Home » , , , , , » Rahsia Personaliti Di Sebalik Pelukan Suami???

Rahsia Personaliti Di Sebalik Pelukan Suami???

Sumber dari Google
Nak tempek gambar sendiri, nanti karang muntah pelangi pula semua orang... hua hua hua, jadi cukuplah sekali kita tempek yer sempena musim raya...Kita gunakanlah gambar dari Google. Ni bukan apa ni, cumanya terbaca satu artikel di SINI tentang rahsia personali di sebalik pelukan suami... Dan tiba-tiba macam terasa nak berkongsi pula dengan anda semua... He he he... 

Agak-agaknya suami anda seorang yang romantik tak? Ha ha ha... Tak yah jawab dan tak payah nyatakan, sendiri-sendiri tahu sudahhh... Suka sangat memeluk anda? Beruntung sangat tau kalau anda mempunyai suami yang kekal romantik walaupun sudah bertahun melayari kehidupan berumahtangga. Yang "best"nya tu, dikatakan di sebalik cara pelukan tu kan, tersembunyi rahsia personaliti mereka yang mungkin selama ini tidak anda ketahui. 

Jeng jeng jeng... Sendiri baca, sendiri fikir tau...lepas tu sendiri tahu... 

Suka Merangkul
Pelukan suami daripada jenis yang suka merangkul ni dikatakan kurang sensitif. Walaupun pada hakikatnya suami anda sebenarnya cuma tidak tahu cara mengekspresikan perhatian tersebut. Setiap kali anda dilanda kesusahan atau ditimpa masalah, suami jenis ini dikatakan sanggup melakukan apa saja untuk membantu insan yang disayanginya.

Gemar Mendakap
Suami yang gemar memeluk dengan cara merapatkan badan atau mendakap menunjukkan dia seorang yang lembut, penyayang dan mengambil berat. Dia kelihatan kuat di luar walaupun hakikatnya hatinya terlalu rapuh dan sensitif. Bukan itu sahaja, dia juga akan sentiasa menyokong apa saja yang anda buat, selagi terbaik untuk diri anda. Suami yang sebegini, pasti akan membuatkan separuh dari masalah anda hilang ketika meluahkan perasaan. Pelukan suami anda yang penuh dengan kemesraan dan kasih sayang adalah sesuatu yang selalu anda harapkan dalam kehidupan berumahtangga.

Pelukan Suami Dengan Tangannya Yang Terbuka
Suami yang gemar dengan stail pelukan begini adalah suami yang ramah dan mudah bersosial. Selain tidak memilih teman, dia juga cepat rapat dengan semua orang walaupun baru saja berkenalan. Bukan itu sahaja, orang lain menyenangi kehadiran suami anda.

Menempelkan Kepala
Suami yang suka memberikan pelukan sebegini adalah seorang yang tegas dan mempunyai sifat seorang pemimpin. Dia tahu apa yang harus dilakukan dan seboleh-boleh mahu keinginannya tercapai. Disebabkan itulah dipercayai untuk menjadi seorang pemimpin.

Menempelkan Pipi
Suami dengan gaya pelukan ini boleh anda jadikan sahabat karib dan juga pendengar setia. Bila-bila amsa saja anda perlukan, sang suami akan sentiasa ada di sisi. Luahlah apa sahaja, si dia takkan pernah jemu mendengarnya. Selain itu, si dia turut memberikan nasihat serta saranan terbaik bagi memastikan anda sentiasa gembira dan bersemangat. Sebenarnya ramai para isteri mahukan pelukan jenis ini, kerana ia cukup menyenangkan dan menenangkan hati.

Katanya begitulah, he he he, jadi sila fikir-fikirkan tentang suami anda yer? Yang mana satu??? Sejauh mana kebenaran ataupun kebetulannya... Wallahualam... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Rahsia Personaliti Di Sebalik Pelukan Suami??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, July 24, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Ade maksud jgk ye style peluk ni, ingtkan pelukan tu sejenis tindakan refleksi yg ngak punya makna ~ nice info, btw Selamat Hari Raya buat sis Farah sekeluarga :)

    ReplyDelete
  2. Pelukan pun menggambarkan identiti diri :)

    ReplyDelete
  3. uik...dah lama x rasa kena peluk

    ReplyDelete
  4. Owh...dan saya punya personaliti sama macam cara saya peluk isteri saya..hehehe

    ReplyDelete
  5. owh ade maksud tersirat rupanya..ingatkan mmg style die cmtu..hihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY