Tinggi Dan Tinggi Dan Tinggi Lagi... Bagaimana Nak Atasinya???

Farah Waheda Wahid
10
Sumber dari Google
Cuci sudah, jemur sudah, kering sudah, tinggalnya cuma nak melipat dan menggosok sahaja... Hik hik hik... Tapi macam tak ada "mood" pula, tapiii macam "letih" pula, macam rasa nak meluruskan pinggang... tapi macam banyak kerja lain lagi nak buat walaupun sebenarnya boleh jer nak melipat pakaian yang telah kering kannn??? Huishhh banyak tapi, banyak alasannn... Ini kalau Nek Ma Ash nampak macam ni... macam petir perginya nanti bunyi-bunyian yang keluar dari mulut dia... Hu hu hu, sebab tu Farah dah terbiasa bukannya nak berbangga diri kata diri ini terlalu cekap melakukan kerja rumah... Tapi dah terbiasa sejak zaman-zaman anak dara lagi bila dah angkat pakaian dari jemuran, dengan sepantas kilat akan melipat pakaian dan menyelesaika upacara susun menyusun di ruang menyimpan dan juga almari. Sebelum petir menyambar, baik lakukan dengan sepantas mungkin. Mungkin disebabkan telah menjadi kebiasaan, disebabkan itu, belum lagi muncul peristiwa pakaian terjadi seperti gambar yang dipinjam dari Google di atas. Hu hu hu... Kalau tidak rasanya mau jer jadi nih...Ahaksss... Disebabkan kebiasaan itu, mata akan mudah menjadi sakit dan dada akan mudah menjadi sesak, fikiran jadi semak bila melihat pakaian yang tidak berlipat di rumah sendiri... Kesimpulannya memang tak boleh tengok pakaian berlonggok dan menghadapi situasi bila nak memakai baru kelam kelibut nak mencari dari dalam bakul.

TETAPI!!! Farah tidaklah mengatakan sesiapa pun yang mengalami masalah ini sebagai pemalas ataupun sebagai pencari alasan untuk tidak melipat pakaian yer??? Gaya hidup seseorang individu, gaya hidup sesebuah keluarga itu berbeza. Mungkin masing-masing ada alasan yang tersendiri dan ada sebab musabab yang tersendiri dan mungkin juga terlalu letihhh daripada apa yang dilakukan seharian...Nak nak lagi kalau ko kena menghadap Federal Highway tu setiap hari... Phewww... pengsannnn... Beruntunglah kamu jika mempunyai suami-suami yang ringan tulang lagi baik hati membantu melipat pakaian ataupun menggosok pakaian sehinggakan pakaian kerja kamu pun suami yang gosokkan... Untunglahhhh.... Kalau yang suami bukan jenis suka melipat dan menggosok pakaian tu... bertabahlah menyiapkan sendiri yer, nak buat macam mana kann??? Tak akan nak paksa pula yer tak???

Mungkin juga terjadinya perkara sebegini, terjadinya peristiwa pakaian berlonggok dan "piling up" begini disebabkan ianya adalah satu perkara yang paling tidak disukai baik perempuan mahupun lelaki. Lipat pakaian??? Owhh... "no no no no no"... Tak sukanya, malasnya... Bukan tiada masa, tetapi kerana sikap yang suka tangguh atau lebih sanggup cari kain dalam bakul. Malah ada juga yang mengupah orang lain hanya semata-mata untuk melipat pakaian yang berlonggok. Disebabkan itu, sukalah kiranya Farah nak berkongsi dengan semua pembaca Bubblynotes.Com, bagaimana untuk mengatasi masalah pakaian yang berlonggok dari satu artikel di SINI

Elak Tangguh
Anda boleh selesaikan masalah pakaian dalam masa yang singkat, jika fokus dan tahu menyusun kerja. Sementara menunggu kain siap dicuci, anda boleh duduk dan melipat pakaian yang sudah kering. Jangan pula sedang-sedang tunggu pakaian siap dicuci di dalam mesin, anda goyang kaki atas sofa. Kes ini, sampai bila-bila pun akan buat kain "menggunung". Anda juga yang sakit mata.

Asingkan Fabrik
Seeloknya kalau basuh pakaian, awal-awal anda perlu asingkan pakaian dari kain tebal dan yang kecil-kecil seperti stokin, sapu tangan atau mungkin pakaian dalam. Ini mudah apabila waktu melipat, pakaian yang besar dan tebal sebenarnya sedikit. Jadi kalau nampak pakaian sudah melebihi bakul, anda akan sakit mata dan timbul "mood" untuk melipat. Pasti pakaian tidak terus berlonggok di dalam bakul, bukan???

Sambil Tonton Televisyen
Tidak perlu mengeluh yang anda tiada masa, sebenarnya anda boleh lakukan sambil menonton drama kesukaan. Kalau khusyuk tonton rancangan yang kita suka, tangan pun laju boleh buat kerja. Sekelip mata pasti anda sendiri tidak jangka, mampu lipat kain berbakul-bakul depan mata.

Agih Tugasan
Jika ada waktu terluang bersama anak-anak atau suami di rumah, anda boleh habiskan masa dengan melipat pakaian sambil berbual. #ehhh, jangan pula tahu arah kaum perempuan sahaja ya. Apa salahnya, jika buat bersama-sama sebelum menunggu waktu untuk tidur malam. Lebih mudah, kalau isteri sedang kutip pakaian untuk dicuci, suami boleh tolong sidai. Dan anak-anak pula masing-masing lipat pakaian. Lagi banyak tangan yang bergerak, lagi cepat pakaian yang dilonggok licin.

Sediakan Satu Bakul
Tidak perlu beli bakul pakaian banyak-banyak, nanti makin liat pula masing-masing nak lipat pakaian. Mahu lagi senang, letak kain kering dan sudah dicuci atas sofa. Ini cara untuk sakitkan mata sendiri, automatik anda terus lipat kain yang menjadikan rumah lebih bersepah. Cara ini juga membuatkan anda senang kena tegur kalau dapat pasangan yang jenis kemas. Pastinya anda jadi seorang yang "anti kain tidak dilipat".

LIPAT BAJU CARA MUDAH
Sebenarnya kann...banyak jer cara melipat kain dengan mudah, antara rajin dengan tidak saja. Dan bolehlah rujuk video dari YouTube di bawah yang Farah nak kongsikan ini yer...Dan Farah pasti ramai yang pernah melihat video-video sebegini... Ngee...




Kalau dah tak larat sangattt tu...memang tak boleh nak buat apalah...Nampak-nampak gayanya, terpaksalah gajikan atau upah orang untuk tolong lipat dan tolong gosok...Dah tu nak buat macam mana? Itu ajerlah penyelesaiannnya kann??? 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. syukur suami ceq rajin menolong melipat baju ^_^*
    ringan sikit kerja Mama Na..hihi

    ReplyDelete
  2. Nice tips. Dalam family, SR ditugaskan untk melipat baju. Kadang-kadang tu menggunung lah juga. Haha. Kebiasaannya masa tengok tv mesti lipat baju sekali. Senang sikit. Hehe

    ReplyDelete
  3. Kerja ni nampak renyah kan...tp kalau kita pandai atur jadual semua jadi mudah...seminggu 2x julia mendobi farah, lipat sekali harus...menggunung jugalah...tp takpe sekali harung hehehhe..pernah terfikir kalaulah ada mesin basuh ajaib siap cuci siap lipat...kan best hahahahhaha

    ReplyDelete
  4. memula dl penah la jd bj menimbun cmni...hahaha...
    bl dh ada anak ni lg menimbun.byk ms abes nk belek anak n kemas rumah sgala.bl nk lipat bj jd mls.
    cara zai lipat smbil berdiri.guna iron board.sesambil boleh tengok ank & kejap2 join anak main...hihihi

    ReplyDelete
  5. haha... masalah ni masalah wanita sejagat kak... nak mlipat kena time dia dan mood baik punya...

    ReplyDelete
  6. hehe.. sejak mengandung ni deeba paling malas nak lipat kain.. huhu.. selalunya memang suami yang buat.. by the way sis farah.. deeba ade tag sis..

    http://darikacamataseorangwanita.blogspot.com/2015/06/june-mini-giveaway-by-shyue-kim.html

    ReplyDelete
  7. Lipat baju akk suka, tp gosok bajuuu...adoiiii

    ReplyDelete
  8. somi kite lipat baju time tengok tv.
    hehhee..

    ReplyDelete
  9. First time dtg sini..
    Nice tips dan cerita..
    Salam perkenalan..


    Blogwalking Sini..
    Jombaca artikel baru saya

    Kriteria Blog Mesra Pembaca

    Kedudukan Giveaways EFG Terkini

    ReplyDelete
  10. hua hua hua aida x suka lipat baju.
    tapi terpaksa!
    anak da 3 org, farah.
    lagi la berlambak2 baju nak dilipat.
    yes. aida akan lipat baju sambil layan tv.
    baru gerak and settle melipat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !