundang bahaya, memang taklah Farah nak lepas. Contohnya, berhampiran eskalator, kerana pernah terjadi di Kota Kinabalu tidak lama dulu kann??? Budak perempuan parah jatuh eskalator... Baya-baya usia Ash nilah... Pernah Farah kongsikan di dalam entri Mommy Jadi Seriau...Memang Tak Boleh Dilepaskan...

Kalau tak dilepaskan pun, tak boleh juga, kalau dilepaskan kita yang boleh jadi semput. Farah tak semput mengejar, biasalah tu bila ada anak kecil yang sedang membesar. Tetapi Farah jadi semput memikirkan kalau-kalau Ash terjatuh ke apa ke? Terjatuh biasa dan tidak mengalami sebarang kecederaan itu, semua kanak-kanak pun pernah merasai, yang kita tak nak terjatuh dan mengalami kecederaan...Nauzubillahminzalik... Moga-moga dijauhkan... 

Yang kamu lihat, Farah melepaskan Ash begini, bukanlah di semua tempat, tetapi di sesetengah tempat yang Farah rasakan ok dan boleh. Ha ha ha, sekejap jer lepaskan dia, selepas itu kena sauklah dengan Mommy. Nangis ke, bising ke, "I am sorry"... Segala rayuan dan muka kasihan Mommy tak akan layan. Dengan Mommy bolehlah lepas macam ni... Ha ha ha...Senang jer, kalau dah kena sauk tu, rayuan tangisan dan muka kasihan dan bergelut nak minta dilepaskan...

Ada satu perkara yang boleh buatkan akhirnya dia mengalah dan senyap... Nak tau apa??? "Mommy call Abah nanti... Nak Mommy call Abah...Abahhhh, tengok Ash ni... Dia "naughty" tak mau dengar cakap Mommy"...Muahahahaha...Dengar jer Mommy dia sebut macam tu, terus "behave"... "Good boy!"... Guna jer nama Abah... Tapi memang Mommy dia akan ngadu dengan Abah punnn...Ni punn nak beri Abah dia tonton video dia nih... Siap dia... Muahahahaha.... 

Tapi kesianlah siapa-siapa yang beli tomato-tomato tu kann??? Sebab Ash dah buat golek-golek, buat main... He he he... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Aduh, aduh...mmg penat sbb dia tgh melasak, tgh belajar nk xplore sume benda, bertabahlah wahai mummy:-)

    ReplyDelete
  2. Mau pening sapa yang makan tomato tu..hihihi..elok juga ada salah sorang yang bila disebut anak terus behave kan..

    ReplyDelete
  3. dah besar dah dia ;) lepas ni boleh la bwk lari kat taman pulak.

    ReplyDelete
  4. Ash dah pandai nak ber eksplorasi...itu cerdik nama ye farah...betul tu, fasa ini cycle dia tgh berkembang cepat pantas dan tuntas...apa2 pun mmg kena mata dgnnya je kan...risau lately sekarang mcm2 kes...

    Hi Ash...lama tak jumpa dia heheh

    ReplyDelete
  5. Hihi. Nani ada tengok video tu kat facebook :D

    ReplyDelete
  6. nk bw lari mn tu ha....hihihihi...

    dl Aqil cmtu gak...jenuh kepung.skrg jln pgg tgn mama ja.tgn abh xmau

    ReplyDelete
  7. Hihi.
    Siap ada key behaviour lg nak suruh behave..
    .
    .
    Salam kenal. Haji masih baru dalam dunia berblogging. Mohon tunjuk ajar ye Cik. Tq

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !