Hasil air tangan untuk santapan tengah hari di hari raya ketiga semalam. Dah tak mampu dah nak hadamkan ketupat dan rendang. Mahu cari nasi berlauk juga. Sebenarnya masuk hari raya kedua pun dah mula rasa jelak dan muak tengok ketupat dan rendang.
Memang lah setahun sekali Syawal tu. Tapi zaman sekarang ni, tak kira raya ke tak raya ke, ketupat dan rendang bila-bila masa jer boleh dimakan kalau nak. Masak jer kalau nak yer tak? Sebab ketupat sekarang tak perlu dianyam macam zaman tok nenek kita dulu. Segeraaaa.... Beli dan rebus...
Heee... Betul kan? Betul kan? Dan disebabkan ketidakmampuan diri sendiri nak buka mulut dan kunyah serta hadamkan ketupat dan rendang lagi, makanya gigihkan diri lah tengok apa yang ada di dalam peti ais dan masak apa yang ada.
Menu yang ringkas... Sambal ikan bilis tumbuk yang mana ikan bilis, bawang besar, bawang kecil, bawang putih ditumbuk bersama dan dijadikan sambal, ikan merah masak lada, sup sayur bersama ayam dan fishball untuk si kecil Ash dan ikan masin goreng. Pergh nikmat juga tuh dimakan dengan nasi panas. He he he... Nampak nau rindu sungguh dengan nasi...
Itu cerita menu semalam... Tengah hari raya keempat ni nak jamu tekak dengan menu apa pula yer? Kedai ke? #ehhh ada yang dah berniaga kan hari ni? "Fast food" pun boleh... Masak sendiri ke? Dalam peti ais tu ada ikan cencaru, ada ayam dan ada daging... Hurmm... Kena fikirlah ni pula kan??? :-)
keletihan @ kurang selera makan tue...
ReplyDeletesedapnye farah, 1st day lagi sue dah cari nasik..hehehe..
ReplyDeletehahahaa...nak buat macam mana raya katakan
ReplyDeleteRaya akak x makan masakan yang akak masak..cari rendang kat umah orang...raya ke 2 dah mula goreng sardin dah..hahahaha
ReplyDelete