Home » , , , , , , , , » #telurgorengplanta... SEMUDAH ABC, SESEDAP RASANYA

#telurgorengplanta... SEMUDAH ABC, SESEDAP RASANYA

Telur goreng adalah satu resipi yang paling mudah dan paling cepat untuk disediakan. Akan tetapi kebiasaannya telur goreng yang disediakan kebanyakannya adalah berminyak, kurang garing dan tidak mempunyai keenakan rasa yang diingini. Berbeza dengan #telurgorengplanta… dengan hanya 1 sudu Planta, keenakan sebenar telur goreng boleh diubah dengan serta merta apabila dimasak dengan marjerin Planta yang sangat harum aromanya. #telurgorengplanta bukan sahaja mempunyai rasa yang tersendiri, ia juga memberi tekstur garing berserta aroma yang menyelerakan. Warna #telurgorengplanta tu pun menarik, dan kurang minyak pula tu.

Kini, #telurgorengplanta adalah salah satu menu telur yang menjadi keutamaan di rumah Farah. Sekiranya menggoreng telur, haruslah menggunakan Planta, sebab apa? Secara jujurnya, kami sekeluarga telah jatuh cinta dengan kelazatan Telur Goreng Planta berbanding dengan telur goreng biasa. Tidak susah dan sangat mudah… semudah ABC, sesedap rasanya… Cukup segala dan jika dimakan begitu sahaja pun sudah cukup untuk membangkitkan selera… Ash pun kalau boleh nak makan telur goreng Planta saja setiap hari. Kadang-kadang tu Ash sanggup bangun tidur semata-mata untuk minta Farah gorengkan telur goreng Planta untuknya. Alahai, si manja "Mommy"...


Sangat-sangat mudah…hanya dengan 4 langkah, anda akan dapat menikmati telur goreng dengan kelazatan yang sebenar!!! 

Sila klik pada gambar untuk tumbesaran imej
Pertama sekali, jangan lupa panaskan kuali terlebih dahulu.


Selepas itu, masukkan sesudu Planta ke dalam kuali.


Kemudian, masukkan pula telur ke dalam kuali. Pastikan api tidak terlalu kuat.


Gorengkan telur sehingga nampak kegaringan di tepi. Gebu, kan? "Just like Ash likes it" Itulah kehebatan #telurgorengplanta. 


Dengan 4 langkah mudah yang tidak memakan masa yang banyak, sepantasnya Farah dapat menyediakan telur goreng yang paling lazat yang tiada tolok bandingnya berbanding telur goreng biasa.

Hasilnya:



Adakah ia nampak menyelerakan pada anda? Haaa… Itu baru tengok, belum lagi dimasukkan ke dalam mulut. Bila telah masuk ke dalam mulut, dikunyah dan segenap rasa menguasai kawasan mulut dan lidah anda… Anda pasti bersetuju bahawasanya Telur Goreng Planta adalah yang terbaik dan lengkap!!! Si manja Farah pun cukup gemarkannya! Cukup rasa, cukup aroma dan kelazatan, kurang berminyak dan warnanya yang pasti menambat hati.


Jika melihat Telur Goreng Planta yang Farah hasilkan telah membuatkan anda terbayang-bayang bagaimanakah rasanya… Apa tunggu lagi??? Dapatkan Marjerin Planta yang kini boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara dengan harga runcit sebanyak RM4.90 untuk 240gm dan RM8.40 untuk 480gm hari ini juga (semua harga yang dipaparkan adalah termasuk GST). Kemudiannya, cubalah sendiri menggoreng telur dengan menggunakan Planta. Terbaik, terlazat, rasa satu hendak lagi!!! Sekali masak, akan jadi berkali-kali… kerana ianya mudah, pantas dan cukup segalanya…

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel #telurgorengplanta... SEMUDAH ABC, SESEDAP RASANYA, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, June 1, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. Sebenarnya kakak dari dulu lagi dah selalu tau goreng telur dgn planta ni Farah tapi sekarang ni macam jadi femes pulak. Memang sedap apa lagi tepekkan atas roti letak sikit pepper dan sos sedap tau:)

    ReplyDelete
  2. fuhh... boleh tahu rasa dia macam mana..nyumnyumm

    ReplyDelete
  3. kat rumah akak dan rumah sewa dah bertukat dengan penggunaan Planta..cer buat nasi goreng guna planta instead of guna minyak masak biasa...sedapppppp....trust me...

    ReplyDelete
  4. hmm..sedapnyaaa..nasi goreng planta pun sedap jugakk :D

    ReplyDelete
  5. memang sedap
    nak nak kalau buat nasi goreng planta kan..tetiba lapar la pulak.. nengok.entry sis ni. hihi ..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia