Pertama Kali Melihat Ash Bersongkok...


Solat Maghrib katanya... Ini memang mengaku yang Mommy dia jakun sikit tengok anak sendiri pakai songkok sebab Ash memang tak pernah ada songkok dan tak pernah pakai songkok lagi. Raya tahun lepas "grunge" sikit. Tak pakai songkok punnn... Sebab, cari punya cari tak jumpa saiz. 

Ada tak ada dia kerjakan songkok Atuk dia jerlah. Muahahaha. Besar kan? Tak kena gaya pula nengoknya. Yang teringin Farah nak tengok adalah yang betul-betul "fit" pada kepala dia. Sesuai dengan ukur lilit kepala dia.

Alhamdulillah. Tahun 2015 ada juga rezeki Ash nak bersongkok dan ada juga rezeki Mommy nak lihat anak manja Mommy ni bersongkok nih. Terima kasih pada Abah Ash kerana sudi bersusah payah gigih mencari songkok mengikut saiz Ash seperti yang Mommy dia pernah "hint".... Ngee... 

Terharulah ok bila Abah Ash belikan Ash songkok. Ala setakat songkok jer punnn, tu pun Mommy Ash nak terharu-terharu bagai. "Well, it's not the price or how many the material is, it's the thoughts that counts"... Gitchewss... 

Dapat jer songkok ni tadi petang tadi, terus nak pakai, terus tiba-tiba sewaktu azan Maghrib tadi, menggayakan solat Maghrib dan terus tak nak buka. Sejukkk perut tengok Ash macam tu. 

Ini kalau pakai Baju Melayu raya ni lagi lengkap ni kan nih? Suka suka suka... Ha ha ha, Mommy Ash yang sangat "over"... Tapi bergantung pada dia jugalah... Nak pakai kopiah yang Mommy kait atau nak pakai songkok yang Abah beli... Haaa, pilih-pilih jangan tak pilih... 

Ini kalau dah besar ni, mau serba salah Ash ni...Ahaksss... Nak jaga hati Mommy ke? Atau nak jaga hati Abah nih? Jaga hati dua-dua lah kan Ash? Baru adil dan saksama... Ngee...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pertama Kali Melihat Ash Bersongkok..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, July 13, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. encem la Ash ni. hmm pagi pakai songkok, tengah hari kopiah, petang songkok, malam kopiah. ok tak? hehe

    ReplyDelete
  2. ash suka pakai songkok. comel jea dia. hensem la raya nanti ni

    ReplyDelete
  3. Ash dah besar la mummy...mesti nak ensem bila pakai songkok..

    ReplyDelete
  4. Wah kacak ash...satu persatu persiapan raya di gayakan..terbaiklah.,

    ReplyDelete
  5. hensem la abg ash nie
    hehheh tggu adik firash besar sikit baru leh pakai songkok

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY