Mari Belajar Menggunakan "Chopsticks"!!!

Farah Waheda Wahid
18

Inilah makanan untuk tengah hari ini yang merangkap sarapan pagi Farah juga. Yong Tau Foo kegemaran dan idaman hati. Penggemar setia Yong Tau Foo tetapi tidak berminat sekiranya sup. Hanya berminat dengan sos. 

Ada beberapa makanan sebenarnya yang Farah lebih selesa menggunakan "chopsticks" a.k.a. penyepit. Makan Yong Tau Foo memang harus dengan penyepit. Makan mee, kuey teow, bee hoon. Ho ho ho, nasi tak pernah lagi sebab macam rasa tak puassss jer... 

Rasa-rasanya dulu pernah Farah "update" cara bagaimana nak gunakan"chopsticks" nih... Jap semak balik... Haaa...entri Chopsticks a.k.a Penyepit...Lama dah entri ni... Hew hew hew... Maknanya ini entri bergandalah... Berganda bukan "duplicate" sebab susunan ayat lain...

Kalau nak maklumat lebih terperinci boleh rujuk entri lama tu. Kali ni cerita santai-santai jer...

Di dalam entri yang lama tu, Farah siap kongsikan video penggunaan "chopsticks" sekali. Alaaa, tak susah pun, sama ada boleh tonton video di entri yang lama tu ataupun cari jer di YouTube. Zaman kan dah maju sekarang ni? Segalanya di hujung jari ihiksss...

Farah sememangnya dari kecil dah diajar menggunakan "chopsticks"... Dan Farah juga ada koleksi "chopsticks" yang tersendiri. Asal jumpa jer beli. Asal jumpa jer beli. Bukan apa...kadang-kadang tu geram tengok "chopsticks" yang comel-comel. Terutama kalau masuk kedai 5 hinggit atau Daiso.

Susah tak nak gunakan "chopsticks" ni? Tak susah sebenarnya, cuma yang jadi susahnya bila kita kekok kerana tak biasa menggunakannya. Mula-mula memang begitu, tetapi lama kelamaan akan menjadi mudah apabila dah terbiasa.

Seronok sebenarnya menggunakan "chopsticks" ni. Semi makanan namanya. He he he. Kalau bosan pun boleh hilang bosan. Konon-konon Ada kelainanlah Cara makan tu yer tak??? He he he...

Nak belajar, nak tahu cerita di sebalik "chopsticks", nak tonton video tutorial tu, sila baca entri lama ok??? Ngeee....

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tak reti guna. Jenuh dah belajar dengan chinese friend tetap fail. nak kena makan dengan tangan jugak. melayu sejati =p~

    ReplyDelete
  2. dari dulu sampai sekarang tak cekap guna chopstick. pergi kedai yg bg chopstick, akak mintak sudu garfu hehe

    ReplyDelete
  3. fuhyoohhhh...jepun...hihihihi...ish...nak try nanti nak beli .....yaya dah follow blog akak...harap sudi follow sy kak... :)
    www.yayacendana.com

    ReplyDelete
  4. senang sangat...kita suka guna chopstick kak... Mak Yana dari kecik dah ajar guna chopstick... :-d :-d :-d

    ReplyDelete
  5. pernah guna chopstik, suka makan mee kari guna chopstik...nampak rare sikit hahahhaha

    ReplyDelete
  6. try belajar pakai pensil dan pen XD

    ReplyDelete
  7. k.el suka dua2..sup ngan sos
    alahhaiiii nak yongtaufuuuuu lapaq nii hehe
    k.el terer gak pakai chopstick ni..pegang2 chopstick terus terer dah haha

    ReplyDelete
  8. hehehe..
    malu nak ngaku.
    sampai udah x pndai pegang chopstik nie..
    tgk dalam gambar cam snang pulak.
    kena test balik nie

    ReplyDelete
  9. kebulur le kalau akak nak guna chopstick ni weiiii

    ReplyDelete
  10. boleh guna skit2 tp lembab la makan..hahaha...kena belajar ngan Dania...

    ReplyDelete
  11. iqa penah belajar. tp smpai skrg x pandai. tsktsk

    ReplyDelete
  12. Kekok betul bila guna chopsticks..hahaha...ada gak belajar tp giveup sbb tak lulus2 pegang chopsticks

    ReplyDelete
  13. susah naw nak guna benda alah copstik tu! Jemput singgah ke rumah sis :D

    http://santanmanis.blogspot.com/2015/08/raya-bersama-yuna-oh-yeah.html

    ReplyDelete
  14. ayu dulu belajar guna chopstick guna yang budak2 punya tu... alaaa yang ada penyambung kat atas dia tu. so tak la berterabur chopstick tu bila nak bertatih. Pakai sekejap je jenis tu.. bila dah start guna chopstick betul, terus boleh. macam tak percaya.

    ReplyDelete
  15. Hahaha. Tak reti guna chopstick. Bolehla belajar makan chopstick lepas ni. Tq farah =)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !