Cuti Cuti Raya...

Sumber dari SINI
Belum lagi cuti raya, tapi sajaaa nak mengomel tentang cuti raya... Ngeee... Biasalah, minggu-minggu akhir dah nak dekat-dekat raya ni kann??? "Mood" tu dah jadi lain macam sikit dah. Tapi bukan Farah seorang jer kannn??? Ada juga yang "mood" nak cuti raya tu dah "up" juga kann??? Alaaa...bukannya lama lagi punnn, tinggal minggu depan jer lagi kannn??? Pejam celik pejam celik, dah dengar takbir raya dah... Haaaa, siapa-siapa yang belum tunaikan zakat fitrah tu lagi, sila tunaikan zakat fitrah yer, jangan tunggu sampai saat akhir tau...

Cuti-cuti raya Farah untuk tahun 2015 nih adalah begini...

Cuti Umum
Malaysia cuti umum bersempena dengan perayaan dan sambutan Aidilfitri pada 17 (Jumaat) dan 18 Julai 2015 (Sabtu). Ha ha ha, dah nama pun cuti umum, makanya dah memang tentu-tentulah cuti kannn???

Cuti Tahunan
Biasanya, sehari sebelum raya, memang Farah akan ambil cuti tahunan. Banyak kerja nak buat oiiii... Nak tukar langsir, nak kemas rumah, nak pergi pasar, nak rebus ketupat, nak goreng kacang, nak buat kerisik untuk masak rendang, nak gosok baju... Rutin setiap tahun dan memang sibuk sehari sebelum raya... Nak nak lagi ada Ash kann??? Walaupunlah kita ni beraya di kampung, tetapi rumah sendiri tetap nak kelihatan bersih, kemas dan cantik kannn??? Dengan itu 16 Julai 2015 (Khamis), "I is" cutiiii....

Oh ya, cuti umum yang jatuh pada hari Sabtu tu, tak ganti hari Isnin yer...He he he...Tapi ada jer syarikat yang bagi kannn sebagai cuti ganti...Malangnya, syarikat Farah bekerja tak bagi punnn...Sedeyyy...Ha ha ha... Untunglah kamu yang dapat cuti ganti tu.... *merujuk kepada BFF Farah...ha ha ha... Bila dah tak ganti pada hari Isnin, haruslah cuti pada 20 Julai 2015 (Isnin). Selepas itu??? "Up" lagi... sampai Syawal ke-5 iaitu 21 Julai 2015 (Selasa). Huishhh, macam sakan nau nak beraya kannn???

Cuti Blog
Setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini...Ha ha ha, ternyanyi pula... Yang ini tak tau lagi nak cakap sama ada bercuti ataupun tidak...Kita tengoklah nanti...Bergantung kepada "mood" pada waktu dan ketika itu... Kalau rasa rajin nak berblog, timbullah seketul dua ketul tiga ketul, kalau rasa "mood" nak cuti seminggu...Seminggu-lah tak timbul-timbul entri... Bergantung kepada keadaan dulu... Tak boleh nak cakap sekarang... Hanya pada hari kejadian jer yang boleh diputuskan...Muahahahaha.... Tapi kannn... pssttt pssst nak cakap ni... musim-musim Syawal nih memang salah satu yang blogger dah faham sangat dahhh... Iaitu MUSIM TRAFIK MERUDUM-RUDUM...sebab semua blogger sibuk beraya... He he he... Tapi adalah orang tu kannn... tengah-tengah cuti raya pun, tahun-tahun sebelum nih, tetap "update" juga Bubblynotes.Com...

Tu jerlah setakat ni cerita tentang cuti raya Farah tahun 2015 ni...Kalau nak senarai cuti lain, memang macam-macam cuti...Nanti tak habis entri ni jadinya... "Uolss" cuti lama tak? Mesti rindu nanti kannn? He he he... Sunyi, sepi dan sendulah blog kot bila tiba hari raya nanti nih... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cuti Cuti Raya..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, July 9, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. hehe.. samalah..amik cuti tahun juga.. nak balik kg.. kekekeke.. tahun ni beraya berdua dgn anak .. Suami pulak bekerja.. sodehhh.. dah tahun ke-2...sabar je laaa..

    ReplyDelete
  2. Xlama dh nak Raya, selamat bercuti :)

    ReplyDelete
  3. kejapnya masa blalu, mggu dpn dh nak raya.. selamat bercuti..=)

    ReplyDelete
  4. saya sekarang ni tengah mood nak cuti raya je ni.. dah tak ada hati nak buat kerje.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Nani cuti raya sampai raya kelima. Heheh. Blog tak bercuti rasanyaa. Hihi

    ReplyDelete
  6. Hehe..sendu dan pucat saja bila entry tenggelam timbul..

    ReplyDelete
  7. Takpe sekali sekala je nak cuti kan...

    ReplyDelete
  8. tak sabar nak cuti raya ni..mood raya is ON :)

    ReplyDelete
  9. i olls cuti start 15hb - 21hb...cukup la tu..xde nak beraya mana pun..simpan duit utk wedding adik..pas tu untuk vacation ke Siem Reap dan staff outing ke Lombok....

    ReplyDelete
  10. selamat bercuti raya, farah.
    aida start khamis ni hingga next rabu.
    byk lokasi beraya as usual :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY