Amacam??? Ada gaya tak Iman Ash main bola??? Hu hu hu, main dengan abang-abang... Risau juga Mommy dia ni... Kalau-kalau dia mengamuk ke? Menangis ke? Sebab tak dapat sepak ataupun tendang bola... Tapi kannn??? Walaupun dia kecil molek... "Don't underestimate" ok??? Kecil-kecil cili padi... Dia mampu untuk mendapatkan bola dan menggelecek bola... Tiba-tiba abang-abang yang main sama-sama dengan dia pun jadi terkesima sekejap...Ha ha ha...Kalau abang-abang tu nak ambil kembali bola tu dari dia memang boleh jer...Tapi biasalah, abang-abang melayan dia sebenarnya... Bagi peluang dia bermain... Dah nama pun yang paling kecil, memang sangat kecil punnn usia dia dari abang-abang tu semua... Kenalah tolak ansur sikit kann??? Inilah bila mana, tiada jiran yang mempunyai anak-anak lelaki yang sebaya dengan Ash...Ha ha ha... Abang-abang pun dia jadi kawan...
Masa kecil-kecil sewaktu usia 6 - 11 bulan macam tu, bila abang-abang ni main bola depan rumah, Ash tengok dan perhati jerrrr dari "sliding door" rumah ataupun Farah akan dukung dia di luar "porch" jika cuaca redup ataupun sejuk... Tapi melonjak-lonjaklah beliau nak turun kannn??? Masa tu belum dapat kaki lagi... Kalau turun pun kena berpegang...Kadang-kadang tu, bawa ke tempat abang-abang ni bermain dan turunkan dia sambil memegang di bahagian badan, dia akan tendang-tendang bola abang-abang tu...Kesiannn tengok anak Mommy masa tu... Hajat hati tu besar nak bermain bola dan nak berkawan, tapi awak masa tu tak pandai jalan lagiii...Hik hik hik...
Ini dah dapat kaki, dah mula berlari... hu hu hu... tengok ajerlah gayanya bermain bola tu...Errrr...bakal aktif bermain bola sepak kah Iman Ash nanti bila sudah "school"??? Mommy yang melahirkan, Mommy yang menjaga, Mommy yang menghadap setiap hari pasti kenal anaknya sendiri kannn??? Jujur, dalam sudut hati kecil ni... apa yang Farah perhatikan, Ash memang minat segala yang berkaitan dengan "ball"... Haaaa... barulah lelaki!!! #ehhh...Ha ha ha... Oklah tu, jadinya Mommy tak adalah risau sangat walaupun dia main dengan "teddy bear" kannn??? *_^... Muahahahaha... Ash memang minat bola... Dan Farah memang memerhatikan apa yang Ash minat dan cenderung. Kalau boleh jika ianya kecenderungan positif memang Farah akan galakkan dan beri semangat untuk Ash teruskan. Nak harap Mommy??? Memang taklah... Mommy bukannya "sports person" sangattt punnn... Sikit-sikit tu bolehlah...Muahahaha...
Gambar ini, dia berjaya menyepak bola masuk tepat di antara kaki abang tu... memang dia tendang dan masuk tepat... Lepas tu boleh pandang Mommy dari tepi pagar seolah-olah nak berkata... "Mommy, Ash goal..."... Sebagai pembakar dan kata-kata semangat motivasi... Mommy pun bersoraklah dan pujilah anak sendiri... Ha ha ha... Agaknyalah kann??? Kalau situasi ni berlaku sewaktu Ash dah "school"... Macam nilah juga gamaknya... Mommy duduk tepi padang tengok anak main bola sepak...Dan bila anak berjaya jaringkan gol... anak akan pandang Mommy... Yelah Mommy kan pendorong utama...Bha ha ha... :"So the movie" tauuu... Drama sangat tau situasi tuuu... Tapiii sempat jugalah Mommy dia ni termenung dan berangan-angan jap semasa memerhati dia main tu...
Hurmm...melihatkan perkembangan positif Ash ni rasanya dah boleh mula kelas Ash di Little Kickers dah ni... Berpeluh-peluh dan habis lencun dengan air peluh walaupun dah mandi petang... Masuk ke dalam rumah dan sejukkan badan dia dulu kemudian mandikan semula... Tunjuk pada Abah Ash gambar dia beriadah dan bersukan ni... Senyum-senyum jer Abah Ash tengok gelagat Iman Ash ni...
singgah sini
ReplyDeletewahh..dah pandai tendang bola ..:D
ReplyDeleteamboiii ashhh dah jd player ke kemain
ReplyDeletedulu tecik2 je kan alololo tomeynye
hahaha.. comel!
ReplyDeleteWah.. Boleh bawa malaysia masuk worldcup ni..
ReplyDeleteComei je. Ni bakal player harimau malaya ni~
ReplyDeleteAsh bleh lawan main bola dgn izzat ni. Izzat minat play ball :-)
ReplyDeleteAida pun akan galakkan izzat aktif in sports. Boy. Mesti aktif :-)
dah besar jd player malaysia yerr ash..
ReplyDelete