Ramadhan Al-Mubarak | Adakah Ash Bakal Dipaksa Berpuasa???

Farah Waheda Wahid
11

Dari sehalus-halus budak sewaktu mula-mula lahir hampir 2 tahun yang lalu, sehingga setinggi dan sekecil molek sekarang ini... masa itu memang pantas sungguh berlalu... Sekejapan sahaja hendak mencecah usia 2 tahun, sekejapan sahaja berkembang dari pelbagai aspek dan segi. Sekarang ini giat bereksplorasi, aktif berlari ke sana ke mari... Tidak mahu duduk diam punnn walau sesaat...#ehhh ada ada... sewaktu dia sedang khusyuk menghayati azan di kaca televisyen ataupun menonton Robocar Poli ek namanya kartun tu? Muahahaha... Mommy dia tak ambil "port" sangat tentang kartun yang dia tonton kadang-kadang, sebab dah banyak sangat dah kartun yang dia berminat. Naik pening dah Mommy tonton televisyen tu, mengartunnnn ajer kerjanya... Kalau kita sedang tonton saluran lain pun, dia dah pandai dahhhh ambil "remote control" dan minta kita tukarkan ke saluran kartun dia tuh... Phewww...apa pun tak boleh... 

Bila dah hampir mencecah usia 2 tahun ni, kadang-kadang tu bila memandu, bila duduk-duduk termenung seorang diri, terfikir juga, agak-agak bila boleh mula melatih Ash untuk berpuasa? Farah sering perhatikan rakan-rakan blogger, rakan-rakan di luar alam maya begitu teruja untuk melatih anak-anak masing-masing berpuasa. Siap beri upah segala bagai sekiranya anak-anak tersebut berjaya berpuasa penuh sehari... Dan memang bagus pun menggalakkan anak-anak kecil itu berpuasa dan melatih mereka berpuasa. Dah 2 tahun dah Ash menyambut Ramadhan bersama-sama Mommy... Alhamdulillah, syukran Ya Allah... Walaupun dia masih belum belajar berpuasa, dia secara tidak langsung diperkenalkan dengan suasana Ramadhan dan diperlihatkan apakah amalan di bulan Ramadhan yang menjadi rutin umat Islam di seluruh dunia. 

Orang kata, kalau nak melatih anak kecil berpuasa ini, hati sebagai seorang ibu atau seorang bapa perlu kental dan cekal... Kalau anak-anak merayu nak berbuka, cuba sebaik-baiknya suruh mereka menahan diri dari berbuka dan gunakan "reverse psychology" bagi memotivasikan mereka untuk melengkapkan puasa pada hari tersebut... Dan setiap ibu bapa ada cara yang berbeza-beza di dalam melatih anak-anak masing-masing untuk berpuasa... Untuk melatih anak kecil berpuasa ini, Farah pernah kongsikan dulu di dalam entri bertarikh 27 Jun 2014 iaitu Melatih Anak Kecil Berpuasa???. Di dalam entri tersebut, Farah ada berkongsi tentang cara-cara yang boleh dipraktikkan di dalam melatih anak kecil berpuasa.

Cumanya, yang menjadi tidak sedapnya adalah bila ibu bapa terlalu memaksa anak-anak walaupun anak-anak itu sudah tidak mampu untuk meneruskan atau menahan diri dari lapar dan dahaga. Kadang-kadang tengok anak tu lembik dan melepek ibarat keladi busuk kerana tubuh badan sudah tidak berkemampuan lagi untuk mendukung ibadah puasa itu. Tetapi tetapppp dipaksa anak untuk melengkapkan kitaran sehari. Kesian Farah lihat anak-anak kecil itu dan rasa tidak menyampai hati. Memang kita kena tegas, kena "firm" di dalam mengajarkan anak-anak tentang amal ibadah dan ilmu akhirat. Supaya anak-anak boleh faham betapa pentingnya ilmu akhirat, betapa pentingnya ilmu Allah di dalam kehidupan mereka. Tetapi, maaf cakap, Farah adalah "against" dengan cara ekstremis...Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan Farah dan mungkin akan ada yang mengatakan Farah adalah lain dari yang lain. Tapi ini adalah Farah...Farah tidak percaya dengan cara atau kaedah pengajaran yang terlalu ekstrem. 

Baru-baru ini Farah ada terbaca tentang satu kisah di media sosial tentang seorang kanak-kanak Darjah 1 yang meninggal dunia kerana diserang strok haba ketika berpuasa. 

Sumber dari SINI
Apa yang Farah baca dan faham seperti mana yang dikongsikan dari sumber di SINI:

PUTRAJAYA - Seorang murid tahun satu, meninggal akibat diserang strok haba setelah disuruh tidur oleh ibunya, demikian dakwaan seorang wanita di Facebook. Laporan kematian murid berkenaan telah mendapat 40,502 "shares" di laman Facebook dan dapat dilihat gambar berkenaan "trending" semenjak 22 jam yang lalu. "Ada satu kes, seorang murid tahun satu kena strok haba hanya kerana berpuasa dan meminta untuk minum air pada petang itu. Tetapi ibunya menyuruh tidur dahulu. Akhirnya anaknya tidur terus sampai bila-bila. Apabila dikenalpasti, rupa-rupanya budak itu terkena strok haba kerana cuaca terlalu panas dan telah naik ke kepala dan air di dalam badan kurang. Motifnya di sini ialah janganlah kita terlalu memaksa anak kita berpuasa sampai tak bermaya. Sedangkan paksa anak solat itu lebih wajib. Tambahan pula cuaca sekarang tak menentu, bukan seperti cuaca zaman datuk nenek atau mak bapa kita dulu. Strok haba ini sangat merbahaya pada budak-budak. Ambil iktibar dan jangan nanti menyesal tak sudah" katanya. Bagaimanapun, tiada pernah dilaporkan murid tahun satu meninggal dunia akibat diserang strok haba akibat berpuasa. 
Sejauh mana kesahihan berita ini Farah pun kurang pasti... tetapi yang Farah tahu, berita ini telah viral di laman Facebook. Apa yang disebarkan jika benar, jika tidak benar, jika wujud, jika tidak wujud sekalipun adalah sesuatu yang ibu bapa di luar sana perlu ambil perhatian dan fikirkan. Ya itu cuma berita yang kesahihannya masih tiada kepastian, tetapi ianya tidak mustahil boleh berlaku. Jika berita ini adalah tidak benar... kita anggapkan ianya adalah sebagai peringatan dan kesedaran kepada kita sebagai ibu bapa. Jika ianya benar, kita jadikan tauladan juga... Oh ya, maklumat terperinci tentang strok haba pernah Farah kongsikan di entri Cuaca Panas: Strok Haba!!!

Sumber dari Google
Bagi Farah, sebaiknya kita galakkan anak-anak kecil kita berpuasa, tetapi bukan sehingga memaksa... dan secara automatiknya Farah sendiri telah menjawab persoalan pada tajuk entri ini iaitu, adakah Ash bakal dipaksa berpuasa... Jawapannya TIDAK. Farah akan tetap melatih Ash untuk berpuasa tetapi Farah lebih suka jika itu mengikut kemampuan dirinya sendiri, tubuh badannya untuk mendukung ibadah puasa itu. Jika dia tidak mampu, tiada paksaan dari Farah pada peringkat permulaan...biarlah dia belajar secara perlahan-lahan...mungkin dari 1 jam kepada 2 jam...dari 2 jam kepada 3 jam... begitulah seterusnya sehingga dia benar-benar bersedia. Tapi tak adalah sampai dah besar panjang tak puasa kannn??? Bagi Farah tak mengapa jika Ash ketinggalan sedikit di belakang belajar berpuasa kerana latihan Farah adalah berperingkat... Asalkan ianya tidak menyeksa dia sudahlah... Biarlah orang nak cakap apa tetapi bagi Farah, biarlah Farah mendidik Ash secara berperingkat, bukan kemegahan Farah berjaya melatih Ash berpuasa lengkap sehari sebulan sewaktu di usia kecil yang Farah kejarkan...Tetapi keselesaan serta kemampuan diri Ash yang lebih penting kepada Farah. Memang di dalam menunaikan ibadah tiada istilah mementingkan kemampuan dan keselesaan diri dan Farah tidak nafikan itu, tetapi kita rujuklah semula apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW... 

Rasulullah SAW pun minta kita didik anak-anak bersolat pada usia 7 tahun dan merotani mereka pada usia 10 tahun jika masih tidak mahu bersolat.
Islam itu indah, kita hanya perlu ikut apa yang Allah SWT perintahkan melalui Rasulullah SAW, In Shaa Allah kita selamat.

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ida pun nak ajr anak..cmner..bgun2 tdo dh mntk susu..hehehe..nk msuk tghari dh mintak nasi..

    ReplyDelete
  2. Lentur buluh biar dari rebungnya..walaupun rebung nak lentur mesti ada caranya..lembut lembut rebung..silap lentur akan patah juga..

    ReplyDelete
  3. ajar pun berpada-pada..sembahyang kenapa kita tak paksa? sedangkan puasa kita nak paksa..betul tak?

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn idea by hour tu
    Start puasa 1 jam,then 2 jam n makin hari makin brtmbh until dia bole puasa 1 hari penuh :)

    ReplyDelete
  5. kunjungan balas..hari ni tak berapa sihat tapi nak juga jenguk kawan-kawan blogger :)

    ReplyDelete
  6. Ada benda yg boleh dipaksa...dan ada yg tidak...nice sharing farah..

    ReplyDelete
  7. mmg boleh melatih anak berpuasa, tetapi bukan memaksa, cn plan nak start ajar irfan berpuasa bila umur 6 tahun, sekarang ni kecik sgt..hehe

    ReplyDelete
  8. melatih dengan cara yang betul :)

    ReplyDelete
  9. takutnye perkara sedemikian berlaku...
    sama-sama ambik iktibar... terima kasih sharing.

    ReplyDelete
  10. pada aida, bila anak2 da mampu, kita suruh dia puasa.
    melainkan la akil baligh la kan. da wajib tu.
    anak2 dara aida x dipaksa. hanya digalakkan...
    alhamdulillah sejak umur mereka 6 thn da puasa penuh.
    and diorang ok... tak merungut byk :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !