Home » , , , , , » Pendakap Gigi Untuk Anak... Usia Mana Yang Sesuai???

Pendakap Gigi Untuk Anak... Usia Mana Yang Sesuai???

Sumber dari Google
Terbayang pula di kotak pemikiran ni secara tiba-tiba, pemikiran yang entah dari mana datang entah... Kalaulah Ash pakai pendakap gigi, bagaimanalah rupa dia ek? Muahahaha... Yang dapat dibayangkan...dia nampak macam "sweet" lah, "sweet" pada pandangan mata Mommy dia... Amboiii jauhnya membayang yer tak? 

Kalau perlu pakai pendakap gigi bolehlah dipertimbangkan tetapi kalau tak perlu tu buat apa nak membazir duit yer tak? Kalau gigi Ash ok ok ajer...tak payah...he he he...Kalau gigi Ash perlu diperbetulkan, baru pakai. Pendakap gigi ni kosnya bukan murah oiiii... Mahal... Dan tengok-tengok tempat serta jangka masa rawatan atau pemakaian juga. Kalau hospital kerajaan mungkin murah sedikit dari hospital swasta kot? 

Ini sebenarnya khas untuk ibu bapa di luar sana. Yang mungkin terfikir untuk memakaikan pendakap gigi kepada anak-anak masing-masing. Iyalah, kadang-kadang tu, ibu bapa memang suka merancang atau berimaginasi lebih awal yer tak? Tapi tak tahu bilakah waktu dan usia yang sesuai untuk seseorang anak itu mula memakai pendakap gigi. 

Sumber dari Google
Paker Perunding Ortodontik, Jabatan Ortodontik, Falkulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr. Rohaya Megat Abdul Wahab berkata, kanak-kanak yang menghadapi masalah maloklusi ini boleh mendapatkan rawatan seperti pemakaian pendakap gigi seawal usia 12 tahun.

"Bagi mendapatkan rawatan ini, kanak-kanak berusia melebihi 12 tahun dilihat sesuai memandangkan gigi susu telah tanggal dan telah berada dalam gigi kekal. Kanak-kanak ini perlu hadir ke hospital atau klinik ortodontik berkaitan bagi mendapatkan nasihat yang betul sebelum keadaan menjadi lebih teruk".

Pemakaian pedakap gigi ni adalah satu cara untuk membantu mengembalikan keyakinan diri kanak-kanak selain membolehkan mereka dapat mengunyah makanan dengan betul dan bertutur dengan jelas tanpa masalah.

Pendakap gigi diperbuat daripada keluli tahan karat atau seramik dan pendakap gigi ini adalah selamat digunakan. Wayar arkus yang digunakan pula diikat pada pendakap dengan menggunakan modul elastik (getah), pelbagai warna dan corak yang menarik seperti hijau, kuning dan merah jambu. 

Penjagaan pendakap gigi oleh kanak-kanak sebenarnya agak sukar dijaga sekiranya kanak-kanak yang memakai itu tidak memastikan kebersihan gigi yang baik dan memakan makanan yang keras atau terlalu liat atau melekit. Kadang-kadang tu boleh sebabkan pendakap gigi tertanggal daripada permukaan gigi tau. 

Bukan mudah sebenarnya kannn pakai pendakap gigi ni? Hanya yang berpengalaman memakai jer tahu macam mana rasanya. Heee... Farah paling suka bila tengok getah yang warna-warni tu... Suka sangat tengok dan tak tau kenapa...Muahahaha... Tapi tulah, bila ketatkan sakit kannn? Lepas tu kena makan bubur, yang lembut-lembut, tak boleh keras-keras...Nak cantik punya pasal.... 

Ibu bapa yang nak memakaikan anak pendakap gigi tu, bolehlah mula dari usia 12 tahun yer? ;-)... 

Rujukan: SINI

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pendakap Gigi Untuk Anak... Usia Mana Yang Sesuai??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, July 29, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

14 comments:

  1. Org dewasa pun susah nk jga if pakai braces ni lg pula kids
    So umur yg kita rsa dia boleh pakai tu parents bolehlah nak pakaikan if nk kemaskan gigi kids :)
    Good article :)

    ReplyDelete
  2. Ok will do.. I memang nak pakaikan Khairine pendakap ni.. so tunggu next year lah coz nxt year she 12y/o huhu

    ReplyDelete
  3. sama laa..suka tengok warna2 dia.. hehe.. rugi x buat dulu..tp x berkemampuan..xpe lah..nanti kalau gigi anak2 x elok, kena usahakan juga kan nak bagi cantik...xnak laa nanti dah dewasa ada rasa rendah diri bila gigi tak cantik

    ReplyDelete
  4. Setiap bulan wajib tukar getah dia kalau tak silap..rm100 sekali tukar..memang cantik yang warna warni tu...geram tengok..

    ReplyDelete
  5. tengok warna warni mcm cantik..tp org tua pakai pendakap pun rasa mcm susah nk jaga..bdk2 lagila..tp nk cantik esok2 pakaila dr awal2 kan

    ReplyDelete
  6. salma dulu pakai masa umur 13 tahun.pakai dekat hospital kerajaan lambat dapat appointment.hehe.

    ReplyDelete
  7. mula-mula pakai tu yang kena makan bubur..kawan dkna boleh kurus sebab pakai pendakap gigi..hehehe..

    ReplyDelete
  8. kita takut tengok org pakai menda ni sbnrnya hehehhe...gigi besi

    ReplyDelete
  9. selepas pakai pendakap gigi tu...memang cantik giginya kan

    ReplyDelete
  10. cantiknya warna warni
    dijemput memeriahkan segmen mamamyja

    SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum... farah,

    pendakap gigi nie... bagus untuk mencantikkan gigi yang tak rata ....

    mselim3

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY