Prangggg....Ada Budak Tu Kannn... Dia Kannn...

Farah Waheda Wahid
4

Gambar yang sama tetapi aksi yang berbeza oleh Iman Ash. Bukan nak bercerita tentang gambar tetapi nak cerita perihal satu salah laku yang telah dilakukan oleh Ash minggu lepas. Hari kejadian adalah hari Khamis sewaktu Mommy bekerja.

Asalnya, dia nak capai bulu ayam yang tersangkut pada "stand lamp" di sudut ruang makan. Niat hati yang besar di dalam tubuh kecil molek itu adalah kerana dia ingin bantu Mommy dan Nek Ma berkemas lettew. Nek Ma dia pula sedang membasuh botol susu dia, jadi tak perasanlah Ash ni bermain di kawasan itu. 

Tarik punya tarik, cuba punya cuba... Setelah berkali-kali bulu ayam tu tersangkut pada beg "travel" dia... Bila dah sangkut pada beg "travel" dia tu, terjatuhlah pula dan terkena pada pasu bunga hiasan di atas almari perhiasan. Kemudiannya...

Sumber dari Google
Prangggg... Berkecailah sudah pasu bunga yang dimaksudkan...Apa lagi berlarilah Nek Ma dia mengejarkan dia... Bukannya kejar pasu bunga tu pun... Pasu pecah tak apa... Jangan dia yang luka kena kaca...

Kussss semangat... Terbang semangat Nek Ma dia, apa lagi Mommy dia kan? Jujurlah kalau Mommy dia yang ada waktu tu, tindakan refleks yang pertama adalah tarik dia dari tempat kejadian dan tindakan refleks yang kedua semestinya automatik babap dia kat peha lah.

Walaupun bukan salah dia dan dia tak sengaja... tapi tindakan refleks tu Farah rasakan Farah akan lakukan kerana ianya membahayakan diri dia. Automatikkk... hu hu hu... Dia boleh gelak lagi???

Lagi dia nak pergi ke kawasan kaca berderai tu adalah... Dush dush... Pengsann... Dia ingat "funny" gamaknya... Ash oh Ash... Nasib tak jadi apa-apa... Kalau luka kena kaca tu? Dan kalau kaca tu masuk ke dalam? Dah jadi benda lain. Walhalnya dah tinggi dah tempat letak tu.

Benda nak jadi dan dah jadi bukan boleh dielakkan kan? Ngomel panjang2 pun "no use and no point"... Yang penting pandang ke depan dan jadikan sebagai peringatan gitchewss... Pengalaman jadikan sebagai pengalaman...

Minggu lepas memang buat pertama kalinya dia pecahkan pasu dalam rumah dan minggu lepas juga carta kelakuan dia ada satu tanda :-(... Ha ha ha... Nak salahkan dia pun tak boleh juga... Mommy pun silap pergi sangkut bulu ayam tu kat situ... Dah tau anak awak tu suka mengemas, leka dan lalai... Hua hua hua... "So, Mommy to be blamed as well..."

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alhamdulillah Ash tak terkena kaca..tak apa..ini jadikan pengalaman untuk ash..

    ReplyDelete
  2. ash dah besar, akal pon dah panjang ler..hehee

    ReplyDelete
  3. Aduhai rajin betul ash ni ye..
    kena hati2 lepas ni Farah, pasu Pecah boleh ganti tapi Kalau ash yg luka.. susah hati dibuatnya..

    ReplyDelete
  4. Mujur Ash tak dek apa apa. Hihi. Rajin sangat ni nak menolong :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !