Rekod Tanpa PARAM...

PARAM apakah itu??? Ala macam anda tak tau kan kan kan? Mesti tau kan? Sinonim sangat dengan bulan Ramadhan... Bila Ramadhan jer dia muncul, bila Ramadhan jer dia muncul dan itulah salah satu kemeriahan Ramadhan... Tapikannn... Ustaz cakap kan... Ramadhan bukan kemeriahan makanan tetapi sepatutnya kemeriahan amal ibadat... hu hu hu... jom sama-sama kita insaf dan muhasabah diri... 

Sumber dari Google
Tahun 2014 adalah 2-3 kali juga berkunjung ke Pasar Ramadhan... iaitu kita "shortform"kan PARAM... Ash merasa jugalah berjalan-jalan dan berjimba-jimba di PARAM tu 2 kali macam tu, sekali tu pula pergi sendirian berhad... Nek Ma Ash tak kasi bawa Ash ke PARAM tu kerap-kerap sangat... Asap katanya, panas katanya... Kesian kat anak...Baiklah saya akur... He he he... Masa tu waktu tu Ash berusia dalam lingkungan 6 ke 7 bulan macam tu... Ramadhan Ash yang pertama... Dan masa tu jugalah terasa yang sekali bawa RM50.00 walaupun tak habis, terasa sedikit bakinya... 

Tahun 2015??? Berazam kononnya tak mahu ke PARAM, kena berjimat cermat oiii, zaman-zaman GST kaedahnya... Kononnya, kononnyalah... semua nak dilakukan atau disediakan dari air tangan sendiri... Duit jimat, kebersihan terjamin dan makan pun puas... Muahahaha, dah macam moto atau slogan pula... Tapi tak taulah sampai bila azam Ramadhan yang satu ini dapat bertahan kannn??? Nanti bila dah dekat-dekat Syawal, jadinya makin ligat pula ke PARAM... Ho ho ho, siapa yang tau kann??? Haishhh tak boleh cakap tak boleh cakap... Sebab "I is" sendiri tak yakin yang "I is" sekuat itu untuk bertahan... muahahaha... 

Cumanya setakat ini masih mengekalkan rekod tanpa PARAM lagi nih... Sedari bermulanya berpuasa Ramadhan sehinggalah kini.. bukan hari ini yer? Hik hik hik sekali tiba-tiba petang ni ke PARAM... Farah, Ash, mahupun Nek Ma Ash ataupun Atuk Ash, masih belum menjejakkan kaki ke PARAM... Abah Ash tak taulah kot-kot dah jejak kaki ke PARAM kann??? Takkanlah semua perkara pun Farah nak sibuk yer tak??? Ekekekeke....Tapi memang tak sibuk punnn...dan tak pernah nak bertanya punnn...kecuali kalau betul-betul nak tahu dan rasa nak bertanya...

Rekod tanpa PARAM masih kekal dan Alhamdulillah setakat ini masih mampu berbuka puasa dengan kenyang dan berpuas hati dan masih boleh makan apa yang diidam-idamkan sangat...Hik hik hik...Ini bukan mengidam ada isi tetapi mengidam makanan di bulan Ramadhan...biasa lettew...bila bulan-bulan biasa nampak macam tak ada benda jer makanan-makanan tu... Kadang-kadang lalu pun buat tak pandang jer...atau tak hairan jer...Bila Ramadhan tiba, macam-macam pula ngidamnyer ek??? Dugaan, ujian dari Allah SWT nak tengok setakat mana tahan godaan diri kita nih masing-masing nih, betul tak?? Hu hu hu...

Setakat hari ini, di bulan Ramadhan...ermmm..terlebih dahulu mohon sejuta ampun dan maaf, bukan niat "post" gambar hasil air tangan ataupun makanan untuk membuatkan anda semua terliur dan sebagainya...tetapiiii... hanya nak menambah seri entri ini...He he he... Ok, sambung...Inilah hasil air tangan yang sempat Farah curi masa sediakan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini sebagai juadah sampingan selain nasiiiiii....



Laksa Penang dan juga Popia Basah... Yang Laksa Penang tu adalah di hari pertama Ramadhan...Gigih malam-malam merebus ikan kembung segala bagai... Yang nak dijadikan ceritanya, tiba-tiba duduk-duduk terasa nak makan laksa... Dan kalau nak membeli di PARAM memang taklah sebab waktu tu PARAM pun dah bungkus dah...Ha ha ha... Dah pukul 9 lebih dah punnn... Mana nak dicari laksa waktu tu... Gigih pergi kedai Acheh di kawasan perumahan dan membeli segala bahan keperluan bersama Iman Ash yang sama sibuk nak beli bahan...Ha ha ha... Beli barangan berperang dengan anak yang sangat melasak sekarang ini.... Kita pegang ikan dia pun sibuklah nak pegang ikan sambil mulut "ish ish ish"...Maksudnya "fish" lettew... Hu hu hu....

Dan Popia Basah tu pula adalah percubaan pertama... Tak pernah buat sebelum ini... Tapi kulit Popia Basah tu beli dari jiran yang sememangnya berniaga Popia Basah... Taklah kulit Popia tu buat sendiri juga kannn???  "I is" tak pandai sampai ke tahap itu lagi...Ha ha ha.... Dan intinya, biasa lerrrr... kita main Google ajer... Ikut resipi Google... Tapi tiba-tiba terasa macam...#ehhh sedap juga percubaan pertama ni...Ahakss...perasannnn...

Begitulah ceritanya... intipatinya nak cerita... belum jejak lagi PARAM tahun ni... Bila jejaknya tak taulah lagi... Tapi ni kira rekod jugalah ni...Ha ha ha...Ke arah "cutting down living expenses" mana yang boleh dan sebenarnya kalau tak ada atau tak pergi pun tak apa kaedahnya... Hidup zaman sekarang ni semakin hari semakin kompetitif dan juga mencabar... Konsepnya senang sahaja...jika berkemampuan tiada salahnya...tapi jika tak mampu, hurmm... tak perlu tunjuk seolah-olah mampu sangattt tapi sebenarnya diri sendiri yang seksa... Semua orang ada keinginan tetapi semua orang ada masalah masing-masing...Jika hari ini bukan rezeki kita, In Shaa Allah...rezeki Allah itu luas... kalau tak esok mungkin lusa, kalau tak lusa mungkin tulat, kalau tak tulat mungkin seterusnya...In Shaa Allah bila tiba masanya akan sampai juga rezeki untuk kita jika Allah berkehendakkan...Yer tak??? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Rekod Tanpa PARAM..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, June 23, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. hihihi.. zaza setakat ni belum smpi lagi, maklum ler suami OST sejak 1st puasa. sesorg je kat rumah.. itu yg malas.. cuba tggu dia balik hehe..

    ReplyDelete
  2. Nani pun semalam gi bazaar beli air je. Hahah. Sedapnyaaa laksaa

    ReplyDelete
  3. dua2 menu itu memang menggoda...

    ReplyDelete
  4. rambang mata bila pergi param, tapi beli yang confirm sedap. tiap tahun beli kebab kat penjual yang sama je.

    ReplyDelete
  5. Chaiyok..Chaiyok...Saya last year berjaya x g param smp raya...Harap2 this year pun gitu jgk..huhu

    ReplyDelete
  6. Baguslah Farah..
    Rajin sungguh memasak ye..

    ReplyDelete
  7. Eyza pun berjaya kekalkan rekod tak pergi Param lagi.. BTW.. laksa tu buat eyza terliur..huhuhu.. kalau masak, eyza sorang je makan... takkan nak kena gi Param kut utk laksa? huhuhu..

    ReplyDelete
  8. gimme 5 farah
    kita pun...masih belum pecah rekod beli makanan di PARAM hanya air tu pun semalam
    anak2 request

    ReplyDelete
  9. Sy jenguk jgk ke bazar smlm. Tp blm lg kelabu mata nk bli itu ini. Hee

    ReplyDelete
  10. aida pun x pegi param lagi :)
    mr.asben beli kuih skit skit aje.
    lain? berlumba memasak dlm masak kurang 1 jam dari waktu berbuka !!!

    ReplyDelete
  11. Tak pegi.. Tapi singgah...dan suami beli apa yg nak dibeli je..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY