Kisah Syawal Pertama 2015 Kami...



Entri pemanas enjin setelah menulis secara maya dengan gaya penulisan yang agak sendu sewaktu Syawal bermula minggu lepas. He he he... Tetapi masih berkisarkan tentang raya. Cerita raya ni orang kata sebulan pun tak habis, tetapi Farah In Shaa Allah lagi 2 -3 entri habislah ni. Tak banyak pun cerita Syawal kami berdua beranak. 

Raya pertama... Anak teruna paling "win"!!! Pabila dia bangun agak lewat pada pagi Syawal tu. Mommy dia sampai berada di dalam dilema sama ada nak Kejut Ke? ...Tak Kejut Ni? Cerita yang selanjutnya, bolehlah baca di entri yang berkaitan yer. 

Elok-elok selepas Farah "update" blog secara ringkas, dia pun bangun dari tidur. Amboiii "boss" kecik ni kann??? Kemain lagi dia. Penat... Banyak aktiviti dia malam raya... Boleh rujuk entri Malam Raya Ash...


Pagi raya... Bersalaman dahulu dengan Nek Ma Ash. Nak salam Abah Ash di pagi raya, Abah Ash nan hado laie... Belum sampai... Heee... Tapi malam sebelumnya dah mohon ampun maaf melalui sistem pesanan ringkas dan What's App dah. Hua hua hua... Ajar Ash bersalaman di pagi Syawal. 

Dapat duit raya dari Nek Ma Ash... Atuk Ash kerja...makanya malam sebelumnya dah salam-salam polok polok dah. Dapat duit raya juga Ash. Huntunglahhhh jadi cucu kesayangan pengarang jantung Nek Ma dan Atuk kann??? Besar kecik besar kecik jer Mommy dia tengok amaun duit raya Ash tu... He he he... Mommy pinjam boleh Ash??? Gurau-gurau... 

Destinasi pertama kami??? Petronas... Isi minyak dulu sebelum memulakan perjalanan ke rumah BFF Farah di Paya Jaras. Di Petronas??? Ash dapat duit raya lagi... Abang Petronas yang selalu tegur Ash bagi... Alhamdulillah rezeki Ash... Mommy tumpang tengok dan tumpang "happy" jer... 


Seronok anak teruna beraya rumah Aunty Nurul dia. Sebab ada "friend" yang sebaya, ada abang, ada toys. Risau juga hati nih sebenarnya bila bawa si kecil molek ni beraya rumah kawan-kawan Farah... Takut tangan tu merabik sana sini dan menyepah. 

Alhamdulillah, dia tak sentuh benda-benda lain cuma leka bermain sebab ada kawan. "Good boy"...Bukan apa, risaulah anak kita dok menyepah rumah orang kan? Makanya, kenalah kawal apa yang patut dan yang paling penting kena ajar anak adab menjadi tetamu di rumah orang. 


Ash dan Hafiy anak Nurul adalah sebaya. Selang seminggu jer mereka. Hafiy keluar dulu dan kemudian diikuti Ash pula. Tahun lepas kami tak dapat nak beraya bersama, tahun ni dapat beraya bersama kerana Nurul tak balik kampung! He he he... Sahabat susah dan senang nih... Tak kira masa susah ke, masa senang ke, dia tetap ada di sisi Puan "Lawyer" nih... Penasihat dari segi undang-undang pun yer... Luar undang-undang pun yer... Kalau tak pasti apa-apa dengan terma-terma perundangan terus jer rujuk dia kalau dia ada kelapangan... 

Selepas dari rumah Nurul, cadangnya nak balik kampung. He he he, kampung bandar namanya. Iaitu di Puchong. Tetapi disebabkan Abah Ash nak balik sekejap, rancangan ditangguhkan seketika. Kita tunggu Abah Ash seketika. 

Kalau ikutkan perancangan asal, Abah Ash nak Solat Jumaat di masjid di kawasan perumahan Farah. Akan tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Abah Ash terpaksa tukar rancangan. Jalan sesak katanya dan Abah Ash datang dari Rawang. 


Air muka dan reaksi Ash ternyata sangat-sangat gembira bila dapat lihat kelibat Abah dia. Dari jauh lagi... "Bahhh.... Babahhh...."... Allahu, kalaulah sesiapa dapat melihat keriangan dan keterujaan dia sewaktu itu, boleh jadi sebak weiiii.... Semasa di rumah Nurul pun, suami Nurul dipanggilnya Babah... Masuk-masuk jer rumah Nurul terus duduk atas riba suami Nurul. 

Ahaksss...segan pulak Mommy ko ni Ash oiiii.... Janganlah macam tu (dalam hati), tetapi sebenarnya faham jer dengan reaksi Ash tu. Kenapa dan sebab apa. :-). Abah kan selalu tak ada...Mommy nih dia tak heran sangat sebab hari-hari ngadap muka Mommy...


Alhamdulillah, syukur dapat juga kami beraya bersama-sama walaupun ruang waktu sangat terhad dan singkat. Terima kasih abang kerana sudi meluangkan masa untuk isteri dan anak di sini. Terima kasih kerana sudi susah payah berkejar balik untuk beraya bersama anak isteri di sini. Kesian Abah Ash, terkejar-kejar demi Ash. 


Macam dia sorang ada Abah kan??? Manjanya kemain. Iyalah orang jarang-jarang jumpa Abah. Macam tulah gayanya. Kami tak beraya ke mana-mana pun lagi. Cuma habiskan masa sekeluarga seketika dan pergi ke KFC untuk beri Ash makan tengah hari. Ha ha ha, raya Ash makan "fast food"... Bukan apa takut dia lapar... 


Ini romantika bulan Syawal namanya nih. Suami dan isteri. Isteri dan suami. Yang Ash perhati senyum-senyum jer... Elehhh Ash...Bagilah peluang Mommy dengan Abah pula... #inikanraya... Bukan selalu ok? Sekali sekala... Memang setiap tahun akan ada gambar raya kami bersama. Itu adalah satu kewajipan. Adatlah tu kan? Kebanyakkan pasangan semuanya memang begitu.

Ding dong ding dong, jam pun dah petang sangat dah. Tibalah masa, Abah Ash terpaksa bergerak semula. Tinggallah kami berdua beranak seperti kebiasaan. Minta ampun minta maaf tu haruslah sesama kami. He he he. 


Dah pandai buat muka sedih dah Ash nih bila Abah nak gerak tinggalkan dia sekali lagi seperti kebiasaan. Alaaa ini yang lemah nih. Abah dah bagi duit raya pun sedih lagi. Muahahaha... Tapi dia "happy" lah dapat beraya seketika dengan Abah dia kan? Budak-budak biasa lettew.

Abah gerak ke Rawang semula... Kami pun balik ke rumah. Errr.... Tapi "tab" Ash tertinggal dalam kereta Abah. Telefon Abah dan pergi jumpa Abah di persimpangan jalan. Ambil "tab" Ash dari Abah dia. Nampak jer Abah dia... "Bahhhh..." dengan lembutnya suara dia panggil Abah dia sambil tersenyum-senyum.

Phewww... Nasib baik tak nangis Ash nih. "Tab" dah ambil, kami pun pulang ke rumah. Rehat dulu... Bagi Ash masa berehat. Penat sangat dah tu. Seharian beraya. Malam-malam sikit nak bawa Nek Ma Ash beraya pula.

Itu sahaja cerita raya pertama kami berdua beranak. Yang ringkas, yang sederhana dan tiada apa-apa yang "extravaganza"...Tetapi syukurlah seadanya kan? :-)... Rayanya adalah untuk Ash... Yang seronoknya dia dan apa yang paling penting dia merasa gembira... Itu jer... Syukran Ya Allah sebab Ash memang jelas gembira...

Belum berkesempatan untuk berjumpa mertua "I is"... Tak apalah, belum rezeki Farah dan juga belum rezeki Ash lagi... Abah mertua kerja di Aidilfitri kata Abah Ash... Tapi menantu dan mertua sempat berbalas salam yang dikirim melalui Abah Ash... :-)... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kisah Syawal Pertama 2015 Kami..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, July 21, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

16 comments:

  1. Dapat jugak ash beraya dengan abah die..seronok tu

    ReplyDelete
  2. Ash ni kalau depan Aunty Zura mau kena gigit pipi dia ni. Geram!

    ReplyDelete
  3. alololo, sweet jer bertiga nih.. selamat hari raya!!!

    ReplyDelete
  4. Alololo sweetnya family uols.. Selamat Hari Raya!=) Ada tag Farah dalam segmen. Bolehlah terjah. Ngee... http://www.aimisyahirah.com/2015/07/segmen-blogwalking-lepas-raya.html

    ReplyDelete
  5. ash ngengada..meh raya ngan cik sue plak hehehhe

    ReplyDelete
  6. happynya Ash, pandai berkawan ye Ash ni, behave pun ye juge ;)

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Farah..
    Seronok tengok Ash & mommy gembira..
    Berseri-seri.. :-)

    ReplyDelete
  8. Slmt hari raya farah & ash..syahdunya..sekejab je ash dpt braya dgn abah ash..xpe la..as long as dpt beraya kan?huhu

    ReplyDelete
  9. cantik2 gambarnya.. selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...love to see your happy face dear..especially ash..moga bahagia itu milik kalian

    ReplyDelete
  11. Akhirnya ash lengkap berbaju raya..

    ReplyDelete
  12. seronoknya dapat beraya dengan anak... selamat hari raya kak! :D

    ReplyDelete
  13. selamat ahri raya..cantik bju raya ;-))

    ReplyDelete
  14. seronoknya ash...:)

    selamat hari raya farah..:)

    ReplyDelete
  15. singgah sini akak, best ja baca kisah raya akak, sama la macam ainul pun, walau ayah jarang ada sama tapi still rapat dengan ayah, still panggil ayah...hihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY