Pakaian "Lace", Pandai Bergaya, Pandailah Jaga...

Farah Waheda Wahid
10

Farah ni bukanlah peminat setia pakaian dari "lace" tetapi ada sesetengah hari, sesetengah acara tu, Farah adalah juga mengenakan pakaian "lace". Mengikut keselesaan Farah dan kesesuaian acara katanya. Sebab, bagi Farah lah, pendapat peribadi Farah, bila pakai pakaian "lace" ni serba serbi kena jaga. Tak boleh main balun, main belasah, lasak bergerak sana sini sangat. 

Nak duduk kena tengok dulu, kena jaga. Nak bersandar, kena tengok dulu, kena jaga. Nak bergerak boleh jer, tapi kena perhati kalau terlanggar apa-apa. Takut-takut, "lace" tu tercarik ke? tersangkut ke? terkoyak ke? Kannn??? Errr... Ke Farah jer yang fikir macam ni,nih? 

"Lace" adalah satu material yang lembut dan sangat feminin. Selalunya jadi pilihan wanita sewaktu pertunangan, pernikahan, persandingan ataupun acara-acara formal. Kalau jaga betul-betul dan baik, boleh bertahan, bertahun-tahun lamanya. "Lace" bukan murah oiii... Mahal... Nak murah pergi melancong ke Bandung...Ngeee...

Apa itu kain "lace"? "Lace" ialah kain seperti jaring yang dihasilkan dari kerja tangan atau mesin, yang dibuat daripada kapas, linen atau fiber sintetik. Pakaian daripada selalunya dinasihatkan untuk dicuci secara cucian kering. Kos penjagaan fabrik macam ni tinggi, sebab tu sebaik-baiknyaboleh dicuci dengan tangan. 

Ini yang Farah belajarlah yer dari beberapa pembacaan dan juga kawan-kawan: 

1. Pakaian "lace" hanya perlu direndamkan menggunakan air sejuk dan detergen yang sederhana kuat. Jangan rendamkan seharian. Sekadar 15 minit pun dah memadai. Pastikan zip dan butang sudah disempurnakan untuk mengelakkan jaringan "lace" tertarik dan terkoyak.

2. Tidak perlu memberus, kerana ini akan memberikan kesan terhadap fiber kain. Ini ikut logik pun kita tahu kan? Kalau berus habislah "lace" tu rabak.

3. Kemudian bersihkan dengan air bersih sehingga hilang kesan detergen, tetapi sila jangan perah - hanya ramas-ramas sahaja untuk mengeluarkan air. Kain "lace" ni berjaring, jadi ia tidak begitu menyerap air. Oleh itu, perahan memang tidak perlu yer? 

4. Jangan gantung pakaian "lace" untuk keringkannya apatah lagi menggunakan mesin pengering. "Lace" harus dikeringkan dengan udara biasa dan harus dikeringkan atas permukaan yang datar.

5. Selalunya baju "lace" tak perlu diseterika. Tetapi kalau-kalau rasa perlu, lapikkan papan seterika dengan tuala putih dan lapiskan dengan kain lain di atas baju "lave" tersebut agar tiada sentuhan langsung daripada seterika kepada baju "lace". Ini penting untuk mengelakkan perincian "lace" itu herot atau senget, juga bagi memastikan baju "lace" tidak terkoyak terkena bucu seterika yang agak tajam baginya.

6. Dinasihatkanlah yer, baju "lace" tidak digantung, tapi dilipat untuk mengekalkan bentuknya daripada melurut menjadi besar terutamanya di bahagian bahu. Jangan risauuu, walaupun dilipat, baju "lace" tidak berkedut dengan mudah.

Macam tulah sedikit lebih kurang yang dapat Farah kongsikan. Tapi kalau rasa susah sangat... Boleh jer terus hantar dobi. Tengok-tengok dobi juga, kadang-kadang ada dobi ni yang kita hantar baju kita boleh rosak. Penyelesaian paling afdal dan mudah... Heee... Kalau bergaya jer, tapi tak jaga, sayang rasanya... Beli mahal-mahal dan tempah mahal-mahal lepas tu cepat rosak... Boleh nangisss ooo.... 

Tak kiralah macam mana pun penjagaan kita, tetapi yang penting, terjaga... Ikut pada keselesaan masing-masing... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Huuu dayana tak reti sangat kalau leceh2 ni, adoii tak rajin huhu

    ReplyDelete
  2. Sensitifnya pakaian lace ni yer sis ^-^

    ReplyDelete
  3. Thank for the tips, boleh apply ni

    ReplyDelete
  4. Kain Lace mahal..sekali tercarik memang nangis..memang kena pandai jagalah kan :)

    ReplyDelete
  5. HAHAHAHA...KALAU sALLY MMG TAKDE LA NAK BERJAYA...NMPK TAK PEMALAS DIA...

    aiyark! huruf besar palk...malas nak delete..kahkahkah

    ReplyDelete
  6. tak mampu nak berlace hahhaa.. lagi malas nak jaga, cam rumit sangat. hehee

    ReplyDelete
  7. Cantik..dan cara menjaganya juga kena cantik..

    ReplyDelete
  8. hoho dah ada anak kecik taleh nak melaram dgn lace... ni pun shawl habis dah kena tarik2 haha..

    ReplyDelete
  9. tgh KIV kain lace kat tailor, x tau nak buat pesen apa...beli 2-3 pasang kat Jakarta ari tu...hehehehe....tp hantar dry cleaning pun ok kot

    ReplyDelete
  10. pakai kain lace masa nikah dan sanding je :)
    Kain lace memang cantik dan delicate.

    Dah berkeluarga, cari kain yang tak payah gosok.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !