Solat Maghrib katanya... Ini memang mengaku yang Mommy dia jakun sikit tengok anak sendiri pakai songkok sebab Ash memang tak pernah ada songkok dan tak pernah pakai songkok lagi. Raya tahun lepas "grunge" sikit. Tak pakai songkok punnn... Sebab, cari punya cari tak jumpa saiz.
Ada tak ada dia kerjakan songkok Atuk dia jerlah. Muahahaha. Besar kan? Tak kena gaya pula nengoknya. Yang teringin Farah nak tengok adalah yang betul-betul "fit" pada kepala dia. Sesuai dengan ukur lilit kepala dia.
Alhamdulillah. Tahun 2015 ada juga rezeki Ash nak bersongkok dan ada juga rezeki Mommy nak lihat anak manja Mommy ni bersongkok nih. Terima kasih pada Abah Ash kerana sudi bersusah payah gigih mencari songkok mengikut saiz Ash seperti yang Mommy dia pernah "hint".... Ngee...
Terharulah ok bila Abah Ash belikan Ash songkok. Ala setakat songkok jer punnn, tu pun Mommy Ash nak terharu-terharu bagai. "Well, it's not the price or how many the material is, it's the thoughts that counts"... Gitchewss...
Dapat jer songkok ni tadi petang tadi, terus nak pakai, terus tiba-tiba sewaktu azan Maghrib tadi, menggayakan solat Maghrib dan terus tak nak buka. Sejukkk perut tengok Ash macam tu.
Ini kalau pakai Baju Melayu raya ni lagi lengkap ni kan nih? Suka suka suka... Ha ha ha, Mommy Ash yang sangat "over"... Tapi bergantung pada dia jugalah... Nak pakai kopiah yang Mommy kait atau nak pakai songkok yang Abah beli... Haaa, pilih-pilih jangan tak pilih...
Ini kalau dah besar ni, mau serba salah Ash ni...Ahaksss... Nak jaga hati Mommy ke? Atau nak jaga hati Abah nih? Jaga hati dua-dua lah kan Ash? Baru adil dan saksama... Ngee...
encem la Ash ni. hmm pagi pakai songkok, tengah hari kopiah, petang songkok, malam kopiah. ok tak? hehe
ReplyDeleteHencem Ash :)
ReplyDeleteash suka pakai songkok. comel jea dia. hensem la raya nanti ni
ReplyDeleteAsh dah besar la mummy...mesti nak ensem bila pakai songkok..
ReplyDeleteWah kacak ash...satu persatu persiapan raya di gayakan..terbaiklah.,
ReplyDeletekacak ash
ReplyDeletehensem la abg ash nie
ReplyDeletehehheh tggu adik firash besar sikit baru leh pakai songkok