Home » , , , , , » Harga Minyak RON 95 & RON 97 Naik 1Julai 2015 | Cadangan Penjimatan Aidilfitri

Harga Minyak RON 95 & RON 97 Naik 1Julai 2015 | Cadangan Penjimatan Aidilfitri

Sumber dari Google
Mukadimah awalnya sebelum Farah memulakan omelan yang tidak berkesudahan di dalam entri ini. Sedikit petikan berita dari Astro Awani di SINI...

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.
"Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini," katanya
Wohoooo, lagi 2 minggu nak raya ni ok? Rasa-rasanya mulalah ramai yang pening dan pusing kepala ni. Ini juga bermakna bahawasanya bajet untuk beraya untuk tahun 2015 ini akan bertambah lagi. Agak-agak, siapa-siapa yang dah siap membeli kelengkapan bagi menyambut Aidilfitri tu rasa menyesal tak dah membeli itu ini? Dan agak-agaknya ada rasa nak jual balik tak apa yang dibeli? Ihiksss gurau jer...Relaks... Jangan serius sangat... Tapi memang boleh jadi tarik nafas dalam dalam dan hembus perlahan-lahan jugalah kan? Yang nak pulang ke kampung halaman beraya pun, kenalah menambah bajet. Perbelanjaan petrol tu bakal meningkat. Semua orang terkesan walaupun seposen dua posen. Ke nak kena kurangkan bajet duit raya nih? Phewww bila fikir punya fikir mesti sakit juga kepala kan?

Bila harga minyak naik, selepas itu akan disusuli secara meleret-leret semuanya naik. Tak ada benda yang tak naik. Gamaknya nak suruh kita-kita ni semua duduk rumah diam-diam kot masa raya nanti? Ha ha ha... Bagi yang mempunyai ayah ibu di jampung, sanak saudara adik beradik, sahabat taulan di kampun mana boleh tak balik? Kesian ibu bapa yang ternanti-nanti kepulangan anak cucu di Aidilfitri. Kalau naik pengangkutan awam pun, sama juga, tambang bakal naik juga yer tak? Sebab harga minyak naik. Untung siapa dah tempah tiket awal-awal... Ya ampunnn sesak dada kan??? Farah pun sama... mana kurangnya dengan anda.

Moh kita tenung-tenung sekali lagi harga minyak yang berkuatkuasa dari saat ini...
Sumber dari SINI
Berpeluh hakak tau... Iheeee... Raya tetap raya yer tak? Tapi kaedah atau cara tu mungkin nak kena olah sikit... Nih nak bagi cadangan nih...Tak taulah boleh diterimapakai ataupun layak ditolak tepi...Sekadar mencadangkan...

Pakat Dengan Adik Beradik Untuk "Car Pool"
Ini kalau keluarga si abang keluarga besar, keluarga si kakak keluarga besar, keluar si adik keluarga besar... Memang payah nih! Tak praktikal langsung... Dengan barang-barang lagi, dengan ramainya penumpang lagi... Memang macam sardin lah kenderaan yer tak?

Kalau sungguh nak berkongsi kereta, adik beradik yang duduk di bandar yang merancang pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri terpaksalah bermesyuarat. Mana tau dari 5 orang yang duduk di bandar, "instead of" 5 biji kenderaan, boleh kurangkan jadi 3 biji kenderaan. Pakai kenderaan adik beradik yang besar-besar. Keluarga besar gabung dengan keluarga kecil bagi memaksimakan penggunaan ruang kenderaan. Ho ho ho. Minyak tontong ramai-ramai. Kalau lain haluan perancangan atau cadangan ni tak boleh dipakai. Yerlah manalah tau kot-kot nak balik rumah mertua ke apa ke kan?

Sewa Bas Persiaran
Ini pun memerlukan pakatan adik beradik ni. Sewa tontong juga. Seperti yang dimaklumkan kalau sama haluan dan destinasi.

Naik Kenderaan Sendiri Tapiii... 
Tak perlu singgah di kawasan rawat dan rehat untuk makan, kalau nak pun singgah untuk ke tandas ataupun solat jerrr... sila cerut perut anda sehingga sampai ke destinasi... sampai rumah mak ayah balun makan puas-puas... ho ho ho, buruk benor ate perangainya...

Tak pun bawa jer bekal sendiri dari rumah untuk alas perut... katanya #kempenbawabekal... bukan sekadar ke pejabat dan sekolah bawa bekal, nak balik kampung pun bawa bekalan makanan...

Di hari raya pula, minimakan penggunaan kenderaan anda... nak sembahyang raya pergi jalan kaki...bersenam sikit... bagi keluar peluh dan sihat. Nak beraya dalam kawasan perumahan atau kampung, jalan kaki. Kata suruh mengamalkan gaya hidup sihatttt... tu sihat ler tu, senaman berjalan kaki... hik hik hik... tak pun kalau nak naik kenderaan sangat... sila berkongsi kereta... dari berkonvoi-konvoi pergi, cukuplah sekadar sebiji dua biji kereta... Yang dewasa jer pergi menziarah. Kanak-kanak tinggal rumah, kesian anak-anak tak dapat kumpul duit raya... #ehhh boleh jer, tuan rumah kirim kepada mak ayah, tanya siap-siap sebelum tetamu nak balik... "anak ekau berapo?"... dah kirim jer... kenderaan tu pun tontong minyak... uishhh sadis betul bunyinya, punyalah nak jimat...

Owhhh ya... lupa pula nak cakap, tak payah pakai penghawa dingin, buka tingkap... jimat minyak sikit... hu hu hu...

Macam tulah serba sedikit cadangan sinis tetapi ada kebenaran di sebaliknya... Nampak nau yang menyediakan entri ni emosi dan tertekan...wakakaka...kos sara hidup yang naik dan naik dan naik, semakin lama semakin mengubah gaya hidup masyarakat dan semakin membuatkan masyarakat terhimpit dengan perkataan bajet serta kos... tetapi apakan daya, redha jer lah, hidup perlu diteruskan... suka atau tidak, mahu atau tidak ianya tetap berlaku. Kita semua kan kreatif nak "adjust adjust" ni... Ha ha ha, makanya adalah diharapkan agar kita semua pandai "adjust costing" kehidupan kita kaedahnya... Naik macam mana pun, kita masih kreatif mencari jalan penyelesaian dan mencari jalan keluar bagi penyesuaian diri... ibarat haiwan yang mempunyai kaedah untuk menyesuaikan diri... tapi kita ni bukanlah haiwan, jangan tersalah sangka pula apa yang Farah nyatakan ni... dush dush dush...

Hurmmm, dah boleh dah rasanya kurang-kurangkan rumah terbuka nih... heeee... apa-apa pun, raya tetap raya kan? Sekian omelan mengarut-ngarut dari Farah...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Harga Minyak RON 95 & RON 97 Naik 1Julai 2015 | Cadangan Penjimatan Aidilfitri , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, July 1, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. Nak taknak kene jugak lalui semua ni..wajib balik kampung

    ReplyDelete
  2. Sampai bilalah agaknya asek naik turun ..naik turun...

    ReplyDelete
  3. Ini baru betul....duit raya untuk rakyat ;)

    ReplyDelete
  4. balik kampung bawa bekal sendiri je, at least dapat berjimat sikit.
    nak mengeluh pun dah x boleh, benda tetap akan naik.

    ReplyDelete
  5. err..nasib baik kami raya sini je..kalau balik kg pun naik flight..hehehe..

    ReplyDelete
  6. Kalau kami.. Kira balik.. Nek bas lagi mahal pula.. Alihnya.. Kena nek kete kecik je la.. Nak jimat.. Kete besar simpan..

    ReplyDelete
  7. Hurmmmkira kira nyer bila minyak dah naik ni tak byk la kot kereta motor duk ats jalan raya musim raya ...ermmmmacam macamlaaa tatau la nak ckp apa dah ..Beban sungguh bahu rakyat jelata ...

    ReplyDelete
  8. mesti harga barang makin naik nanti..mcm yg dulu2 tu
    lepas tu harga tambang mesti bakal naik jugak
    semua naik..
    bajet raya terpaksa dikurangkan. dgn gst nya lagi, dgn kesan myk naik..persediaan utk harga brg naik coming soon

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY