Rasa Nak Gigit-Gigit Ash...

Pernah tak rasa geram pada anak sendiri, sebab diri kita sendiri rasa anak kita tu comel, selepas tu kita rasa nak peluk dia ketat-ketat dan rasa nak gigit-gigit jer dia? Ihiksss tentulah pernah kannn??? Dan pernah tak di dalam sudut yang berbeza pula, kita rasa geram pada anak sendiri dek kerana telatah atau perlakuan dia, nak marah pun tak boleh, nak gelak pun tak mampu, selepas itu rasa nak gigit-gigit dia? 

Owhhh, tak pernah ek? He he he... Mungkin Farah jer kot yang rasa macam tu dan tentulah ada sebab kenapa Farah tiba-tiba bertanya kan? Adalah ni yang Farah nak cerita ni tentang insiden 2 hari yang lepas.


Petang Selasa hari tu, Farah mandikan Ash di bilik air Farah yang terletak di bilik tidur utama di bahagian atas. Kebiasaannya, Ash mandi di bilik air tingkat bawah. Tapi sesekali dia akan hantar permohonan untuk mandi di tingkat atas. Sebabnya? Dia nak main naik tangga...Ash dan obsesinya kepada tangga....Huhhh...

Biasalah, umur umur macam ni kan? Semua nak dijadikan mainan. Sewaktu mandikan Ash tu, air takungan di dalam baldi seperti gambar di atas adalah jernih seperti biasa. Tiada tanda-tanda keputihan berlaku...Muahahaha...

Sungguh Farah tak perasan... Tetapi keesokkan harinya bila Farah masuk ke dalam bilik air, terperasan pula keadaan air tu jadi macam dalam gambar di atas. Putih semacam jer... Takkanlah klorin terlebih sangat? Takkan kot? Sabun mandi cecair Ash tumpah? Takkk... Sabun tu Farah dah periksa. Penutupnya memang ketat.

Farah masukkan tapak tangan sebelah untuk cedok air tu, hidu... Kemudiannya terbau wangian bunga ros. Ahhh sudah...terus teringat satu perkara. Tengok di tempat simpanan tak ada. Apa lagi, seluklah dengan tangan sehingga ke pangkal atau dasar baldi tu.

Kocak-kocak air, rasa licin sabun. Kenapa tak tuang jer air tu? Kan senang? Nak cepat jawapannya. Tak sabar nak tau betul ke tidak sangkaan Farah.Seluk punya seluk, dapat rasa dengan tapak tangan macam ada benda yang lembik Dan berlendir-lendir dah... Aikkk macam betul jer sangkaan Farah ni??? Nak tau jumpa apa??? Jeng jeng jeng...


Ho ho ho, gambar nilah yang mengerikan banyak pihak bila Farah "post" di Instagram dan Facebook baru-baru ini. Tak percaya??? Meh tengok sini...



Ada yang terkejut, ada yang ngilu, ada yang takut... Ya ampunnnn... Rata-rata majoriti dok pakat ingat tu jari jemari comel Ash...Muahahaha... Awwww...terharu "I is" tau...Itu adalah jari-jemariku... Memang jari Farah kemetot-kemetot...Itu diakui dan Farah ni bukanlah jejari runcing ok???

Sambung balik cerita tentang seluk punya seluk punya seluk tu...Itulah dia yang Farah jumpa...Belum sampai AidilAdha lagi, dah ada yang dikorbankan...Bha ha ha...Ianya adalah sabun spa Rose Hip Farah... Ash dah main masa Farah mandikan dia, dan dia dah campak dalam baldi!!! Boleh Farah tak perasan??? Hu hu hu, iyalah, bila masuk bilik air nak mandikan dia, sibuk jaga dia yang aktif tu... Takut dia jatuh... Kat mana-mana pun Ash aktif dan tak duduk diam...Sebab tu memang tak perasan...Nampak sangat kannn??? Sibuk dok fokus pada anak sampai benda lain pun boleh tak perasan.

Jadi lembik! Jadi berlendir-lendir dan hancur lebur... Terkorban sudah sabun spa Mommy... Grrrrrr.... Makan budak!!! Ha ha ha...Nak marah pun tak boleh... Nak gelak pun tak boleh... Sebab apa nak gelak tak boleh? Sebab kalau gelak depan Ash nanti dia buat lagi...Ooo tak apa buat macam tu katanya...Makanya gelak-gelak kecil di belakang dia jer lah.... Gelak "cover-cover"...Itu yang rasa nak gigit-gigit jer dia tu... Gigit pipi gembol dia tuuuu.... Heee...tapi tak adalah gigit punnn... Cakap jerrr... Tak buat punnnn.... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Rasa Nak Gigit-Gigit Ash..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, July 9, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. Kesian mummy..bertabahlah ye..ash buat muka manja..say sorry..mummy pun cairkan..kan..anggap macam tu nak sedapkan hati ye mummy..

    ReplyDelete
  2. ish.. kalau teman nengok pun ingat nape tangan tu.. serammm.. hu3

    ReplyDelete
  3. tkorban sabun mummy gara2 Ash no

    ReplyDelete
  4. Hahahaha..Kisah satu hari di bulan Ramadhan. Buat Cerpen je Sis (^^)

    ReplyDelete
  5. sabun dah tak jadi sabun :p adik mieza masa kecik dulu, dia mandi pakai feminine wash. dari kepala sampai kaki habis disabunnya. satu botol licin, sebab dia buat tuang dalam besen mandi and the rest dia buat tuang satu bilik air. hahaha stress umi kita satu hari XD

    ReplyDelete
  6. pandai Ash buat kerja sembunyi² ni..sabar je la kan.

    ReplyDelete
  7. Hahaha...suprise!!!dari Ash...Sabar ye...kiki

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY