Sudahnya Tak Jadi Kerja...

Bakat tu memang dah nampak dah sejak Ash Tolong Mommy Kemas Rumah. Tapi tak sangka pula sampai dah 1 tahun 7 bulan nih kegigihan dan minat tu masih ada...Hua hua hua...


Selepas berbuka puasa dan selepas solat terawih semalam, seperti biasa, rutin harian Farah adalah mengemas rumah di waktu malam. Setiap hari beginilah... kemas dan kemas dan kemas. Bersihkan ruang tamu, bersihkan bilik di tingkat atas secara sistem selang sehari dengan menggunakan penyedut hampagas... selepas itu mop lantai. Bukan Farah nak kata Farah nak tunjuk yang Farah ni rajin atau Farah ni bagusss sangattt... Jangan salah faham, cumanya Farah tak boleh tengok rumah bersepah-sepah ni, dan tak lengkap rasanya kalau tak berkemas. Lagilah kalau rasa kaki melekit-lekit atau berminyak bila berjalan atas "tile". Tengok benang-benang halus atas permaidani pun Farah kutip buang. Farah yer Farah, bukan Farah niat nak kata sesiapa atau rumah sesiapa. Farah bercakap tentang rumah Farah sendiri. Tolong jangan silap faham. Tolonglah tolong. 

Ingatkan dia jadi mandur jer... tak ada maknanya... dia pun sibuk sama nak tolong "vacuum"... Tak diberi memang akan ada aksi menangis jawabnya. Sekarang ni dah pandaiiii... Kalau tak dapat sesuatu yang dia nak tu, menangis sekuat-kuat hati, olo olo olo, sedih sangattt rupa gayanya. Ekspresi wajah tu kalau tak beri dia tolong Mommy atau Nek Ma buat apa-apa, macam sedih sangattt, macam kecewa sangat. Kalau kita sibuk angkat barang, dia pun sibuklah nak tolong angkat barang. Kalau kita sibuk mengacau gulai di periuk, dia pun sibuklah suruh dukung nak tolong kacau gulai di periuk. Kalau kita basuh pinggan mangkuk, dia pun sibuklah nak berdiri di kerusi dan tolong cuci... bukan cuci punnn... main air jer lebih... Haaaa... macam mana tu? Tak ke payah nak buat kerja dan nak cepat buat kerja? 

Yang benarnya, yang jujurnya, tak ada sesiapa yang suruh, tak ada sesiapa yang ajar dan tak ada sesiapa yang paksa. Allahuakbar, Allah Maha Besar... sememangnya Farah sebagai Mommy boleh nampak, Ash cepat faham situasi dan hati dia sangat besar nak bantu Mommy dalam segala segi bagi meringkan Mommy. Tersentuh tau tak? Errr sekali lagi bergenang air mata menyediakan entri ini. Dan tak ada motif pun nak bercerita di sini semata-mata nak "up" anak sendiri lebih-lebih serta nak tunjukkan yang Ash tu bagus ke apa ke. Tetapi inilah kejadiannya yang benar-benar berlaku. Hurmm... Matang cepat si teruna nih!!! 

Macam kes malam semalam, ikutkan hati memang taklah nak beri dia kan? Tapi dia "insist" juga... Hailahhh, rajin terlebih ni? Disuruhnya Mommy ke tepi... "ouff ouff...Meee oufff" - "move move, Mommy move"... haaa macam tulah gayanya... bila kita nak ambil dari tangan dia penyedut hampagas tu, "no" sambil geleng-geleng kepala. Sudahnya tak jadi kerja nih!!! Akhirnya, penyelesaiannya, minta tolong Atuk bawa Ash jalan-jalan ambil angin malam di halaman rumah. Barulah ada tempoh waktu bertenang dan boleh jalankan kerja-kerja dengan laju sedikit. Terima kasihlah Ash sudi hulurkan bantuan pada Mommy... Phewww.... Bergelut secara pasif juga nak membuat kerja rumah bila dia pun sibuk ni. Harap-harapnya sampai bila-bila lah kannn??? 

Agak-agak sesuai tak jadi calon menantu nih??? Ngeee... gurau gurau jerrr... Jauh sangattt tu..,

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sudahnya Tak Jadi Kerja... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, July 1, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

17 comments:

  1. hehehe.
    pandai buat sepah pandai ler kemas.
    x gtu cuperboy :p

    ReplyDelete
  2. Rajinnya Ash... Sesuai sangat jadi calon menantu sesiapa. hehe

    ReplyDelete
  3. irine pon panggil mee jugak..mee pon mee laa..hahaha.. tp budak2 baya gini tengah rajin nak explore apa yg kita buat..harap ia berteruSAN laa minat nak buat kerja rumah kan..

    ReplyDelete
  4. Rajinnya Ash mengemas rumah yer...

    ReplyDelete
  5. Sama je gayanya dengan Thaqif...semua nak tolong.nak2 kalau ibu menyapu.tak kasi.nangis.dapat kat dia tersenggih2, tunjuk2 tangan nak bgtau dia sapu la kononnya.

    ReplyDelete
  6. comel je tengok keletah dia.. ;)

    ReplyDelete
  7. alololo....pandai dia kemas.....nahhh...hihiihihii

    ReplyDelete
  8. haha comel..rajinnya ash...;p

    ReplyDelete
  9. Tulah proses belajar namanya farah.

    ReplyDelete
  10. In Sha Allah besar nanti rajin tolong Mommy dia..dari kecik dah tunjuk bakat..apapun keletah anak ni buat kita tersenyum walopon time tu sebenarnya kita nak cepat2 siap kerja..:)

    ReplyDelete
  11. aih..bagus nya la..ni yang rasa nak letak duit pendahuluan dulu nih...mana tau kot2 tahun depan dapat anak perempuan boleh jugak cuba2 nasib meminang si Ash...ehheh

    ReplyDelete
  12. Hehe... Dia sedang belajar... Biarkan dia..

    ReplyDelete
  13. Kecik2 dah rajin tolong mommy Ash ni ya...Ok Ash anty Lya lanjer aiskrim nanti ya ...Nak aiskrim apa ..Boleh jaaaa ...Sesuai sgt buat menantu ni ,...Sila isi borang ya..NntFarah pilih hahhahaa...........

    ReplyDelete
  14. rajin ash, bagus2...boleh buat calon menantu..hihihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY