Home » , , , , , , , , » Jom Kongsi Raya Bersama Zul Ariffin DI Senheng!!!

Jom Kongsi Raya Bersama Zul Ariffin DI Senheng!!!


“Berlalulah sudah Ramadhan, Sebulan berpuasa… Tiba Syawal kita rayakan, Dengan rasa gembira… Anak muda di rantauan, Semuanya pulang ke desa, Ibu dan Ayah keriangan bersyukur tak terkira…”

“Mood” Raya sudah mari!!! Rata-rata umat Islam di Malaysia sudah mula sibuk dengan persiapan perayaan dah sekarang ni kan??? Jika ke pusat membeli-belah memang banyak sangatttt promosi perayaan bersempena Syawal yang bakal tiba yang sedang dilangsungkan dan dapat juga dilihat ramai dari umat Islam di Malaysia sudah mula sibuk membeli-belah untuk persiapan musim Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Bila Raya ni, macam-macam yang nak diganti kannn??? Pakaian, langsir, cadar, alas meja, perabot dan juga tidak lupa peralatan elektrik serta kelengkapan rumah…

Memang terdapat banyak sangatttt promosi yang menarik perhatian di luar sana untuk keperluan serta peralatan kelengkapan rumah. Sampaikan rambang mata jadinya, sampaikan tak tahu nak memilih yang mana. Pilih pilih juga…tapi jangan sampai tersalah pilih yer? Tersalah pilih? Iya… kadang-kadang promosi-promosi yang ditawarkan di luar sana tu, memang menarik tertarik dan meletopsss…Yang kita ni, disebabkan telah dikaburkan dengan pelbagai tawaran serta promosi yang menarik, disebabkan teruja… terus mengambil keputusan untuk membeli atau mendapatkan sesuatu barangan. Hurmm…bila dah membeli, bila sudah melakukan pembayaran deposit ataupun pembayaran secara tunai…ketika itu barulah nak rasa menyesal. Kenapa??? Sebab, dek kerana terlalu teruja kita sampai lupa untuk melihat perincian lain tentang sesuatu tawaran itu… Contohnya:
  • Kadar faedah/bunga bagi pembelian secara kredit yang tinggi; ataupun
  • Ada kos tersembunyi yang tidak dinyatakan secara jelas.

Memanglah kita teruja untuk beraya dengan serba baru… Dan kita rasakan, masa dah suntuk sangat buat kita untuk membuat “survey” atau meneliti segala perincian sebelum membeli. Jadi apa yang ada di depan mata itulah yang kita beli. Jangan begitu… Sepatutnya kita sebagai pengguna perlu betul-betul mengkaji sebelum membeli. Barulah dikatakan sebagai pengguna berhemah dan bijak berbelanja!

Tak tahu di mana nak membeli secara bijak dan berbaloi baloi baloi???

JomKongsi Raya Bersama Zul Ariffin di Senheng!!! Nak bergaya dengan gajet terbaru di pasaran? Nak “selfie” raya dengan gajet baru di pasaran? Nak dapatkan set “home theater” yang baru untuk menonton beramai-ramai di musim perayaan dan menghiburkan tetamu? Nak gantikan peralatan dapur seperti ketuhar gelombang mikro? mesin kisar? pembakar roti? Nak menukar seterika baru? Semuanya ada di Senheng  yer kawan-kawan. Haaa… blogger? Nak beli komputer riba baru? Boleh juga!!! Peti ais, penyaman udara, mesin basuh…pendek kata semuanya adalah…

Farah sangat menyarankan anda anda anda di luar sana tu, kalau berhajat nak membeli-belah segala yang Farah nyatakan di atas, untuk membeli belah di Senheng. SILA “SHOPPING” DI Senheng!!! Sebab???

Yang menarik yang tertarik di Senheng yang menjadikan pengalaman membeli-belah anda sangat memuaskan hati dan berbaloi-baloi adalah kerana anda berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran yang tidak boleh ditolak bersempena promosi Raya yang dijalankan oleh pihak Senheng. Di samping membeli-belah anda akan:
  • Menerima baucar “birdnest” dari eZen
  • Menerima rebat “Gift Card” sehingga RM200.00
  • Mendapat perkhidmatan kredit dari AEON dengan faedah yang sangat rendah… serendah 0.5% sebulan
  • Pembelian melalui kad kredit dengan 0% faedah sehingga 36 bulan
  • Tidak lupa juga, hadiah-hadiah yang bernilai sehingga RM 340,000.00 untuk dimenangi.

Pembelian melalui kad kredit dengan 0% faedah sehingga 36 bulan tu bagi Farah sangatttt menarik… Kenapa??? Cuba lihat jadual di bawah ini:


Bermula daripada sekarang sehingga 31 Julai 2015, apabila pelanggan-pelanggan Senheng dan juga SenQ berbelanja di kesemua cawangan Senheng dan SenQ dengan menggunakan kad kredit dari Citibank, RHB, CIMB, Public Bank dan Hong Leong anda layak untuk menerima 0% faedah untuk bayaran ansuran bulanan selama 36 bulan ke atas pembelian produk yang dilakukan. Tertakluk kepada terma dan juga syarat.

Siapa tak nak oiiii kalau sambil-sambil membeli-belah apa yang kita nak beli kita dapat tambah nilai dari perbelanjaan yang kita lakukan itu…Memang tak rugi kalau berbelanja di Senheng ni… Apa lagi kawan-kawan? Yang berhajat nak mengganti tu, SILA “SHOPPING” DI Senheng SEKARANG!!! Jangan tunggu lama-lama…jangan tunggu sehingga saat akhir… Promosi Jom Kongsi Raya Bersama Zul Ariffin ini adalah bermula dari 15 Jun 2015 sehingga 31 Julai 2015.

Untuk Maklumat Lanjut:
Laman Web Rasmi Senheng:

Laman Facebook Senheng:

Laman YouTube Senheng:

Laman Twitter Senheng:

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jom Kongsi Raya Bersama Zul Ariffin DI Senheng!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, July 8, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

23 comments:

  1. Kita nak gadget baru, ehem ehem ada yg sudi nak belikan tak... Nk g survey kat senheng lah

    ReplyDelete
  2. Belanja ai kat senheng plisssss

    ReplyDelete
  3. Seng heng ada insurans.. Tu yg bagus..

    ReplyDelete
  4. Malam ni nak intai² kat Senheng

    ReplyDelete
  5. Yeayy... Shopping raya... Ehh... Hihi

    ReplyDelete
  6. Sen heng... Pergi juga buat cuci mata.. Hehe

    ReplyDelete
  7. Syok promosi sengheng...nak terjah esok amik stok ephyra kt hq...bwah tu ada seng heng hahahahah habis lah

    ReplyDelete
  8. alaa.a....seng heng ni...murah plak!!!

    ReplyDelete
  9. hehhee...
    masa untuk licinkan poket..

    ReplyDelete
  10. family mmg suka be3li kat seng heng...

    ReplyDelete
  11. menarik
    kat sini plg dekat sengheng di setapak j la

    ReplyDelete
  12. Wah, blog Farah dah smart cun giler... Memang berbaloi² membeli di Senheng.

    ReplyDelete
  13. Eherm!! Boleh boleh beli.tp make sure boleh bayar ye hihi.slmt meneruskan ibadah puasa kak farah!

    ReplyDelete
  14. Aiseh lame tak renew card member senheng xD

    ReplyDelete
  15. shopping raya sen heng la macam ni.

    ReplyDelete
  16. uish.. meriahnya raya ... lama dah tak renew membercard.. sakan raya kalu on budget ni...
    Salam Ramadhan.. lagi beberapa hari je lagi kita di bulan mulia ni..

    ReplyDelete
  17. dah lama tak singgah blog farah.. jangan amik ati ye.. tak singgah tapi Farah tetap di hati okeh.. =)

    ReplyDelete
  18. Wowwweee...menarik...kena try gi SenHeng ni..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY