Home » , , , , , » Semangat Kerja Menurun??? Jom Cuba Cara Ini!!!

Semangat Kerja Menurun??? Jom Cuba Cara Ini!!!

Sumber dari Google
Nak kata "Monday Blues" tidak juga, kalau dah hari-hari "blues" rasa-rasa apa? Takkan nak kena bertukar kerja pula kan? Jangan buat keputusan terburu-buru...Mungkin disebabkan kita kurang "drive" atau kurang "mood" untuk bekerja. Mungkin sebab diri kita sendiri dan juga mungkin sebab faktor persekitaran kita juga yang mendorong kepada situasi ini. 

Sumber dari Google
Hari-hari dengan rutin yang sama, hari-hari dengan kerenah yang sama, bila tak ada warna dalam kehidupan alam pekerjaan kita pun boleh jadi bosan juga oiii... Kadang-kadang kita perlukan "booster" untuk memotivasi diri kita. Caranya bagaimana kita nak seronok bekerja, caranya bagaimana kita nak bersemangat bekerja dan caranya supaya "blues" tu tak hinggap. 

Apa boleh dibuat ek? Mungkin beberapa cadangan ini boleh membantu anda... 

Ubah Susun Atur "Workstation" Anda
Bukan rumah jer susun atur perabot yang perlu diubah bagi membangkitkan "mood". "Workstation" pun bolehhh...Sesekali cubalah ubah beberapa kedudukan barangan di "workstation". Letak "potted plant" atas meja ke? Tukar "potted plant" atas meja ke? Letak gambar keluarga ke? Gambar anak ke? Bagi warna-warni sikit ke? Tapi janganlah sampai nampak semak atau nampak macam tadika yer tak? Kadang-kadang bagi Farah, perkara ni sebenarnya membantu untuk meningkatkan "mood" bila bekerja. Buatkan "workstation" tu sebagai satu tempat yang kita rasa seronok duduk dan bekerja. Ikut citarasa kita asalkan tidak bertentangan dengan polisi atau peraturan syarikat. 

Sambil Bekerja Sambil Mendengar Muzik
Kalau syarikat tak ada halangan, kalau syarikat benarkan. Janganlah pergi pasang muzik sekuat-kuat alam. Pakai "earphone" dan lakukanlah kerja. Dengar lagu-lagu kegemaran kita. Tapi ini bagi yang boleh bekerja dengan muzik. Yang tak boleh tu jangan dibuat. 

Mencuba Gaya Baru Atau Pakai Pakaian Yang Kita Rasa Cantik Atau Suka
Kegembiraan dan keyakinan diri juga memainkan peranan ok? Bila kita yakin, bila kita gembira, "mood" kita pun lain macam sebenarnya...Semangat kita pun lain macam sebenarnya. Inilah yang dikatakan berhias bukan untuk orang tengok tetapi kepuasan untuk diri sendiri...Untuk bantu diri sendiri...Ihikss...Tak kiralah orang dok puji awak tu comel ke? Kacak ke? Macam anak dara ke? Yang penting ia membantu menggembirakan anda dan menjadikan anda lebih bersemangat untuk bekerja. 

Perawatan Tubuh
Kadang-kadang sebenarnya badan kita ni terlalu letih. Tapi kita ni tak sedar. Kerja kita bukan sekadar di pejabat. Tetapi juga di luar dan di rumah. Mungkin semangat kerja yang menurun tu ada kaitan dengan masalah ini. Cubalah melakukan perawatan tubuh seperti spa atau berurut. Mana tahu boleh membantu? 

Makan Tengah Hari Di Luar Pejabat
Sesekali ambil angin kat luar pejabat. Dok terperap dalam pejabat pun boleh jadi bosan juga dan semangat pun boleh jadi berkurangan. Sekurang-kurangnya dengan suasana luar bolehlah "release" sedikit tekanan kerja tu kan.

Owhhh menyahut seruan kempen bawa bekal. Tak jadi masalah, selepas makan ambillah angin seketika berjalan-jalan di luar pejabat. Takkan makan ambil masa sampai sejam kot. Inilah peluang kita untuk meredakan tekanan yang ada dengan tugasan dan sekurang-kurangnya siapa tahu? Semangat kita akan meningkat selepas itu?

Kalau dah cuba semua yang dinyatakan di atas tetapi tidak berhasil juga. Ngeh ngeh ngeh... Faham-faham sendirilah apa yang perlu dilakukan... Mungkin jodoh tak panjang dan rezeki di situ sampai situ sahaja. Makanya, mulalah bertanya pada diri sendiri dan mulalah belajar untuk buat keputusan.

Setelah keputusan dibuat, sekiranya rasa memang dah tak berjodoh dengan tempat tu lagi... Kalau "stay" pun tak "perform"...Makanya anda bolehlah mula mencari peluang lain yang anda mahu. Moga-moga ada rezekinya...In Shaa Allah...

Bukan pengaruh yang tak elok, bukan pengaruh yang negatif tetapi bagi pandangan peribadi Farah, "why torture ourselves while there are options"?... Bagi Farahlah... Terkadang hanya kita yang faham keputusan dan tindakan kita kan?

Jika nak "stay"... Carilah jalan supaya rasa suka, semangat dan kecintaan itu kembali... Masalah kita semua termasuk diri Farah sendiri, kadang-kadang kita terpaksa tunggu kerana dengan keadaan ekonomi sekarang inj, dengan kos sara hidup yang tinggi dan juga komitmen hidup, kita tiada pilihan.

Di sinilah ujian bagi kita sama ada kita yakin dengan rezeki Allah SWT ataupun tidak. Jika kita yakin rezeki Allah itu luas, yakinlah... In Shaa Allah ada rezekinya...Dan masalah kita yang satu lagi termasuk diri Farah, terkadang memikirkan banyak perkara kita jadi takut untuk melepaskan... Menyakitkan tetapi itu adalah realiti kehidupan. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Semangat Kerja Menurun??? Jom Cuba Cara Ini!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, July 31, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. Makan tengahari di luar pejabat... ohhh i like !
    Berterima kasih dengan tips ini walaupun auni dah tak kerja... haha

    ReplyDelete
  2. kawan sekerja pun main peranan jugak :D

    ReplyDelete
  3. =))
    Selamat bekerja di hari Jumaat yang mulia kak farah!

    ReplyDelete
  4. Kawan kawan pun main peranan..hihi...setuju..kalau asyik sama..lesu juga jadinya..

    ReplyDelete
  5. bab dengar muzik dan makan di luar pejabat tu memang dipraktikkan selalu... hehehehehe.. :)

    ReplyDelete
  6. ubah workstation tu pernah cuba..bg tukar mood..kadang p tumpang tmpt org lain yg msh bercuti..n makan ramai2 ngn kwn2..mmg bg mood blk:-)

    ReplyDelete
  7. dah selalu buat macam ni..nak buat macam mana lagi erk...erm...pindah opis kot..tak pun bos duduk luar bilik kita duduk bilik bos..hahahahaha

    ReplyDelete
  8. perawatan tubuh je boleh buat, yang lain semua tak boleh. Hmmm.

    Jap. Perawatan tubuh?

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY