Resipi Biskut Raya 2015 | Semperit Nutty

Farah Waheda Wahid
11

Tak adalah niat di hati ni bila anda melihat kuih semperit jer teringat pada "I is"... Muahahaha... Tetapi sekadar berkongsi dan juga memberikan variasi di dalam pemilihan kuih semperit untuk Aidilfitri nanti ataupun untuk bila-bila masa... Bertabahlah melihat variasi resipi kuih semperit yang diolah atau dinaiktaraf selama beberapa kali di Bubblynotes.Com yer? Tak banyak dah, ada lagi satu jer lagi resipi kuih semperit yang bakal dikongsikan bersama-sama anda selepas daripada perkongsian resipi kali ini. Kesemuanya ada 4 variasi yang akan Farah kongsikan bersama... Yang terakhir itu, In Shaa Allah, jika tiada aral melintang, esok Farah akan kongsi...Yang terakhir itu kita main "dip dip" yer... 

Untuk hari ini, Farah ingin berkongsi dengan anda Semperit Nutty... biskut atau kuih yang manis serta ranggup yang disediakan daripada asas pastri lembut dengan lapisan nipis kacang di tengah-tengah untuk rasa kacang sebenar dan juga lapisan atau taburan kacang yang dikisar di bahagian atas ataupun lebih dikenali sebagai "topping"... Ha ha ha, bantai ajerlah deskripsi ni..bukannya chef ataupun pakar pemakanan ok??? 

Bahan-Bahan Untuk 60 Biji Semperit Nutty:
200gm  SCS Salted Pure Creamery Butter
80gm Gula Aising
1/2 sudu teh Esen Vanilla
160gm Tepung Gandum
65gm Tepung Jagung
100gm Tepung Kastad
130gm Mentega Kacang
80gm Kacang Berlapis Gula, dikisar
1 biji Telur

Cara Penyediaan:



1. Pukul SCS Salted Pure Creamery Butter dan Gula Aising sehingga kembang. Kemudian masukkan Esen Vanilla.

2. Kemudian masukkan Tepung Gandum, Tepung Jagung, Tepung Kastad dan adun sehingga sebati. Rehatkan doh selama 5 minit.

3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Gulungkan doh di antara 2 plastik setebal 3mm. Sejukkan doh di dalam peti sejuk.

4. Keluarkan doh yang separa keras. Sapukan Mentega Kacang ke atas salah satu bahagian doh, kemudian dilapis dengan doh yang separuh lagi. Sejukkan doh yang berlapis dalam peti sejuk sehingga menjadi keras.

5. Potong doh menjadi kepingan kecil. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan kacang yang telah dikisar.

6. Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 20 minit atau sehingga masak.

Hasilnya... 


Selamat mencuba yer semua!!! *_^ 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah ni lain dr yang lain.. mesti sedap.. thank for the recipe! :)

    ReplyDelete
  2. Aduhai.. makin semangat nak guna oven baru...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap sangat farah :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnye..tp malas nk buat kuih. Beli jer nnt..

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap..ini kalau rajin jadilah slh satu dari koleksi biskut raya tahun ni..hehe

    ReplyDelete
  6. wahh rajinnye farah membaking
    ni yg terliur ni

    ReplyDelete
  7. belum mula puasa dah rasa nak raya tengok biskut ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !