Kemalangan Kecil Di Pagi Rabu...

Farah Waheda Wahid
4

Sebenarnya cerita ni adalah kisah kemalangan kecil yang berlaku di pagi Rabu baru-baru ini. Owhh, bukan Farah ataupun Ash yang sebenarnya yang terlibat dengan kemalangan tetapi Abah Ash yang sedang menunggang motor pada pagi Rabu yang hujan untuk ke pejabat. Kemalangan ini melibatkan kereta Mercedes dan juga kisah simpang menyimpang. Cukup cerita ringkasan jer. 

Farah memang sentiasa ada kerisauan kalau Abah Ash naik motor. Setiap hari "without fail" memang tak lepas doa supaya dia selamat pergi dan pulang. Motor ni kecil dan banyak kisah-kisah kemalangan yang melibatkan motor yang pernah kita tonton serta baca di kaca televisyen dan juga surat khabar yer tak? Kisah penunggang motor melambung dalam kemalanganlah, patah riuk, berkecai, kematian dan sebagainya. Tak adalah membayangkan atau mendoakan yang bukan-bukan ataupun yang negatif, siapalah mahu mendoakan yang bukan-bukan kan? 

Yang benarnya risau. Itu jer. Bukan tak yakin Abah Ash tu menunggang motor, sebab memang hari-hari dia pergi kerja tunggang motor. Kita tak tau kan kalau Allah dah tentukan sesuatu berlaku? Yang kita pohon, yang kita pinta semoga suami kita selamat kan? 

Sebenarnya juga, sedari hari Selasa tu hati memang dah rasa tak sedappp jer. Berdebar-debar, risau, tak keruan, apa buat semua tak jadi lah. Nak kata risau tentang Ash, tak juga sebab Alhamdulillah dia ok ok ajer. Macam tulah dia dengan rutin harian dia. 

Cumanya, tiba-tiba kuat teringat pada Abah Ash. Tanya-tanya juga dalam hati, kenapa yer? Tapi Farah doa jer lah banyak-banyak semoga tak ada apa-apa yang serius berlaku ataupun terjadi. Tawakal kepada Allah. Tiba-tiba, pagi Rabu berlakulah kejadian yang tiada mana-mana isteri pun nak dengar dan sanggup nak dengar. Allahu... 

Kecederaan di lutut, buku lali terasa sakit sedikit dan motornya Farah tak sempat pula nak rakamkan gambar hari Jumaat. Tak teringat nak belek motor. Sibuk belek kecederaan di mana di mana dan di mana jer. Tu yang penting. Tapi syukurlah tak ada apa-apa yang begitu serius. 

Cumanya masih terbayang-bayang, macam manalah agaknya keadaan di tempat kejadian pada waktu dan ketika itu yer? Dan adatlah, bila beritahu isteri ni, isteri ni memang "outspoken" sikit, ihiksss tapi bukan meninggikan suara yer? Mulalah tanya dah pergi klinik belum? Hati-hati lah naik motor, jangan berangan, jangan khayal, jangan serabutkan kepala dengan macam-macam, jangan kenang itu,jangan kenang ini, baca doa sebelum memulakan perjalanan... Sebab tu anje akan tunggu sms abang kalau dah sampai destinasi, sebab tu anje akan tanya dah sampai ke belum? Dan bla bla bla... 

Tapi tak adalah sampai tahap membebel atau menyinga yer? Muahahaha... Pesan dan ingatkan walaupun mungkin dah ada pesanan awal. Pesan dan ingatkan tu bersebab bukannya saja-saja. Err, harap maklum saya bukan seorang isteri yang garang yer... Bha ha ha... Cuma isteri yang sangat "concern" sahaja... Tapi Abah Ash faham dah, dia memang maklum dengan sifat dan sikap Farah. 

Alhamdulillah, syukur tiada apa-apa... Dah nak raya dah ni, semoga cepat sembuh sepenuhnya yer abang... 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Moga abah ash segera sembuh..dan diharap tidak berulang lagi..

    ReplyDelete
  2. Kak farah....ayut rindu..tp ayut slalu xsempat bw..sedih...tgk kat fb gan insta je kdg...kat blog nak bkak line slow je keje ye...huhu...
    Harap suami akak sihat mcm biasa..walaupon x teruk tetap kena jg jgk tu kan.. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !