Home » , , , , , , » Ash Apa Khabar??? "Mood Swing" Sekarang Nih...

Ash Apa Khabar??? "Mood Swing" Sekarang Nih...


Entah kenapa...sedari semalam Ash mengalami "mood swing". Gelak pun tak mahu, senyum sedikit jer. Kebiasaannya kalau bergurau, dialah orang yang gelak terkekek-kekek sampai berair-air mata... Yang ini berbeza pula kesnya... mudah cembeng, mudah sedih, air mata bergenang-genang... Berpujuk-pujukan ko... 

Bukan setakat itu, dianya nak berdukung jerrr... Nak kata demam tidak pula, nak kata sakit tidak pula... Makan seperti biasa, buang air seperti biasa... Tapi dia lebih ke arah mudah sedih, sesekali macam termenung... Ishhh...Ash fikir apa ni Ash? Tak payah fikir-fikir sangatlah, kalau apa-apa biar Mommy yang fikirkan semuanya... Ash tak payah susah-susah hati yer nak? 

Haaaa tu diaaa...bukan sekadar kita yang dewasa ni jer yang ada "mood swing"... Anak-anak kecil kita pun memang ada "mood swing"... Semua serba tak kena, itu salah, ini salah...Sampaikan memang tak boleh nak buat kerja apa dan sampaikan tak tahu apa lagi yang dia nak... Hurmm... Boleh jadi buntu juga kan?

Boleh jadi hilang punca...boleh jadi kita pun turut sama ter-"swing" sekali...Ha ha ha... Sebab risau memikirkan kenapalah anak haku nih??? Tapi biasalah tu, ada hari-hari memang anak-anak kecil kita begitu...Suka atau tidak, mahu atau tidak, kita ni terpaksa menghadap juga... 

Yang Farah tahu, bila si kecil mudah merasa sedih, ini bererti dia memiliki hati yang sensitif dan terlampau peka. Alahaiiii... bila dalam keadaan macam ni, kita sebagai ibu bapa tak boleh biarkan anak kita macam tu jer dan terus label-kan anak tu cenggeng... Sebaliknya, kenalah hiburkan hatinya yang merasa muram dan suram tu dengan pelbagai perkara yang dia sukai. 

Dalam kes Ash ni, puaslah Mommy ajak dia bergurau...Tak jalan... Ajak tonton Special Agent Oso... Tak jalan juga...Ajak tonton Upin & Ipin...Tak jalan juga... Yang dia mahu dukung... Adoiii... Risau juga hati Mommy...Ash tak pernah-pernah macam ni... 

Orang kata, anak yang mudah sedih ni secara umumnya merasa kesepian. Bila dah sepi tu,memang tugas Mommy lah melayan kan untuk hilangkan rasa sedih dia tu. Dan yang paling Farah nak elakkan adalah dari Ash mengalami depresi. Apakah mungkin Ash sekarang ini sedang mengalami depresi? 

Sumber dari Google
Menurut Dr. Monika Joy Reverger dari sumber di SINI, di antara tanda-tanda anak sedang mengalami depresi adalah:
  • Anak sering merasa sedih dan sering menangis. Tidak ingin mengungkapkan perasaannya. Tidak ingin bermain dengan teman sebaya dan cenderung mengasingkan diri. Dalam kes Ash ni, dia main-main juga, tetapi mudah merasa sedih dan sering menangis. Adalah sikit-sikit kena mengena dengan fakta ni kan? 
  • Anak akan mudah tersinggung - yer sangat kot? Tak boleh silap sikit... merasa malu, merasa bersalah dan merasa disisihkan atau merasa berbeza dari anak-anak yang lain. \
  • Anak akan mengalami gangguan konsentrasi, gangguan bilik tidur, susah tidur ataupun terlalu lama tidur dan gangguan makan, baik nafsu makan yang tiba-tiba menurun ataupun tiba-tiba meningkat. 
  • Selain dari tanda-tanda perilaku, anak juga akan mengalami beberapa tanda-tanda lain seperti sakit kepala dan sakit perut. 
Taklah semua berkait rapa dengan Ash, tetapi ada sedikit-sedikit yang terkena pada situasi Ash pada waktu dan ketika ini. Farah tak anggap remeh perkara ini dan Farah tak abaikan Ash dengan masalah sekecil apa pun...Hatta sebesar zarah sekalipun, sebab Ash penting bagi Farah. Semua ibu pun macam tu kannn??? Mungkin juga dia sedang rasa tak sedap badan tapi cumanya tak tau nak bercakap jer lagi... 

Depresi pada anak kecil ni mirip dengan depresi orang dewasa, bezanya anak-anak kecil kadang-kadang tu susah nak buat kita sebagai ibu bapa faham. Sebab tu penting kita ni sebagai ibu bapa sentiasa perhatikan tindak tanduk dan juga kelakuan anak-anak kita, kot-kot kalau mengalami gangguan depresi ke... Sokongan ibu bapa tu adalah yang paling penting di dalam mengatasi gangguan depresi anak-anak ok? 

Itulah yang Farah cuba lakukan sekarang ni. Mulanya Farah tak tau, tetapi bila Nek Ma Ash beritahu pada Farah yang Ash mudah sedih dan asyik itu tak kena ini tak kena jer dari pagi sampailah Farah balik semalam... Selepas tu air mata mudah jer bergenang-genang... Terus Farah, tinggalkan segala semua benda di sekeliling dan tumpukan pada dia sahaja. 

Pada waktu-waktu begini, Ash memerlukan psikoterapi perseorangan ("individual psychotheraphy"), terapi bermain ("play theraphy"), psikoterapi kognitif ("cognitive psychotheraphy") dan lain-lain. Farah cuba faham dan Farah cuba tenangkan dia. Mungkin tidak seserius mana, tetapi seorang anak dalam situasi Ash, memang memerlukan perhatian bila ini berlaku. 

Sebelum jadi serius dan sebelum ia memberikan impak dan kesan yang lebih buruk dan mendalam, ada baiknya dicegah dari awal. Farah prihatin dan menitikberatkan emosi dan juga psikologi Ash sedari mula kerana Farah dah gambarkan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku pada Ash yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi. 

Ini baru 1 tahun 8 bulan, dia sudah mula faham dan sudah mula merasa oiii... "The journey begins"...Ia hanyalah permulaan, belum sampai pun tengah-tengah, tapi tak sangka ianya agak cepat bermula... Farah sebenarnya sudah menjangkakan dan Farah juga sudah bersedia walau tidak sepenuhnya untuk menghadapi. Yang Farah tahu, Farah kena tangani perkara ini dengan cara yang paling bernas dan berkesan. In Shaa Allah, mudah-mudahan...Amin... 

"It's a mild one but I have to ensure that it doesn't get worse..."... Moga-moga Allah SWT permudahkan buat Ash dan juga Farah di dalam menghadapi dan berhadapan dengan perkara ini. In Shaa Allah...Amin... 

Abah Ash telefon tadi... Beri Ash bercakap dengan Abah dia... Nampaknya kurang sedikit "mood swing" dia selepas itu... Sekarang, tengah tidur nyenyak... Orang kata, sikit-sikit pun nak cuti... Tapi bagi Farah, perkembangan psikologi anak juga adalah penting... Di saat-saat memerlukan begini, tak salah rasanya Farah bercuti kan? Bukan sengaja dan suka-suka tetapi sesuatu yang menuntut untuk Farah berada di sisi Ash...Diharapkan selepas ini, "it will gets much better for Ash..."...dan moga-moga ini semua adalah "temporary" sahaja... 

*Orang kata, jika ibu atau bapa bersusah hati, anak-anak turut boleh merasa apa yang dirasa oleh ibu bapa terutama anak kecil walaupun tidak ditunjukkan...benarkah? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ash Apa Khabar??? "Mood Swing" Sekarang Nih... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, July 28, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. biasa la...kita sbgai ibu bapa byk cbran nak jaga anak2 kan

    ReplyDelete
  2. alololo... ke de good news? eh

    ReplyDelete
  3. alaa sian ash.....btulkan...

    Selamat Hari Raya, Mohon Ampun Dan Maaf Atas Segala Salah Dan Silap

    ReplyDelete
  4. Ala kenapa tu Ash, jangan ler sedih2 yer...

    ReplyDelete
  5. tips yg baik utk syira..if ada anak nnti..hehehehe

    ReplyDelete
  6. Cuba mummy tanya..ash nak cat tak..cuba ubah perhatian dia pada perkara yang paling ash suka...kalau sedih juga...mummy kena buat upt..huhuhu..**ampunkan PC wahai mummy..cubit sikit..adoii..aunty doakan semua baik baik belaka ye..

    ReplyDelete
  7. Alooo Ash. Takmo sedih sedih sayang :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY