Tarik Nafas Dalam-Dalam Dan Hembuskan Perlahan-Lahan...

Farah Waheda Wahid
22

PENAFIAN: Entri ini bukanlah bertujuan atau berniat untuk menunjuk-nunjuk, bermegah-megah, berbangga diri ataupun yang mewujudkan rasa riak di dalam diri ini. Ini hanyalah sekadar perkongsian cerita yang ingin dikongsi serta disampaikan... Tidak lebih dari itu...Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini sekiranya ada terdetik rasa iri atau rasa meluat serta menyampah ataupun di fikiran terlintas sesuatu, silalah buang jauh-jauh semua itu yer... Hentikan yang negatif dan ambil aura positif.... Ihiksss... 

Sebelum apa-apa haruslah tulis penafian dulu...Kalau tidak nanti khuatir jika ada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini...Sedangkan niat di hati sekadar ingin bercerita dan tidak lebih dari itu... Hurmmm... Baiklah, terus masuk kepada cerita yang ingin disampaikan oleh Farah... 

Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan... Alhamdulillah, kini lengkaplah sudah persiapan Aidilfitri 2015 untuk Iman Ash. Tidak perlu bersesak-sesak, tidak perlu tergocoh-gocoh dan tidak perlu kelam kabut di saat-saat akhir... Amboiiii...Nak menunjukkan yang dia berduit lettew??? Mungkin desis hati kecil di luar sana...Mungkin jerlah ok? Mungkin, Farah tak kata Farah mengata sesiapa ataupun Farah bercakap tentang orang perseorangan ataupun individu. Tetapi ini cuma ayat rambang... Akan tetapi, andai kata ada yang terdetik begitu di hati... Hurmm..Anda sebenarnya silap... Farah bukanlah orang berada apatah lagi harta tak habis makan...Farah cumalah orang yang biasa yang ada-ada sahaja.... 

Cerita di sebaliknya... 
  • 2 pasang Baju Melayu Aaron Aziz by JAKEL itu adalah dari tahun lepas yang tidak dipakai kerana bersaiz besar. Boleh rujuk entri Aaron Aziz by JAKEL dan WW#10: Lebai Kecik or Imam Muda??? ... Hik hik hik, kalau tak percayalah yang ini bahawasanya adalah Baju Melayu tahun lepas... Saiznya umur 1 tahun dan Ash orangnya tak adalah besar mana... Akhirnya Farah belikan Baju Melayu yang lain.
  • 1 pasang Baju Melayu Aaron Aziz by JAKEL pemberian dari kawan Atuk Ash tahun lepas yang bersaiz 2 tahun. Besar gedabak gila baju tu...Anak "I is" tu kecil molek jer... Ihikss...Masih tidak dipakai dan masih elok lagi seperti baru... Errr..memang barulah pun kawan Atuk Ash beri tu... 
  • 1 pasang Baju Melayu Johor yang ditaja oleh Nek Ma Ash untuk tahun 2015 ini
  • 1 pasang kemeja & 3 helai t-shirt
  • 3 pasang seluar 
Cukuplah tu untuk anak sekecil Ash, banyak-banyak pasang sangat pun nak buat apa? Itupun dah banyak dah tu bagi Farah...Kami berdua beranak ni bukan nak ke mana sangat, bukannya sakan sangat beraya...Beraya asal ada-ada sahaja... Gigih Farah mengumpul, sepasang demi sepasang dari bulan Januari 2015, berdikit-dikit di dalam membeli. Memejamkan mata untuk keperluan diri sendiri atau kepentingan lain. Mengasingkan sebahagian rezeki demi Iman Ash...Supaya dia turut merasa Aidilfitri seperti kanak-kanak lain dan juga tidak berasa diri kekurangan...Sungguhlah cerita ni... Anda ingat Farah buat-buat cerita ke??? Ha ha ha, tapi Farah bukanlah nak menggambarkan apa-apa yer? Tapi begitulah ceritanya di sebalik persiapan Aidilfitri Iman Ash untuk tahun 2015 ini... Walaupun diri sendiri belum tentu cukup ataupun tidak... Walaupun diri sendiri belum tentu lagi membeli sepasang baju raya untuk diri sendiri ataupun tidak... Yang penting, Alhamdulillah... untuk Iman Ash...lengkap sudah semuanya... Syukran Allah... 

Dan inilah yang ingin Farah kongsikan berdasarkan dari pengalaman sendiri yer??? Tentang sedikit panduan bagaimana membeli baju raya anak-anak di zaman serba GST dan serba mahal semuanya ini untuk golongan yang ada-ada seperti Farah...Bukan berada tau, ada-ada...Ihikss... 

Cara Saya Melakukan Persiapan Raya Untuk Iman Ash (ecehwahhh) - bukan nak mengajar orang lain yer...tetapi berkongsi.... 6 bulan sebelum menjelmanya Ramadhan, setiap bulan, asingkan sedikit rezeki yang ada, pejamkan mata untuk membeli sepasang atau sehelai pakaian anak. Tidak kiralah sama ada nak beli terus atau simpan pakaian itu di dalam almari elok-elok, cantik-cantik ataupun nak simpan duit itu di satu tempat yang anda yakin anda tak akan gunakan duit itu nanti... Bagi Farah, Farah lebih suka terus membeli dan simpan dalam almari elok-elok, cantik-cantik sebabnya Farah takut Farah terguna duit itu nanti... Muahahaha.... Sudahnya nanti tak berbaju raya anak "I is"... Sebulan sehelai atau sebulan sepasang...Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit yer tak? Ihikss... Gitchewsslah.... 

Nak beli sekaligus memang tak lah... baju budak sekarang ni mahal oiiii...bukan merungut tetapi kenyataan kan kan kan? Sebagai ibu, sebagai bapa, mestilah nak anak-anak dapat yang terbaik... Tapiiii...kalau ada yang murah dan kualiti bagus pun, Farah pertimbangkan juga... He he he... Bila dah ada anak ni... anak adalah keutamaan...diri sendiri kemudian-kemudian atau sehari sebelum raya pun tak apa... Masih sempat lagi... Kalau pakai baju lama pun tak apa... Bukan orang nak tanya kannn??? Asalkan "presentable" dan yang bersesuaian.... 

Leganya rasaaaa bila dah selesai  ni... Hilang satu perkara dalam ruang pemikiran yang padat ni dah... Kurang-kurang ada ruang untuk bernafas sedikit untuk tumpukan kepada perkara yang lain pula! In Shaa Allah... mudah-mudahan adalah rezeki kita berdua beranak yer nak? Mommy akan cuba sedaya upaya dan usaha apa yang termampu dan terdaya oleh Mommy... 

Post a Comment

22Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sy ni pon tinggal beli seluar je untuk arfan...mjr baju seme dh siap beli awal2, beli sikit2 tetiap bulan.hehe.cme baju melayu jelh xbeli lg..tp mcm xnk beli je..haha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki daripada Allah, kami pun buat mcm tu Farah, asingkan awal2 tahun hhiihi, tp kdg2 terguna juga duit yang diasing tu, tapi kami top up balik...org nmpk kita 'berada', tapi hanya Allah sajer yang tahu kan..hihiih...pandai2 la kita berbelanja dan buat bajet...

    selesai baju raya Ash..good job mama Ash ;-))

    ReplyDelete
  3. Samalah kita.. Persiapan baju anak2 da settle sebelum Ramadhan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, senang prepare awal2 ni..zaza pun baju sdri dah siap tempah hehe..sblm puasa lagi siap.. maju gitu kan ? hehe..

    ReplyDelete
  5. bagus la farah punya style.huhu.untuk thaqif baru beli bj melayu sepasang+ sehelai rompers.nak suruh papa dia p beli sehelai 2 lg.ibu malas dah nak shopping.

    ReplyDelete
  6. Wah, baju Ash dah ready semua. Mommy Ash dah ada baju raya belum ni? Hehe..
    baju baby mmg mahal2 kan. kena buat tabungan. Shad pun kdg2 bila nak beli something, mmg asingkan duit masuk tabung, kumpul, dah cukup baru beli. Kena asingkan sebab kalau tak, mmg confirm terguna.. hehe..

    ReplyDelete
  7. persiapan awal tu bagus kak... rezeki ash lah tu.. sakanlah ash raya tahun ni...

    ReplyDelete
  8. ala rezeki semua ni farah... bersyukur la

    ReplyDelete
  9. Wah, selesai dah semuanya... Untung, Ash... Hehe

    ReplyDelete
  10. Betullah gigih si mommy ash ni, takprlah utk anak tersayang..
    Akk ank lima satu hapa pun tk beli lagi, hu huu

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..sikit sikit lengkap juga keperluan raya ash si comel..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...salam ramadhan dari bunda...

    ReplyDelete
  13. betul ru sis
    sama la dgn saya skrg.pergi mall j trrus pikir bju utk anak.maknya ulang tayang pakai bju yg sama pon pe de hal .

    tips ni pon sy cuba praktikkan.alhamdulillah, xda la kelm kabut kan

    selamat bersahur

    ReplyDelete
  14. Asslmkm kak.. Setuju sngt dgn akk. Beli sikit2 kn.. Kmpul dr awal. Mcm sy thun ni xdpt nk buat cmtu. Insyaallah thun dpn kut start kmpul bju rya zahra sikit2. Tp sbb ank ppuan x perlu bju bnyk, so dpt 2-3psng pn jd la.. Hee

    ReplyDelete
  15. planning tu memang penting kak..
    senang kita nak bajet..paling tak suka buat keje last minit..

    ReplyDelete
  16. cukup lengkap bj raya ash
    thn ni yumida xde bj raya
    pakai bj jubah je
    excited nk tunggu raya sebenarnya..nk tggu baby keluar..hihi
    brgn baby belum beli lg ni..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Semoga mummy sihat, boleh cari duit beli baju raya lagi

    ReplyDelete
  18. rezeki ash .. ramai sponsor baju.. yang tak tahan, baju melayu banyak sangat tu..hahahaa.. bagi adik mikhail sepasang..

    ReplyDelete
  19. wahh, bagus idea tu.. tak perlu nak sesak2... akak ni tgh fikir bila nk g menyoping bj anak2 ni..

    ReplyDelete
  20. sgt bagus perancangan farah.
    aida plak, lom siap apa pun utk anak2 bertiga tu.
    ni la tahun pertama perancangan aida lari landasan.
    dek kerana tukar tempat keje...
    hu hu hu this weekend kot baru nak mencari :)
    wish me luck!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !