"Meee....Meee...Meeee...", bertawaf keliling ibarat kucing kehilangan anak. Mencari sesuatu yang hilang. Bukan sekali, bukan 2 kali, tetapi berkali-kali. Selepas itu cembeng. Selepas itu, bila apa yang diharapkan dia jumpa tak dijumpai menangis.
Terpaksa dipujuk, terpaksa ditenangkan. Heee... Mencari dan sedih rupanya dia. Begitulah laporan yang diterima untuk semalam bila Farah sudah memulakan tugasan di pejabat seperti biasa.
Dah sedap lettew, Mommy ada dengan dia selama beberapa hari sewaktu cuti raya yang panjang kan? Bangun pagi dapat naik "car", dapat bergurau dan bermain dengan Mommy. Kanak-kanak memang begitu kan? Bila ibu atau bapa bercuti panjang, setelah itu bekerja kembali, mereka akan mencari kelibat ibu bapa yang tidak kelihatan pada hari yang seterusnya.
Mommy "work" lah Ash. Kalau tak "work" macam mana? Mommy memang kena "work". Mungkin ada kanak-kanak jenisnya tidak kisah, tetapi lain halnya bagi Ash kan?
Memang betul dia mencari. Sesampainya Farah dinrumah semalam terus di berkejar dan menerpa. Hu hu hu. Tak sempat nak buka kasut lagi, baru kuak pintu dan terus dia berlari ke arah pintu dapatkan Mommy dia. "Kung..."... Maksudnya dukung... He he he...
Sehari dua ni memang macam nilah gayanya... Nak biasakan dengan rutin kebiasaan kembali... Lepas ni ok-lah kembali yer tak??? ^_*
Kesian ash... Sblum ni lama bercuti dengan mama dia...
ReplyDeleteAlahai sedih betul dia bila mommy dah start kerja
ReplyDeleteselamat hari raya
ReplyDeletemaaf zahir dna batin
rapat dgn mama tu...sedih pula nk berpisah setelah cuti lama kan
ReplyDeletealahaii ash manja mummy nie..
ReplyDeleteala...cian dia
ReplyDelete