Resipi Biskut Raya 2015 | Semperit Orange Surprise

Farah Waheda Wahid
14

Resipi seterusnya kuih semperit kegemaran "I is" untuk semua...Ha ha ha... Bertabahlah menghadapi resipi-resipi kuih semperit yang diolah mengikut "trend" semasa kononnya ni... Tapiii, ok lah kann??? Lain dari kebiasaan...kalau sama jer setiap tahun Raya pun boleh jadi jemu dan jelak juga...Yer tak??? Melainkan kuih Raya tu memang jenis "legend" punya... Hik hik hik... Semperti pun "legend" juga, tetapi sesekali nak ubah selera tekak apa salahnya mencuba yang lain pula yer tak??? 

Rasa "tanginess" oren di dalam biskut ini akan membuatkan kita merasa seolah-olah "melt in mouth" dan rasa macam segar jerrrr... Ecehwahhh... Percikan sitrus yang dikahwinkan (he he he) dengan pastri mentega memberikan satu kepuasan yang tidak dapat diungkapkan. Dan nama yang diberi untuk kuih semperit yang diolah pada kali ini adalah Semperit Orange Surprise. Githchewsss...

Bahan-Bahan Untuk 60 Biji Semperit Orange Surprise:

200gm SCS Salted Pure Creamery Butter
85gm Gula Aising
35gm Telur
6 sudu teh Jus Oren Pekat
20gm Parutan Kulit Oren
200gm Tepung Gandum
70gm Tepung Jagung
70gm Tepung Kastad
40gm Gula Berwarna Oren 
40gm Gula Berwarna Merah

Cara Penyediaan:


1. Pukul SCS Salted Pure Creamery Butter dan Gula Aising sehingga kembang. Campurkan Telur, Jus Oren Pekat dan Parutan Kulit Oren.

2. Campurkan Tepung Gandum, Tepung Jagung, Tepung Kastad ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh ke dalam "piping bag".

3. Paipkan huruf "8" dan hias dengan gula manik berwarna oren dan merah. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 18 minit atau sehingga masak.

Hasilnya???



Selamat mencuba semua!!! 

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. awalnya akak dah start buat biskut raya..
    semperit memang tetiap taon wajib ada..

    ReplyDelete
  2. asik tengok gambar kuih semprit ni je dari tadi. tiba2 rasa nak jadi agent. huhu

    ReplyDelete
  3. tu dia..resepi kuih raya dah keluar..saya pun suka makan kuih semperit..tapi versi oren ni belum pernah rasa

    ReplyDelete
  4. amboi dah beraya uols
    sedap plak tgk kukis ni
    nak sebalang hanto kan kat umah hehe

    ReplyDelete
  5. wahh semperit.. kuih fav niihh.. huhu

    ReplyDelete
  6. Menariknya... Melt in mouth tu yg best..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !