3 Tahun Dah Rupanya... Selamat UlangTahun Pernikahan & Perkahwinan...

Farah Waheda Wahid
14

Tiga (3) tahun dah rupanya??? Lengkaplah kitaran tiga (3) tahun pertama pernikahan dan perkahwinan kami. Selesailah sudah tiga (3) tahun awal fasa perkahwinan. Ada dua (2) tahun lagi ni oiii nak lengkapkan fasa lima (5) tahun pertama perkahwinan yang dikatakan penuh cabaran serta dugaan nih. Pernah kongsikan tentang fasa-fasa dalam perkahwinan ni di dalam entri di SINI dahulu.

Fasa Pertama - 5 Tahun Yang Pertama
5 tahun yang pertama, masa ini adalah masa untuk kita mengenali pasangan masing-masing. Maklumlah selagi tidak duduk sebumbung, selagi itulah kita tidak tahu perangai luar dalam pasangan kita. Masa ini juga akan datang ujian di dalam pelbagai bentuk. Nak sesuaikan diri dengan keluarga mertua, baru hendak mula hidup dengan duit yang tak berapa nak ada, bagi yang masih belum punya rezeki anak, kena pekakkan telinga pula bila orang dok asyiklah bertanya...memang fasa ini sangat banyak dugaan, kena banyak berbincang, toleransi, bergaduh tu memang ada, tidak dinafikan, percayalah. Tipulah kalau kata tak pernah bergaduh kannn??? Tapi kalah betul-betul tak pernah, baguslah... Alhamdulillah...

Fasa Kedua - Tahun Ke-5 Hingga Tahun Ke-10
Orang kata fasa ini dah stabil dalam peralihan rumahtangga. Kita dah faham pasangan masing-masing, buruk baiknya dan tahu macam mana nak atasi semua itu. Kalau ada anak pun, anak dah besar, jadi mudah untuk dikendalikan, penerimaan keluarga pun dah mudah sebab dah faham kerenah keluarga masing-masing. Tak payahlah nak tarik-tarik muka, masalah tak selesai juga, baik dalam proses mengenali tu, cari jalan untuk atasi, lagi baik kan?

Fasa Ketiga - Tahun Ke-10 Hingga Tahun Ke-15
Jarang orang perkatakan tentang fasa ini, tapi ada satu fasa tu ramai yang kata si suami akan jadi gatal sikit...mungkin ini lebih menjurus kepada Fasa Perjalanan Hidup kot? Masa ini mungkin lebih perhatian diberi kepada anak-anak yang meningkat remaja. Orang kata (orang kata lagi) masa remaja jiwa sangat memberontak untuk mencuba sesuatu yang baru. Jadi peringkat ini mungkin kita perlu lebih berhati-hati dalam mendidik anak...

Fasa Keempat - Tahun Ke-15 Hingga Tahun Ke-20
Mungkin masa ini masalah rumahtangga sangat berkurangan dan apabila mencapai tahap ini, rumahtangga adalah lebih selamat. Boleh dikatakan SELAMAT dari segi penceraian, tapi kita tak tahu jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita cuba yang terbaik dan untuk seterusnya mungkin segalanya lebih mudah. Pergolakkan setiap perjalanan rumahtangga adalah berbeza, ada juga yang di awal perkahwinan mereka tiada apa-apa masalah, tapi pada fasa lain mereka kritikal diuji, yang pasti kita tidak terlepas dengan ujianNya... 

Macam tulah lebih kurang dikatakan jalan ceritanya... Cuma mungkin yang berbeza cerita jalan perkahwinan dan alam rumahtangga kami berdua ni berbeza sedikit dari yang lain. Sepertimana tahun-tahun yang telah sudah, sambutan masih sama bagi memperingati ulangtahun pernikahan dan perkahwinan kami. "Dinner for two" yang dibincangkan bersama dan dipilih tarikh yang sesuai. Kebiasaannya tarikh yang terlebih awal lah kerana kami tidak mahu tarikh yang berlapis-lapis dengan sambutan yang lain. Alhamdulillah, tahun ini kami beriftar di... 


Terima kasih diucapkan kepada rakan kenalan Farah yang sudi menaja sambutan memperingati ulangtahun pernikahan dan perkahwinan kami pada tahun ini. Alhamdulillah... Syukran Allah atas rezeki ini. Sambutan ringkas dan sederhana tetapi #syukurselalu. Untuk hari ini pula, terima kasih kepada suami kerana setakat hari ini tidak pernah lupa akan tarikh 4 Julai. Terima kasih juga kerana main SMS tengah-tengah malam atau pagi-pagi semua umat sedang lena diulit mimpi nih. Ash pun dah lena diulit mimpi. Sekejap lagi cari botol susu lettew. 3 tahun yang telah dilalui, cabaran serta dugaannya tetap ada... tapi tak perlulah nak membayangkan bagaimana kann??? Cukup sekadar syukur kerana masih kuat untuk menempuhi. Yang manisnya? Tentulah kehadiran Iman Firash Bin Husaini yang kini menginjak ke usia 2 tahun tidak lama lagi. Manisan di alam perkahwinan yang memang manis jer sentiasa di mata Abah Ash dan Mommy Ash. 


Allahuma Ya Allah, jadikanlah kami yang mencintai di kala dekat dan jauh. Yang saling menyayangi di kala senang dan susah, yang saling mengasihi di dalam sendu dan tawa. Allahumma Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang bersatu kerana redhaMu dan jadikanlah baitul muslim kami ini landasan menuju cintaMu... Allahumma Ya Rahman Ya Rahim terimalah ibadah kami ini, satukan kami di taman syurgaMu nanti. Ya Allah tiadalah dua impian kami melainkan izinkanlah kami untuk bertemuMu wahai pemilik cinta yang maha agung juga kekasihMu khaatimul anbiya Muhammad al mustafa (SAW). Amin amin ya rabbal alamin.

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. selamat ulangtahun perkahwinan farah, smg rumahtangga yg dibina kekal bahagia sehingga ke jannah, insyaAllah. Amin :)

    ReplyDelete
  2. tahniah farah!
    happy anniversary.. 3 tahun tu masih byk yang perlu dipelajari bersama..
    akak doakan moga mahligai cinta farah dan suami kekal hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..harungi susah dan duka bersama..in sya Allah kemanisan kelak nikmati bersama..

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary adik...wah siap prove lagi yang last tuh...alhamdulillah....3 tahun yang mencabar kan...semoga kekal hingga ke jannah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..semoga berbahagia hingga ke syurga untuk kak farah n husband.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Farah, Best tu makan dekat Pullman, romantik gitu

    ReplyDelete
  7. tahniah.. stay romantic.. hehehe!

    ReplyDelete
  8. Happy anniversary... semoga semakin bahagia dan tabah menempuh segala dugaan tahun2 akan datang... kasih kasih selalu...

    ReplyDelete
  9. happy belated anniversary kakkk.. lambat ida wishh hehehehhe

    ReplyDelete
  10. happy 3rd anniversary dear Farah and husband ...moga bahagia hingga ke jannah :)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah :)
    moga terus bahagia & dikurniakan anak yg ramai sgt, ye farah :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah , salam aniversary...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !