#pakcikmisteri... Orang Berbudi, Kita Berbahasa, Orang Memberi, Kita Merasa...

Farah Waheda Wahid
26

Setiap kali raya, Farah ni memang rajin melayan iklan-iklan hari raya yang terpapar di kaca televisyen. Suka!!! Sebab iklan-iklan raya ni, "#deep"...ada kala boleh menyedarkan kita, ada kala mampu membuatkan kita menitiskan air mata. Untuk tahun 2015 ni, iklan kegemaran Farah yang paling Farah suka tengok sekali adalah Iklan Raya TM2015: #pakcikmisteri. 

Ceritanya tentang iklan ini adalah tentang seorang gadis bernama Azura yang KEDEKUT! Kedekut sangat nak belanja kawan-kawan. Macam-macam alasan yang Azura berikan bila tiba waktu hendak membayar harga makanan sewaktu duduk lepak bersama-sama kawan-kawannya. Sampaikannn... Haaa, tulahhh...dah kedekut sangat, jadinya sampai beg duit Azura ni tercicir di kedai makan. 

Bila beg duit dah tercicir, bermasalah-lah kan nak ke mana-mana kan? Nak pulang ke rumah pun duit tambang tak ada, dahlah hari dah malam, lalu pula lorong gelap...Nasiblah #pakcikmisteri ni ada untuk membantu Azura. 

"Moral of the story"... yang dapat kita petik dari Iklan Raya TM2015: #pakcikmisteri ni, hidup ni kita tak boleh kedekut tak bertempat dan kita sepatutnya bantu membantu sesama lain seperti yang ditunjukkan oleh #pakcikmisteri ni. Tidak kira berapa amaunnya, banyak atau sedikit... Yang penting keikhlasan kita untuk membantu. Betul tak??? 

Ini bukan sembang kosong ni tau... Iklan ni pun bukan sekadar nak sampaikan ucapan Selamat Hari Raya jer kepada semua, tetapi Iklan Raya TM2015: #pakcikmisteri ini adalah iklan yang berupa kempen kebajikan yang dianjurkan oleh TM untuk membantu beberapa pertubuhan yang memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan mereka, di antaranya adalah Pertubuhan Wanita & Kesihatan (WAKE), Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin, A Munrah Pendang Kedah dan Sabah Earthquake Relief Fund (Projek Komuniti Digital TM). 

Hari yang mulia, bulan yang mulia bersempena Syawal ini, apalah salahnya jika kita meluangkan masa untuk menghulurkan bantuan yang bukannya sesusah mana pun. Seriusss... Kempen kebajikan yang dianjurkan oleh TM ini tidak memerlukan anda untuk mengeluarkan wang ringgit walau sesen punnn... Apa yang diperlukan adalah cuma masa yang tak berapa banyak jer...Sekejap jer, sumbangan anda telah pun disalurkan... Caranya adalah main klik-klik sahaja...Tak susah nak buat amal jariah di zaman teknologi ini, ada pelbagai cara dan kemudahan... 

Nak tahu caranya? Jom?

Cara-Caranya:

1. Pergi ke laman web https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/

2. Kemudian, sila tekan "JOM MULA"...


3. Macam main "game"...ikut jer "flow" cerita ni dan klik di mana yang anda perlu klik. 




4. Apa yang perlu dilakukan adalah bantu Azura menyelesaikan beberapa tugasan.

Tak susah mana pun ok? Macam Farah kata, main klik-klik sahaja... Semudah ABC, takkan klik-klik pun tak mampu kottt??? Jomlah??? Kita sama-sama menyumbang dengan cara yang mudah ni? Farah sendiri dah 2 kali menyumbang, semalam dan juga hari ini... Buktinya... 



Jumlah yang dikumpulkan adalah bergantung kepada ketangkasan kita klik tu... Haaa...Yang lemau dan rasa bosan tu ataupun mengantuk, bolehlah ni, sedang elok sangat ni... Dari melopong tak tentu hala, dan tak tau nak buat apa, jomlah buat amal kebajikan sikit...Yang ada kelapangan tu pun... Jommm... Tunggu apa lagi??? Secara tak langsung dengan keikhlasan dan masa yang kita sumbangkan, pahala pun kita dapat kannn??? 

Jangan lupa untuk menyumbang sila lawati https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/


Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. slm hr raya edulfitri farah.. pcl baru nk memahamkan.

    ReplyDelete
  2. Tu la jangan kedekut lain kali..ok kite klik2 ye

    ReplyDelete
  3. kreatif. best, penat mengelik tp puas hati

    ReplyDelete
  4. wow.... interesting ad...=) boleh kumpul dana ... heheh
    selamat hari raya maaf zahir batin.....
    www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete
  5. memang tengah ngantuk ni...jom kita klik ramai-ramai

    ReplyDelete
  6. suka iklan raya yang ada pengisian camni..

    ReplyDelete
  7. Betol tu...kita kna sentiasa berkongsi dgn org2 sekeling kita...tak kira la sikit atau banyak..pasti ada ganjaran yg Allah berikan pd org yg pemurah... :)

    ReplyDelete
  8. Sebab kedekut. Hilang wallet. Jangan kedekut sangat. Kalau tak cukup duit cakap je. Kann

    ReplyDelete
  9. dah klik klik. seronok macam main game hehe. tapi dapat menderma, best!

    ReplyDelete
  10. bgus benda macam ni... sambil bersocial kita beramal.. dri klik2 kosong gitu.

    ReplyDelete
  11. touching ngan iklan raya mcm nie kan..dan bagi pengajaran kita..

    ReplyDelete
  12. haah suka iklan ni..pgajaran yang bagus utk kita cth yang baik.

    ReplyDelete
  13. Iklan skrg banyak yg kreatif dan beri kesedaran. Hee. Ok klik klik

    ReplyDelete
  14. Menarik.. baru tahu iklan ni. Nuha kurang menonton. Jadi terkebelakang sedikit. Yang perasan iklan syukurselalu tu je. Tersentuh jugak.

    Rakan-rakan blogger yang ada maalah migrain boleh whatsapp 017-4991289. Ada tawaran menarik untuk anda.

    ReplyDelete
  15. Serius...bantu pd yg memerlukan...dan yg dibantu perlu bersyukur sbb masih ada yg sudi membantu

    ReplyDelete
  16. Suka iklan ni..memula tak faham. Lps tu dah faham sket2. Bila baca entri Farah bertambah faham. Rupanya iklan ini, bukan sekadar iklan ;)

    ReplyDelete
  17. betul tu Farah - sama222 berkongsi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !