Berjalan Raya Dan Anak Kecil...

Farah Waheda Wahid
9

Luahan perasaan secara jujur, Farah ni ada satu kerisauan yang amat sangat bila bawa Ash beraya ke rumah  saudara mara atau kawan-kawan. Heee...biasalah risau kalau-kalau Ash menyepah di rumah orang dan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kerugian kepada tuan rumah. Memang sememang-memangnya dari entri tentang Kisah Syawal Pertama 2015 Kami... , Farah ada nyatakan tentang kerisauan ini. 

Iyalah, anak yang sedang giat berekplorasi dan aktif ke sana ke mari ni, adakalanya tindakan serta pergerakan mereka adalah lebih pantas daripada kita yang dewasa ni. Sampaikan kadang-kadang tu tak sempat kita nak kejar dah terjadi pun kejadian yang tidak diingini. Farah kalau beraya di rumah saudara mara dan kawan-kawan memang tak ada maknanya nak duduk terjelepok atas sofa atau lantai atau di meja makan diam-diam dan suruh orang lain ataupun suami tengokkan anak. Heee... Itu kalau beraya dengan suami lerrr... Kalau sendiri lagilah tak duduk diam kannn??? 

Mulut Farah akan berbunyi... "Ashhh...no no no no no...", "Ash... don't this don't that..."... "Ash..."...Ha ha ha, naik penat Ash dengar Mommy dia berbunyi sampai macam tu sekali. Dan memang sampai orang akan keluarkan perkataan... "Alaaa wakk, biarlah dia main dia tak buat apa-apa pun...Tak apa wak..."...Meminjam kata-kata Nurul sahabat Farah tempoh hari...He he he... 

Walaupun Ash tak menyepah, tak masuk bilik orang, tak buat audit di rumah orang dan duduk diam dengan permainan yang ada tetapi Farah tetap pantau dan kawal. Beri kebebasan dia bersosial, beri juga tapiii mata tak henti kerling-kerling... Ha ha ha... Risau kooo... Dalam masa yang sama, sebenarnya tugas dan peranan Farah sebagai ibu adalah mengajarkan anak tentang adat bertandang sebagai tetamu di rumah orang.

Aidilfitri tidak lengkap tanpa melakukan budaya berkunjung ke rumah sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Setahun sekali berjumpa mengeratkan silaturahim sememangnya amalan mulia. Adat hidup bekeluarga, sudah pasti anak-anak akan turut dibawa bersama berhari raya. Takkan nak tinggalkan mereka di rumah sendirian pula kannn???

Selain mengajar mereka tentang budaya kunjung mengunjung, inilah masanya untuk membawa anak berjalan-jalan dan berkenalan dengan sepupu, kawan dan saudara mara mereka. Tapi kannn...ada juga ibu bapa yang memilih tidak mahu pergi menziarah rumah sanak saudara kerana ada anak kecil yang lasak. Alasannya bimbang kalau-kalau anak meragam dan merosakkan perhiasan orang! 

Sungguh, Farah pun ada kerisauan dan kebimbangan itu. Makanya, memang ada kerja tambahanlah kannn bila pergi beraya...He he he... Bukan sekadar takut anak menyepah, melasak, meragam dan merosakkan barangan perhiasan orang...tetapi keselamatan mereka juga menjadi salah satu punca kerisauan. 

Bagaimana nak beraya dengan anak kecil nih? Perkongsian dari artikel di SINI yang mungkin bermanfaat bagi mereka-mereka yang beranak kecil...Ngeee... 

Pilih Waktu Sesuai Untuk Beraya
Seeloknya ada anak kecil jangan pergi beraya ke rumah orang pada waktu tengah hari hingga ke petang kerana ketika itu waktu tidur mereka. Bimbang nanti si kecil meragam hendak tidur. Susah pula ibu dan bapa hendak bersembang. Setuju sebab bagi Farah, Farah akan berikan Ash kepuasan tidur dan waktu tidur dia dan selepas itu barulah Farah bergerak ke sesuatu lokasi atau destinasi untuk beraya.

Lagi-lagi memandu seorang diri kan? Harus beri dia tidur secukupnya dan sepuasnya dahulu. Kalauuu terjadi juga, Farah akan tidurkan Ash di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan dengan menepuk-nepuk dia sehingga tidur ataupun bila sampai ke sesuatu destinasi, Farah akan tidurkan dia. ^_^... 

Galakkan Anak Bersosial
Anak-anak kecil ni cepat merasa bosan. Sekiranya rumah yang dikunjungi mempunyai kanak-kanak lain, galakkan anak anda untuk berkawan dan bermain bersama. Sekurang-kurangnya mereka belajar bersosial dan berkenalan dengan orang lain. Memang betul, dan sememangnya inilah yang Farah lakukan.

Pesan Dari Rumah
Beritahu anak ke mana tujuan kita pada hari tersebut. Pesan kepada mereka agar berkelakuan sopan sepanjang berada di rumah orang. Pesanan tersebut mesti diberitahu berulang kali sejak dari rumah lagi. Kalau Ash tu memang macam rekod yang diulang-ulang lah...Ha ha ha...mesti bosan jadi Ash... Keluar jer pintu rumah Nek Ma Ash dah pesan...Dalam kereta Mommy pula pesan... Walaupun dia mungkin tidak faham sepenuhnya tetapi tetap bagi pesanan penaja.

Pantau Pergerakan Anak
Walaupun ibu bapa gembira dan asyik bersembang tetapi jangan sesekali abaikan pergerakan anak sepanjang di rumah orang. Mungkin boleh bergilir antara suami isteri untuk memerhatikan pergerakan anak. Janganlah harapkan suami jer, harapkan isteri jer...Kejap kejap... "Bang... anak...", "Sayang...anak"... Yang kita asyik jer duduk atau bersembang. Kena tolak ansur dan kena faham dan beri ruang juga kepada pasangan kita nak bersembang...Takkan kita jer nak duduk, nak bersembang yer tak? Pastikan mereka hanya bermain di hadapan anda sahaja. Jangan sampai anak anda masuk bermain hingga ke bilik tidur tuan rumah pula!

Jangan Lama Sangat Yer Ibu dan Bapa
Ingatlah yang anda kini mempunyai anak kecil, janganlah lama sangatttt beraya di rumah orang. Anak kecil cepat bosan dan mereka tidak faham mengapa perlu lama di rumah orang. Yang penting anda sudah bertemu sanak-saudara mengeratkan silaturahim. Ada anak kecil ni tak boleh datangnya pagi, baliknya malam sampai dah selesai makan tengah hari dan makan malam...Errr...bukan tak boleh, tetapi fikirkan anak juga...kalau-kalau anak tu bosan atau semakin membuas... 

Sekadar sedikit panduan bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa dan yang telah lama bergelar ibu bapa pastinya bersetuju dan faham dengan apa yang digariskan di atas kannn??? Bukan apa, memang itu budayanya, adatnya...cuma kita kena jagalah anak-anak kecil kita... Semua ibu bapa pasti ada kerisauan yang sama...bukan Farah jer... Dan kita faham perasaan tu kann??? 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. akak.....comelnya badan dia....kecik jer........alalala... :) yaya dah follow akak....follow me back nahhh :d

    ReplyDelete
  2. sungguh la kan tu yg paling risau takut anak2 mencapai barang berkaca hbs rosak..hihihi kesian tuan rumah

    ReplyDelete
  3. Tgh buat apalah si ash tu yea, apalah yg menarik minat dia di pagi2 syawal tu kan mommy..

    ReplyDelete
  4. yup, dr kecil kita kena sentiasa ingatkan dia...adat di rumah org dan sebagainya..insya-Allah...semuanya ok..anak2 Dieyana pun mcm tu lah...itu sbb duk rmh org tk lama, time tu pun mesti kena dgn mood anak2....kita ibu bapa jgn 'melarang'/ menyekat sgt anak2...hiih...

    ReplyDelete
  5. budak2, biasa la tu kak farah ^_^

    ReplyDelete
  6. budak2 aktif ni bagus...tapi tips yang diberikan amat bagus! terima kasih! akan dipraktikkan bila anak dah besar nanti =)

    ReplyDelete
  7. kan..kite risau die usik2 barang umah orang.. biarlah riuh rendah mulut kite melarang tak apa..dari orang lain tak suka..:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !