Sistem Token Di Dalam Mengawal Tingkah Laku Anak-Anak...

Farah Waheda Wahid
10
Sumber dari Google
Semakin banyak perkara-perkara baik dilakukan, semakin baik tingkah laku, semakin rajin membantu, semakin rajin belajar, semakin banyak token yang akan diletakkan di dalam balang khas untuk kelakuan positif. Jika balang mempunyai token kelakuan negatif lebih banyak dari kelakuan positif, makanya tiada habuan ataupun ganjaran tertentu buat anak. Menarik kan sistem ini di dalam memotivasikan anak-anak supaya berkelakuan positif??? Memang ada terfikir punnn nak lakukan sebegini semenjak Ash lahir dari dulu, tapiii terlalu awal lah pula yer tak??? Tunggu sedikit masa lagiiii... 

Sistem token adalah cara yang paling senang dan efektif untuk menerapkan peneguhan positif di dalam meningkatkan tingkahlaku baik anak-anak. Anak-anak boleh berusaha mendapatkan token dengan berkelakuan baik (atau mengikut peraturan yang ditetapkan dan menebus token itu dengan ganjaran... 

Menurut sumber di SINI, apa yang kita perlukan adalah: 
  • Token: manik, guli atau apa sahaja yang boleh dijadikan token.
  • Balang lutsinar.
Seterusnya adalah penerangan bagaimana untuk anda menjalankan sistem token ini di dalam memperkemaskan kelakuan anak-anak.

Tentukan Apa Yang Anda Akan Gunakan Sebagai Token
Anda boleh membuat token anda sendiri, atau menggantikan token itu dengan objek lain seperti manik dan guli. Jika anda mempunyai beberapa orang anak, gunakan warna yang berbeza bagi token untuk setiap orang anak.

Sediakan Balang Untuk Setiap Orang Anak
Anda boleh menggunakan botol kaca Nescafe, bekas Tupperware atau apa sahaja yang boleh digunakan untuk menyimpan token itu. Benarkan anak anda untuk menghiaskan balang token mereka mengikut citarasa mereka. 

Tetapkan Kelakuan (Atau Peraturan) Yang Perlu Dipatuhi Untuk Mendapatkan Token
Sebagai contoh, ibu bapa boleh menetapkan bahawa anak akan mendapat token apabila mereka menyimpan mainan di tempat yang sepatutnya selepas bermain tanpa disuruh. Untuk anak kecil, bermulalah dengan jumlah token yang kecil dulu. 

Buat Satu Senarai Ganjaran Apa Yang Boleh Ditebus Dengan Token Itu
Sebagai contoh, boleh ditebus dengan permainan baru, "trip" ke kedai aiskrim atau apa-apa sahaja yang boleh memotivasikan anak-anak kita. Untuk setiap ganjaran itu senaraikan juga beberapa token yang diperlukan untuk menebusnya. Contohnya, 5 token untuk menebus satu permainan. Tulis senarai itu sejelas-jelasnya dan letak di tempat di mana anak dapat melihat ganjarannya dan beberapa kos yang diperlukan untuk menebusnya.

Tentukan Juga Bagaimana Token Itu Boleh Ditebus
Adakah kita membenarkan anak kita membuat penebusan ganjaran setiap masa? Atau mereka hanya dibenarkan untuk membuat penebusan ganjaran pada hari-hari tertentu sahaja dalam satu minggu???

Jelaskan Kepada Anak Anda Bagaimana Sistem Token Itu Berfungsi
Terangkan bagaimana mereka akan memperolehi token itu dan bagaimana mereka boleh menebusnya untuk mendapat ganjaran. Setelah menggunakan sistem token, pastikan anda memberitahu kepada anak-anak mengapa dia layak mendapat token itu, supaya kita boleh memperkukuhkan lagi penerapan positif terhadapnya. 

Ini adalah salah satu cara untuk membantu anak kita mengawal kelakuan. Iaitu dengan menerapkan sistem ganjaran ini. Dengan memfokuskan kepada kelakuan positifnya, anda akan menggalakkannya supaya sentiasa mengulangi tingkahlaku ini sehingga tertanam menjadi tabiat yang kekal di dalam dirinya...

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ha betul tu..antara salah satu cara nak control students pun wat macam ni juga..cuma token yang diberi berbeza dan lekat pada carta.. buat kerja sekolah kemas dan on time dapat 1 token, kalau tak siap tolak token..akhir penggal...sapa paling banyak token dapat hadiah hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan cara ini akan memudahkan sedikit tugas kita yang nak mengawal ni kannn???

      Delete
  2. Menariklah sistem ini.. boleh digunakan.. Thanks share info..

    ReplyDelete
  3. wahh menarik ni.. nak baut untuk abg Adam.. sbb skrg ni penat dah mulut ni membebel buat itu ini tp dia buat dekk je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah kak alycia, mana tau kot kot berkesan pula?

      Delete
  4. good system!
    boleh buat untuk anak buah nanti lah

    ReplyDelete
  5. Menarik juga sistem ni kak farah.. Dalam meningkatkam displin :)
    tapi perlu ada had.. Bukan apa, takut anak-anak buat sesuatu sebab nak ganjaran jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu kena tetapkan sistem tu macam mana ros...heeee... tapi memang betul pun pendapat ros tu akak tak nafikan....

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !