Air Tangan Iftar Hujung Minggu...

Farah Waheda Wahid
6
Hari bekerja memang masak ikut mana dan jer, janji yang pentingnya, juadah berbuka adalah masakan rumah... Jika tak sempat, Nek Ma Ash akan bantu mana yang boleh. Tapi bukanlah selalu. 

Iyalah dengan keadaan Ash yang semakin giat bereksplorasi secara aktif ke seluruh pelusuk dan penjuru rumah, tidak tergamak rasanya untuk membiarkan Nek Ma Ash terkejar-kejar untuk memasak dan di dalam masa yang sama menjaga Ash. Jaga kanak-kanak yang sedang membesar dan aktif ni bukan mudah. Syukurlah Nek Ma Ash masih mampu untuk menjaga Ash. Kesian Mama, sebegitu sekali pengorbanannya ke atas diri ini. 

Bukannya tak pernah terfikir untuk menghantar Ash ke pusat jagaan kanak-kanak ataupun pengasuh. Akan tetapi, seperti yang berulang kali Farah pernah nyatakan di Bubblynotes.Com, asal baru jer mukadimah, rajuknya berpanjangan. Sampai ke tahap mogok makan. Terus terbantut niat. 

Niat di hati sebenarnya, tak nak menyusahkan. Tapi, dalam masa yang sama, tak yakin juga sebenarnya kerana lebih percayakan Nek Ma Ash. Jujur nih, tak ada selindung-selindung. Dari kata hati yang sebenar. 

Itu sebabnya, Farah sentiasa terkejar-kejar untuk sampai seawal mungkin. Dahlah Nek Ma Ash dah bantu jagakan Ash sewaktu Farah bekerja, tak kan lah nak suruh atau biarkan Nek Ma Ash buat segala kerja rumah sendirian. Jika tak kerana itu, harus pulang awal. Itu sememangnya dah jadi tanggungjawab Farah kan??? 

Segala tugas mengemas rumah, menbasuh pakaian, memasak dan pendek kata segala kerja-kerja rumah adalah di bawah jagaan Farah. Jika ada cakap-cakap sumbang di belakang yang mengatakan, iyalah, bolehlah kayuh seorang diri sebab ada ibu yang payung yang buat semua, itu memang silap besar sangatlah yer. Maaflah, mungkin anggapan dan andaian itu lebih menjurus ke arah apa yang anda nak rasa ataupun tak silap-silap boleh jatuh fitnah oooo... 

Hujung minggu adalah waktu yang selalunya digunakan untuk memasak juadah yang agak berbeza sedikit dari hari bekerja. Iyalah hujung minggu, jika tidak terlibat dengan mana-mana acara bolehlah lapangkan fikiran untuk melakukan sedikit variasi di dalam menu masakan. Bukan tidak suka juadah yang ringkas atau cara masakan yang mudah. Farah suka memasak dan Farah mementingkan kepuasan di dalam hasil masakan. 

Walaupun tidak sehebat mereka-mereka yang telah lama menceburi bidang masakan... ekekeke, tetapi masih mampu untuk memasak demi santapan keluarga demi anakanda tercinta. Walaupun tiada peralatan serta periuk belanga yang mahal-mahal sepertimana orang lain... Farah masih mampu memasak dan memberi keluarga serta anak makan makanan dari rumah kebanyakkan pada masanya. Makan di luar itu boleh dikira dengan jari. Jimatttt... musim GST. 

Untuk semalam... Alhamdulillah, juadah iftar kami sekeluarga hasil dari air tangan sendiri adalah ringkas tetapi cukup untuk mengisi perut kami sekeluarga. Apa ek menunya? 


Ikan cencaru yang dibalut dengan daun kunyit yang ditanam oleh Nek Ma Ash... Tak ada daun pisang, makanya secara alternatif gunakan daun kunyit. Boleh juga kata Nek Ma Ash... dan baunya memang naik serta meresap ke dalam ikan bakar tersebut. Dibakar di atas kuali leper di atas dapur gas sahaja bukannya pemanggang ajaib yer kawan-kawan. 

Warnanya di dalam gambar sememangnya nampak ibarat hangus...Ihiksss tapi Farah taklah bagi hangus pun ikan bakar tu... Semuanya adalah akibat "filter Lo-Fi" yang Farah gunakan di aplikasi Instagram yer. Sila harap maklum. 


Cicahannya yang ideal pula adalah seperti biasa air asam bagi membangkitkan selera kami. 


Lauk gandingannya pula adalah lemak cili api jantung pisang. Nek Ma Ash teringin nak makan lemak cili api jantung pisang. Katanya dah lama tak makan lemak cili api jantung pisang pekat-pekat. Alhamdulillah, rezeki Nek Ma Ash nak makan dipermudahkan oleh Allah SWT. Sebiji jantung pisang bernilai RM2.00 di pasar malam, malam sebelumnya. Beli 2 biji, RM 4.00. 

Nek Ma Ash kata mahal. Hu hu hu... Dulu baru RM1.00 sebiji. GST Ma... Zaman harga semua naik. Sayur kampung pun tak terkecuali dari naik juga. 


Sambal goreng petai kikis bersama ikan bilis ni pula adalah permintaan Atuk Ash. Hujung minggu kannn??? Jadi rajinlah sikit nak mengikis kulit petai tu. Hari bekerja memang tak sempat nih. Oh ya ada sedikit petua yang Farah belajar dari Nek Ma Ash. 

Selalunya kalau makan petai, jika kita pergi ke tandas untuk membuang air, biasanya bau petai semerbak harum kan? Kalau nak kurangkan bau petai yang pekat di tandas, setiap kali masak sambal petai, girengkan petai terlebih dahulu sebelum memasak. Itu petua Nek Ma Ash.  Bagi kami sekeluarga menjadilah, bagi orang lain... tak tau ok? 

Alhamdulillah untuk rezeki dari Allah ini untuk semalam. Untuk juadah kami swkeluarga berbuka. Ash? Ash, Mommy dia masakkan ikan gelama masak kicap dan sup brokoli. Ash kan mana boleh makan pedas... 

Hari ini, masih berfikir lagi nak sajikan menu apa... Dalam peti ais ada ikan jenahak, daging batang pinang, ikan tenggiri, ayam, sayur kangkung parit, ikan merah, sayur pucuk paku... Tak dapat ilham lagi nih... 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ish ish ish... sedap tak terkata sungguh....

    by the way.. (mujadimah tu apa)?

    ReplyDelete
  2. sedapnya ikan cicah air asam tu..marvellous!

    ReplyDelete
  3. semuanya nampak sedap..Farah, gireng tu ape ek :) ?

    ReplyDelete
  4. Nek Ma Ash ni pandai masak lah...masak lemak jantung buat pekat2 tu best yer...RM2 je satu murah kan kt pasar malam...

    ReplyDelete
  5. Amboi... Istimewa sekali menu nya..

    ReplyDelete
  6. tq farah for the tips pasal petai :)
    memang la best makan petai sesekali kan.
    tapi bau nyer tu melekat lama kat tandas yg aida x suka.
    and kita pun yg bekerja ni, segan nak makan.
    nanti mulut berbau :(

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !