Sumber dari Google |
Jujur kuakui, sekalipun belum pernah jejak lagi ke Me'nate Steak Hub nih... Bila dah terkenal dan viral Me'nate Steak Hub nih, tiba-tiba "I is" terasa nak buat lawatan dan menjamu selera pula ke sini...Ihikss... Yang jadi terkenal dan viralnya sebab kes yang melibatkan seorang selebriti tanah air yang memang terkenal dengan kelantangan beliau dan juga seorang awam yang sebenarnya "tweet" beliau telah disalahtafsir. Senang cerita...kes tersalah faham dan kes tersalah "statement". Boleh tak agak-agak kalau Farah kata begitu?
Dari pandangan sudut peribadi, sekali imbas kalau Farah menjadi seorang yang tidak pernah tahu menahu tentang kewujudan Me'nate Steak Hub, (kalaulah kalau...nasib tau he he he...) Farah boleh katakan "first impression" bila mendengar orang menyebut perkataan Me'nate Steak Hub...mungkin Farah tersalah anggap yang orang tu tengah carutkan restoran "steak"... Ha ha ha... Sebab perkataan Me'nate tu kannn??? Maksud Farah di sini, jika sebut perkataan Me'nate Steak Hub tanpa sokongan ayat-ayat lain. Lainlah kalau dikatakan sebagai, Restoran Me'nate Steak Hub yang terletak di sekian sekian sekian... memang berbaloi-baloi kalau pergi makan... Haaa...itu mungkinlah kita faham kannn???
Sama juga kisahnya dengan perkataan Me'nate yang telah disebut oleh seorang awam di dalam "tweet" beliau semasa membalas pertanyaan selebriti berkenaan tentang pertanyaan cadangan tempat makan.... Selebriti berkenaan bertanyakan cadangan tempat makan dan orang awam tersebut menjawab dengan ringkas Me'nate. Kalaulah kita ni memang tak pernah dengar Me'nate tu... apa yang akan kita fikir secara logiknya pada peringkat awal? Adakah orang carutkan kita?
Perkataan Me'nate ni sinonim dengan me'nate mu... Hu hu hu...Sorry bukan nak mencarut di bulan-bulan Ramadhan ni... Farah bukannya menyokong atau menyebelahkan mana-mana pihak ataupun cuba mengatakan pihak ini salah pihak itu tak salah. Tak yerrrr...Jangan salah faham...Farah cuma mengupas jer isu yang berlaku dari sudut pandangan Farah... Kalau diikut-ikutkan dari temuramah bersama pemilik Restoran Me'nate Steak Hub, Tuan Mustaffa Othman atau lebih senang disapa sebagai Chef Pak Mus dari sumber di SINI
Sebenarnya, asal nama restoran ini datangnya dari perkataan MEN ATE, yang membawa maksud golongan yang memakan daging. Saya ni asal Kelantan, saya pun tambah "appostrophe" depan tu jadi Me'nate..."
Haaaa...macam tulah ceritanya dan maksud sebenar perkataan Me'nate itu... Tentang kes selebriti yang berkenaan dan orang awam yang berkenaan, Farah bukan hakim untuk mengadili siapa salah siapa yang patut dijatuhkan hukuman. Farah cuma orang awam biasa sahaja seperti anda. Cumanya, apa yang berlaku kita jadikan tauladan dan juga pengajaran. Banyak yang boleh kita belajar dari insiden yang telah berlaku baru-baru ini dan banyak yang boleh kita fikirkan untuk memperbaiki diri kita masing-masing. Kita ni manusia yang tak lari dari khilaf kannn??? Tak apalah, apa yang berlaku biarlah berlalu, tak usahlah kita memanjangkan lagi... Yang salah mohonlah maaf, yang tak salah pun lagi baik jika mohon maaf...Sama-sama kita bermaafan sesama kita...Hari baik bulan baik ni, tak baikkk gitchewss.... Sama-sama berlapang dada...Itu lebih baik dan terbaik...
Yang menariknya...setelah viral Me'nate Steak Hub, selepas ini pasti bertambah-tambah lagi pelanggan yang ke sana untuk mencuba makanan yang dihidangkan... In Shaa Allah jika itu rezeki Chef Pak Mus kannn??? Alhamdulillah... Ini pun boleh dikatakan sebagai contoh pepatah Inggeris yang berbunyi... "blessing in disguise" nih... Salah satu pemasaran tak langsung... Heeee... Lihat yang positif dari yang negatif gitchewss... "I is" pun dah macam terasa nak pergi nak pergi jer nih....
mcm menarik menu di sini
ReplyDeletebaru anum tau
ReplyDeleteCN pun baru tahu..hehe
Deletesama la dgn aida...
Deletetersalah tafsir tu tak mengapa..tapi, lepas dah tahu kesalahannya, dia tetap tak mahu mengaku..siap kutuk gila-gila..macam orang takde akal, takde iman langsung..wallahuaklam..
ReplyDeleteAA mmg macam tu, pelik CN dgn peminat dia tu, apa la yg special ye?
Deletedia ada peminat ke ? hi hi hi...
DeleteSelalu nampak restoren ni waktu siang farah, dah bg tau suami nak pi sini nanti...kumpul duit dulu hehehhe
ReplyDeletekes salah faham tp tak paham kenapa bila dah tau pun still buat-buat tak faham... huhu
ReplyDeleteKadang sesuatu yang asalnya sedikit krisis..akhirnya mengindahkan..tiada yang sia sia atas setiap yang terjadi..cuma penerimaan kita itu berbeza beza..
ReplyDeleteSangat dekat dengan office kita!!! teringin gak datang sini :)
ReplyDeletetau yg kat area danau kota tu je.. Teringin nak makan situ sebab suka steak... huhu..tp harganya boleh meremang bulu roma.. kena gigih ni kumpul duit nak makan situu..tp ada yg murah jugak kan..
ReplyDeleteunik...dpt kt org dh biase menyumpah..dia igt org lain pon menyumpah sama...huhuh
ReplyDeletesama gak, seblm ni tak tahu pun kewujudan restoran ni..
ReplyDeleteSekarang dah famous restoran nie...
ReplyDeleteMarketing tanpa bayaran.. senang satu Malaysia tahu kedai ni.. hihihi.. thanks bublynotes kongsi maksud nama kedai ni :)
ReplyDeletesetuju tu, dah glamer restoren ni
Deletehaha tension je si azwan ali tu agaknya tgk si farah tu dpt sonsor mkn sampai beribu :D
ReplyDeleteHehe... Sy pun baru tahu lepas kes tu... Hehe.. Terus popular restoran tu... Dan si budak tu pun mmg jadi rezeki dia la...
ReplyDeletesesuatu yang berlaku ada hikmahnya..dari orang tak ahu terus jadi popular kan
ReplyDeleteHargany yang takleh tahan
ReplyDeleteitulah, tggu la siapa ye nak sponsor? hehe
DeleteMahal...huwaaa..xmmpu rasanya nk p makan...
ReplyDeletememang da rezeki dia gitu, farah.
ReplyDeletedpt promosi murahan yg membawa keuntungan :)
hikmah di sebalik kejadian la ni...