Resipi Biskut Raya 2015 | Semperit Cappucino

Farah Waheda Wahid
16

Haaaa...gitchewss tayang kuih raya ok??? Ramadhan pun belum tapi kuih raya dah tayang... Dush dush dush... Alaaa...ini bukan apa, ini kuih yang telah dibakar untuk "tester" beri Iman Ash rasa dan pilih... Hik hik hik... Yang mana yang dia suka, yang itulah nanti yang akan diadun dan dibakar buat kuih raya untuk Aidilfitri 2015 ini... Ikut selera anak....Iyalah, Mommy dia dah nak masuk 33 tahun dah sambut Aidilfitri... Ash baru nak masuk 2 tahun... Giliran dia pula untuk bergembira di Aidilfitri nanti...In Shaa Allah... Sambil-sambil jadi "tester" tu, sambil-sambil kita kongsi-kongsilah sedikit resipi biskut raya ni kannn??? Mana tau...kot kot ada yang ter-berkenan dan ter-rajin di hati nak membakar sama ye tak??? Resipi "best" takkan nak simpan sorang-sorang jer... Haruslah dikongsi bersama.... 

Ini namanya Semperit Cappucino... Haaaa... semperit yang telah dipelbagaikan ideanya dan dinaiktaraf sikit dari semperit kebiasaan... Biskut semperit adalah biskut kegemaran Farah sedari kecil... Dan biskut semperit juga adalah salah satu kuih yang popular, bertahan lama popularitinya di persada juadah Aidilfitri...Hik hik hik...Yer ke tak? Sedappp oooo semperit.... Semperit Cappucino ini sangat apa tu...kalau rakan-rakan dari negara seberang kita iaitu Indonesia mereka katakan...sangat "cocok" bagi penggemar kafein... Rasa kopi dan juga mentega yang ada di dalam Semperit Cappucino adalah sesuatu yang ummmppph... Bentuk biskut kopi yang "swirly" berperisa dengan cincangan badam ranggup dan cip coklat campur pula dengan aroma kopi... Nyummm!!! #ehhh "over" pula "I is" kannn??? Niat asal nak kongsi resepi biskut raya jer...Muahahaha... Ok ok mari kita kongsi resipi... 

*Resipi ini adalah untuk 70 biji biskut Semperit Cappucino

Bahan-Bahan:
240gm SCS Salted Pure Creamery Butter
80gm Gula Aising
1 sudu teh Esen Vanilla
4 sudu teh Pes Kopi / Emulco
220gm Tepung Protein Rendah
80gm Tepung Jagung
25gm Serbuk Badam
70gm Cincangan Badam
70gm Cip Coklat

Cara Penyediaan:


1. Pukul SCS Salted Pure Creamery Butter dan Gula Aising sehingga kembangggg.... Masukkan Esen Vanilla dan Pes Kopi.

2. Kemudian, masukkan Tepung Gandum, Tepung Jagung dan Serbuk Badam. Campur sehingga sebati. 

3. Masukkan doh semperit ke dalam "piping bag" yang telah dipasang muncung berbentuk bintang.

4. Paipkan bentuk bunga atau bentuk kegemaran anda ke atas loyang. Hias dengan Cincangan Badam dan Cip Coklat.

5. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 18 minit atau sehingga masak.

Hasilnya...


Bagi "idea" jer... Pada yang ingin mencuba, selamat mencuba!!! Pada yang nak tengok jer pun tak apa... Hik hik hik... 

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mcm senang jek..boleh la try nanti..

    ReplyDelete
  2. persiapan buat nati lebaran ya mba kue nya hehehee

    ReplyDelete
  3. tak pernah rasa lagi semperit cappucino heee nak cuba :D thanksss

    ReplyDelete
  4. Nampak sangat sedap Farah! Arggh... smpai sekarang kite xpenah buat cookies lagi...

    ReplyDelete
  5. Lain dari yang lain ni. Mesti yummeh ;D

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap, cuma tahap kerajinan belum ado..insya-Allah satu hr nanti..kihkihk..

    ReplyDelete
  7. Alaaa terliur..pos skek farah hikhikk

    ReplyDelete
  8. boleh try nnt ni..thnks share resepi

    ReplyDelete
  9. wahh..ash jadik juri penentu ya...hihi...

    nampak sedap.. leh masuk dalam list nih...

    ReplyDelete
  10. A great sharing ni.
    aida memang nak buat few biskut for raya... ada order. But nak try buat juga :-)

    ReplyDelete
  11. wah sedapnyaaa. nak try buad la nanti :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !