Menghadapi Dan Mengendalikan Anak Yang Suka Berbohong...

Farah Waheda Wahid
9
Sumber dari Google
Kenyataan itu perit dan pahit. Bila anak sudah mula belajar bercakap bohong ataupun berbohong, ianya memang sesuatu perkara yang menusuk hati bagi ibu bapa. Dari mana dia belajar berbohong? Bagaimana dia belajar berbohong? 

Banyak faktor yang boleh menjurus seseorang anak itu mula berbohong. Mungkin disebabkan mereka terlalu takut pada ibu bapa, mungkin disebabkan pengaruh pergaulan sekeliling mereka. Mungkin juga disebabkan pengaruh televisyen dan juga media sosial. 

Sumber dari Google

Kalau ada "indicator" seperti hidung Pinocchio seperti gambar di atas, mudahlah kita mengecam sekiranya berbohong kan? Tapi itu semua hanya di dalam cerita fantasi. Nak hidu anak berbohong ni, kebiasaannya ibu bapa akan cam dari fakta kata-kata, kaitan di antara kata anak dengan situasi sebenar yang ibu bapa nampak di depan mata atau dengar dari pihak lain dan juga komunikasi "non verbal" anak. 

Sumber dari Google

Manalah nak ada dalam dunia ni satu ibu bapa pun yang suka anak-anak mereka berbohong. Kalau ada tu memang pelik pemikiran dan fahaman seseorang individu yang bergelar ibu ataupun bapa itu. Realiti kehidupan sebenar zaman ini, memang ramai yang berbohong kan? Tak kira bohong sunat atau memang bohong. 

Hati... Sebagai ibu ataupun bapa bila mengetahui yang anak suka berbohong, mesti rasa kecewa, rasa sedih. Walhal, di dalam didikan kepada mereka belum pernah sekalipun kita sebagai ibu bapa mengajar atau menggalakkan anak untuk berbohong. Hurmmm... Boleh dibiarkan sahaja ke? Boleh hilang ke tabiat berbohong ni seiring dengan peningkatan usia? 

Mesti susah hati kan? Bila memikirkan anak sendiri, zuriat sendiri suka berbohong? Bila jadi kebiasaan jika tidak dikikis sikap itu, ianya akan melarat sampai bila-bila pun. Itu yang kita tak nak! 

Sebagai ibu bapa, harapan kita pada anak-anak adalah semestinya yang baik-baik ajer yer tak? Macam mana nak hadapi? Macam mana nak atasi? Macam mana nak kendalikan? 

Pendidikan Agama Dan Pelajaran Moral
Cuba-cubalah menasihati anak anda bahawa berbohong itu tidak baik. Nasihat dari ibu bapa itu penting selain dari nasihat guru yang mengajar mereka. Bekalkan anak dengan pendidikan agama dan juga pelajaran moral yang secukupnya serta terbaik. Selalu dampingi mereka dan ceritakan kisah-kisah tauladan yang mengaitkan kesan dan akibat berbohong.

Contoh Yang Baik
Anak-anak akan meniru dari apa yang mereka lihat. Anak akan dengan mudah "imitate", tiru sesuatu yang orang di sekitar mereka lakukan. Nak anak jadi baik, kita pun sebagai ibu bapa kena tunjuk contoh yang baik. Selalu berkata jujur.

Awasi Pergaulannya
Pilih kawan untuk anak, nasihati anak supaya tidak berkawan atau bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai sikap ataupun perangai yang negatif. Pantau dengan siapa anak kita berkawan. Kelihatan bunyinya agak macam kejam kan? 

Pendapat Farah-lah, pendapat orang lain Farah tak tau ok? Zaman sekarang ni memang perlu mengawasi pergaulan anak-anak. Zaman sekarang lebih mencabar. Untuk kebaikan anak tak salah jika kita sebagai ibu bapa memilih kawan untuk anak.

Bagi Farah, jangan biarkan kawan-kawan anak kita memberikan pengaruh buruk kepada anak kita. Maaf, bagi Farah di zaman serba serbi ni, macam-macam cerita ni, memang penting untuk tahu siapakah kawan-kawan anak kita dan penting untuk kita sebagai ibu bapa mengawalnya. 

Biar kawan tidak ramai, dari ramainya kawan membawa pengaruh dan juga kesan yang buruk kepada perlakuan anak kita. Bukan tidak boleh berkawan, tetapi biarlah yang positif. 

Alasan Anak Berbohong
Bila dapat tahu yang anak berbohong, kita pun janganlah cepat melenting walaupun hati tu tengah mendidih kan? Farah faham rasanya macam mana ok? Pabila mengetahui diri dibohongi. Jangan marah... Kawal perasaan, cari sebab, cari alasan kenapa anak berbohong. Adakah dia berbohong kerana takut dimarahi atau kerana hal yang lain? Kalau dah tahu punca barulah ambil tindakan sekaligus nasihat anak tu.

Beri Hukuman Dengan Cara Terbaik
Beri hukuman ni tak semestinya memetir, tak semestinya memukul. "Soft punishment" tu bagi Farah lebih memberi kesan. Hukuman secara psikologi katanya. Hukuman tu boleh jadi melarang anak bermain, menonton televisyen ataupun bermain "game". Hukuman macam tubpun sebenarnya boleh memberikan peringatan kepada anak supaya tidak berbohong lagi. Setiap kali mereka cuba nak berbohong, mungkin mereka akan teringat hukuman yang bakal diterima. :-).

Doa kita sebagai ibu bapa, doa Farah sendiri semoga anak-anak kita semua dijauhkan serta dijauhi dari sikap berbohong. In Shaa Allah... Amin... 


Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kalau ada indicator macam pinoccio tu syokla mak bapak.
    Jaga pergaulan anak-anak tu memang betul, jadi kita kena ambil tahu dgn siapa anak kita berkawan.

    ReplyDelete
  2. susahnya jadi seorang ibu tapi kebanyakkan mak bapak skg jenis sporting, tu masalahnya kak Farah

    ReplyDelete
  3. Nice tips akak..memang berguna info nie bila ada anak yang sedang membesar...thanks 4 sharing akak...

    ReplyDelete
  4. panduan kepada ibu2;)tenkiu mommy!

    ReplyDelete
  5. kawal pergaulan sedari awal persekolahan tu mmg elok. kekadang kita tengok kawan baik sendri pon boleh mendorong kepada gejala pembohongan.

    ReplyDelete
  6. wah.. terbaik panduan ni.. boleh buat rujukan nanti..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum
    hi singgah sini
    sory hr nie bz x sempat nak BW

    ReplyDelete
  8. Nasib tak de indikator cam Pinocchio tu kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !