Haaaa...gitchewss tayang kuih raya ok??? Ramadhan pun belum tapi kuih raya dah tayang... Dush dush dush... Alaaa...ini bukan apa, ini kuih yang telah dibakar untuk "tester" beri Iman Ash rasa dan pilih... Hik hik hik... Yang mana yang dia suka, yang itulah nanti yang akan diadun dan dibakar buat kuih raya untuk Aidilfitri 2015 ini... Ikut selera anak....Iyalah, Mommy dia dah nak masuk 33 tahun dah sambut Aidilfitri... Ash baru nak masuk 2 tahun... Giliran dia pula untuk bergembira di Aidilfitri nanti...In Shaa Allah... Sambil-sambil jadi "tester" tu, sambil-sambil kita kongsi-kongsilah sedikit resipi biskut raya ni kannn??? Mana tau...kot kot ada yang ter-berkenan dan ter-rajin di hati nak membakar sama ye tak??? Resipi "best" takkan nak simpan sorang-sorang jer... Haruslah dikongsi bersama....
Ini namanya Semperit Cappucino... Haaaa... semperit yang telah dipelbagaikan ideanya dan dinaiktaraf sikit dari semperit kebiasaan... Biskut semperit adalah biskut kegemaran Farah sedari kecil... Dan biskut semperit juga adalah salah satu kuih yang popular, bertahan lama popularitinya di persada juadah Aidilfitri...Hik hik hik...Yer ke tak? Sedappp oooo semperit.... Semperit Cappucino ini sangat apa tu...kalau rakan-rakan dari negara seberang kita iaitu Indonesia mereka katakan...sangat "cocok" bagi penggemar kafein... Rasa kopi dan juga mentega yang ada di dalam Semperit Cappucino adalah sesuatu yang ummmppph... Bentuk biskut kopi yang "swirly" berperisa dengan cincangan badam ranggup dan cip coklat campur pula dengan aroma kopi... Nyummm!!! #ehhh "over" pula "I is" kannn??? Niat asal nak kongsi resepi biskut raya jer...Muahahaha... Ok ok mari kita kongsi resipi...
*Resipi ini adalah untuk 70 biji biskut Semperit Cappucino
Bahan-Bahan:
240gm SCS Salted Pure Creamery Butter
80gm Gula Aising
1 sudu teh Esen Vanilla
4 sudu teh Pes Kopi / Emulco
220gm Tepung Protein Rendah
80gm Tepung Jagung
25gm Serbuk Badam
70gm Cincangan Badam
70gm Cip Coklat
Cara Penyediaan:
1. Pukul SCS Salted Pure Creamery Butter dan Gula Aising sehingga kembangggg.... Masukkan Esen Vanilla dan Pes Kopi.
2. Kemudian, masukkan Tepung Gandum, Tepung Jagung dan Serbuk Badam. Campur sehingga sebati.
3. Masukkan doh semperit ke dalam "piping bag" yang telah dipasang muncung berbentuk bintang.
4. Paipkan bentuk bunga atau bentuk kegemaran anda ke atas loyang. Hias dengan Cincangan Badam dan Cip Coklat.
5. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 18 minit atau sehingga masak.
Hasilnya...
Bagi "idea" jer... Pada yang ingin mencuba, selamat mencuba!!! Pada yang nak tengok jer pun tak apa... Hik hik hik...
mcm senang jek..boleh la try nanti..
ReplyDeletepersiapan buat nati lebaran ya mba kue nya hehehee
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeletetak pernah rasa lagi semperit cappucino heee nak cuba :D thanksss
ReplyDeleteNampak sangat sedap Farah! Arggh... smpai sekarang kite xpenah buat cookies lagi...
ReplyDeleteLain dari yang lain ni. Mesti yummeh ;D
ReplyDeleterajinnyer ibu ashh hihii
ReplyDeleteNampak sedap, cuma tahap kerajinan belum ado..insya-Allah satu hr nanti..kihkihk..
ReplyDeleteAlaaa terliur..pos skek farah hikhikk
ReplyDeleteboleh try nnt ni..thnks share resepi
ReplyDeleteYes.. Boleh try nnt..
ReplyDeletewahh..ash jadik juri penentu ya...hihi...
ReplyDeletenampak sedap.. leh masuk dalam list nih...
A great sharing ni.
ReplyDeleteaida memang nak buat few biskut for raya... ada order. But nak try buat juga :-)
ouchhh yg ni sedappp..
ReplyDeletewah sedapnyaaa. nak try buad la nanti :)
ReplyDeletebest sangat..
ReplyDelete