Haiwan-Haiwan Peliharaan Ash

Farah Waheda Wahid
1
Ini kisah mengemas pukul 12 tengah malam tadi. Ingatnya selepas mengemas nak kemaskini blog tetapi sekali terlelap da... Nak cerita jer, Ash ni kan minat dengan haiwan. Ada banyak tau koleksi haiwan peliharaan dia di rumah. Ekekekeke... 

Tapi bukanlah Farah beli. Kebanyakkannya orang yang belikan untuk Ash. Alhamdulillah, terima kasih yer. Itu sahaja yang mampu Farah ucapkan. Bukannya haiwan hidup tetapi haiwan palsu jer. Nak tengok? Jom... 


Yang pertama adalah kuda... Kuda ni telah diberikan oleh seorang sahabat Farah kepada Ash sewaktu Ash dimasukkan ke wad di KPJ Selangor dulu. Kaki kuda ni lembik, tak boleh pun berdiri dengan tegap tetapi Ash tetap suka duduk di atas bahagian belakang kuda ni setiap hari. Jadi memang menjadi mainan dia setiap hari. 


Yang kedua dan ketiga adalah burung Angry Bird yang sebenarnya sepasang. Seekor lagi ada dengan Abah Ash di meja kerja Abah Ash. Owhhh, ini adalah cerita sewaktu zaman-zaman mula-mula berkasih sayang sewaktu sebelum Abah Ash mengucapkan lafaz ijab dan qabul. Sebagaimana di dalam permainan Angry Bird, sebagai itulah Ash mengaplikasikan Angry Bird ini. Dibaling-balingnya...Ahaksss... 

Yang ketiga tu pula adalah katak. Katak ni pun sepasang. Seekor lagi entah mana disorokkan Ash. Owhhh... Hobi Ash memang suka sorokkan barang. Kemas punya kemas tak jumpa pula pagi tadi. Sampai naik pening kepala Mommy dia mencari. Adalah tu kat mana-mana. Nanti jumpalah tu. 


Ini pula adalah tiga sahabat baik yang sering bersama walau diletakkan di mana-mana oleh Ash. Setiap hari dia akan susun tiga sahabat baik ni sebaris. Tak boleh direnggangkan langsung! Huh... Kita kemas tempat lain, dia tetap akan ambil dan susun atas sofa beratur jer macam tu. Lembu, panda dan beruang nih. 

Teman sejati dia kot? Kalau main mesti tak boleh tinggal. Mesti ajak mereka bermain bersama-sama. Teman imaginasikah? Muahahaha... Lembu kawan Atuk yang beri, panda dia "tag" Nek Ma dia, beruang ada kawan Farah yang beri. Main cakap sorang-sorang dengan mereka. Hurmmm... 

Walaupun anak "I is" ni lelaki, bila sudah ada yang memberi tu, kita terimalah dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Tapi ini hanyalah untuk seketika, bukan selamanya. Sampai satu had umur, bakal dihilangkan juga. 

Kadang-kadang tengok dah macam mini zoo pun ada. Owhhh, ada seekor lagi gajah yang sangatttt besar. Tapi tak adalah pula Farah teringat nak rakamkan gambar gajah tu. He he he... Dah keletihan mengemas gitchews-lah... Kadang-kadang boleh jadi terlupa...

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Yang lagi satu ada kat rumah jiran kan ash...tadaaaaaa..kucing mummy...kucing...jangan lupa mummy..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !