"Little Boss On The Ride"...


Dia memang kalau boleh nak kereta tu bergerakkk ajer tak berhenti-henti... Kalau kereta berhenti disebabkan lampu merah ataupun jalan sesak memang mulut dia akan bising. Agaknya sebab dari hamilkan dia dulu, Farah memang suka mengomel bila lama sangat tersekat di kesesakkan lalu lintas di jalan raya. Makanya turun kepada dia sikap itu, tidak suka berlama-lama di jalan raya. 

Masalahnya Mommy dia suka memandu, jadi memang lamalah atas jalan raya. Yang tak sukanya adalah bila berhenti atau tersekat terlalu lama. Jadi tidak hairanlah kalau Ash pun sama yer tak? Muahahaha...

Semalam kami berdua beranak berjalan-jalan ke Shah Alam. Adalah yang Farah dan Ash cari kan? Jalan pula sesak. Iyalah minggu terakhir semua orang hendak melakukan persiapan raya. Minggu depan dah raya. Jadi sememangnya harus berpusu-pusu lah orang kan? 

Lama tersekat di simpang Sekyen 13, Shah Alam tu. Memang sangatttt lama. Farah macam biasa yang tak suka tersekat lama-lama, mulalah mengomel-omel sendiri. Ash pandang... Sambil muka dia berkerut-kerut cuba nak memahamkan apa yang Farah omelkan. 

Tiba-tiba, lancar jer dia mengeluarkan perkataan. "Per ni Meee...???"... Gulp...Ha ha ha, padan muka kena "sound" dengan anak sendiri sebab mengomel kan? Lepas "sound" Mommy dia terus dia silangkan kaki seperti gambar di atas dan layan tablet dia dengan khusyuk. "Boss" sangattt nih! Huh...Kemain kan? Dengan gaya-gaya begini... 

Semakin hari semakin berkembang. Semakin banyak telatah dan gelagat. Ini baru nak belajar-belajar bercakap nih. Kalau dah lancar bercakap entah macam mana lagilah nih? 

Baru sepatah perkataan macam ni pun dah kena "sound" Mommy, kalau berpatah-patah perkataan mau macam peluru nih, berdas-das Mommy kena ni. Ok ok, lepas ni Mommy akan cuba untuk tak mengomel kalau kita tersekat di kesesakkan lalu lintas ye? Elehhh, dia pun sama sebenarnya... Kalau lama sikit pun dah rimas... Nasib Mommy pandai umpan kan? Ha ha ha, jadi tak adalah "tantrum"... 

Kaki tu yang tak menahan tuh... Macam-macam lah gaya dia ni sekarang nih... Tu belum lagi sempat rakam gambar dia berjalan dengan dua belah tangan di atas punggung di belakang. Gaya "boss" memantau anak buah melakukan kerja... 

Tapiii, memanglah Ash "boss" Mommy kan??? "Boss" kecil Mommy dan pengawal peribadi kecil Mommy... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Little Boss On The Ride"..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, July 12, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Boss pergi mana tu dengan mommy..sambung shopping ke..

    ReplyDelete
  2. haha.. amboi ash kecik2 dah pandai yer...

    ReplyDelete
  3. amboi...bos sibuk dok tgk apa keja x bereh lg tu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY