Raya Ni??? Bergaya Dengan Jedan Collection Lah Kitaaa...

Farah Waheda Wahid
19
Yang benarnya, yang jujurnya, belum buat apa-apa lagi pun untuk diri sendiri sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2015 nih. Memang tak terfikir lagi pun nak membeli apa ke atau nak menempah apa ke. Farah memang tak pernah menempah baju kurung, semua koleksi baju kurung Farah adalah koleksi "ready made" sedari dulu sehinggalah kini. Jarang sekali main tempah-tempah ni. Memang sangat jarang, boleh kira dengan jari. Bukan tak percaya yang menjahit, tetapi Farah ni, masanya sangatlah banyak yer nak pergi cari kain, nak pergi tukang jahit...Muahahaha... Alasan kan alasan? Entah, dah terbiasa beli yang "ready made" dan Farah rasa lebih mudah kalau beli baju kurung "ready made". Lagipun Farah tak terikat dengan mana-mana warna tema pun setiap kali raya... Ikut suka Farah jer nak pakai warna apa...Ihiksss.... Lebih suka dan lebih mudah begitu... 

Cumanyaaaa.... Haaaa...ada cumanya tu... Sejak ada Ash, dah sibuk pula Farah ni bertema-tema bagai kannn??? Tahun lepas tema kami, merah dan hitam... Jalur-jalur lagi baju Ash... 


Tahun ni??? Jeng jeng jeng, rahsia... tapi memang ikut warna Baju Melayu Ash lahh... Bila tengok balik gambar ni...alahaiiii... besar dah anak Mommy...Memang bila banding sebelah-sebelah gambar raya ni nanti memang nampak ketara kot perbezaan Ash raya tahun lepas dan sekarang... 

Baju Melayu Ash memang dah siap awal dahhh... Yang pasti Bukan Baju Melayu Hipster yer... Ihikss... Orang selalu dok kata, kalau beli baju "ready made" nih, payah nak jumpa warna yang sedondon... Kalau ada pun yang nak hampir-hampir sama jer...atau iras-iras jer... Ye ker betul ker? Benar-benar betul ker? Haaa... tu tanggapan awal jer tu... Kalau beli baju "ready made" ni nak kena rajin "survey" dan nak kena rajin cari kalau betul-betul nak warna yang sedondon sangattt... Kena beli awal-awal seboleh-bolehnya...Seawal koleksi baju-baju raya sudah mula dipasarkan... Sebab kalau saat-saat akhir nanti takut-takut nanti warna yang kita nak tu dah kehabisan stok, bila dah kehabisan stok, memang tak dapat nak buat apalah kann??? 

Ada juga Farah dengar-dengar kawan-kawan yang merungut-rungut tentang kepayahan nak mencari baju raya yang sedondon dengan suami, dengan anak-anak kalau membeli baju "ready made"... Sebenarnya tak payah punnn... Kalau betul nak mencari warna-warna yang sedondon... Kalau betul nak bertema... Ni Farah nak cadangkanlah ni dekat anda semua nih... Mungkin ini adalah penyelesaian kepada masalah anda tuuuuu.... 


Tadaaaaaa.... tayang sikit Baju Kurung Pahang Pelikat dari Jedan Collection kepada anda... Errrr...bukan nak riak yer atau bukan nak rasa bangga gilerrr ke apa.... Kalau tak letak gambar, tak jadilah "purpose" entri ni... Baju Kurung Pahang Pelikat ini adalah  dari Jedan Collection. Mahaplah yer... warna sebenar terpaksa ditukar menjadi hitam putih sebab macam tak "surprise" pula kalau awal-awal anda dah dapat lihat warna apa kannn??? Ha ha ha... Cukuplah tengok rupa bentuk jer dulu... Yang penting Farah nak cerita tentang Jedan Collection bukannya tentang warna baju... 


Alhamdulillah, akhirnya dapat padanan yang sangat "match" dengan Baju Melayu Ash... Memang mudah jer nak cari warna apa sahaja di Jedan Collection. Tak payah... Hampir kesemua warna ada di Jedan Collection. Kalau nak sedondon sangat, bawa jer contoh baju atau contoh kain suami atau anak kita... untuk lihat padanan warna dan kemudian pilih reka bentuk, cuba dan beli!!! Mudah kannn??? Apa yang Farah boleh gambarkan Jedan Collection memang menawarkan koleksi-koleksi baju raya yang mengikut "trend" semasa dan terkini tanpa mengabaikan nilai-nilai tradisional.


Hasil seni jahitannya adalah sangat halus, teliti dan kemas... Memang kualiti yang terbaik dan mantaplah bagi Farah...Jahitan sembat pun halussss jer, tak kelihatan langsung.... Material kain pula tak tebal tak nipis dan tidak panas bila dipakai...Al-maklumlah cuaca sekarang ni kan terik...Kalau panas tu terasa perit jer... Kalau musim perayaan masih lagi cuaca panas terik, haruslah cari material yang tidak panas... Yerlah kita pun tak naklah memakai pakaian yang membuatkan kita rasa berlengas dan seterusnya menimbulkan ketidakselesaan. Kalau tak berlengas, tak selesa memang taklah nak teruskan berjalan raya yer tak? Balik rumah jerlah terus dan salin pakaian...Ha ha ha... Tapi macam tak sopan dan macam tak sesuai pula yer tak? 

Bukan Farah saja-saja puji koleksi raya dari Jedan Collection, tapiii, Farah sendiri dah cuba memakai dan Farah sendiri dah merasai pengalaman tentang material yang digunakan oleh Jedan Collection... Percayalah padaku hendaknya... Harga pun mampu milik yer kawan-kawan...Jangan risau...walaupun harganya RM XXX.XX tetapi masih di aras mampu milik oleh semua orang... Rekabentuk atau rekacipta pun taklah terlalu "fancy"... "Simple, tradisional yet elegant..."...

Siapa-siapa yang berhajat nak mencari barang sepasang dua baju raya tu dan sesiapa yang belum membeli dah membeli tapi nak menambah.... bolehlah cuba-cuba untuk menjejakkan kaki serta melihat dengan mata kepala sendiri ke... Kalau nak senang untuk suami pun boleh beli sekali di sini... he he he... 



Jedan (Dimiliki oleh KEMUNCAK NIAGA)

Lot G-60F-17, Tingkat Bawah
Kompleks PKNS
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: 603 | 5512 8121
Faks: 603 | 5512 9121


LotG3F-25A, Tingkat 3, SACC Mall
Jalan Perbandaran 14/9
Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel / Faks: 603 | 5510 6691

E-mel: 
shahidanhashim72@yahoo.com

Oh ya, untuk pengetahuan anda, buat masa kini, Jedan sedang giat menjalankan promosi koleksi raya bagi tahun 2015 ini di ruang legar bawah, AEON Bukit Raja. Bagi sesiapa yang tinggal berhampiran, bolehlah juga meninjau-ninjau ke situ yer? 

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Laaa lambat sgt entri ni keluar. Baju raya anak2 dah setel semua dah. Tgk la kot2 leh tambah selainlg

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tahu warna sebenar baju raya mommy and Ash ni weeee :D

    ReplyDelete
  3. wah ! hari minggu ni boleh la singgah sana jap.. dkna pun duk usha baju kain songket. harap ada la saiz XS

    ReplyDelete
  4. nak cari baju kurung nur awfiyah tahun ni ikut tema babah dia...tak szaaabar dah ni..hehehe...

    ReplyDelete
  5. kami kalau nk sedondon beli kat bak, tapi harganya boleh tahan jugak...itu yang smpi pakai bju raya sama dua tahun sekali..kihkihkih..
    eh mcm cantik je jedan tu, raya tahun depan la pulok..hihihi

    ReplyDelete
  6. Seeondon tu yang best..leh la p sini nanti

    ReplyDelete
  7. cantik.. warna hitam pun cantik... kain nampak sangat kuality.

    ReplyDelete
  8. menarik..mesti cun habis nnt muahahaa

    ReplyDelete
  9. Bila dah ada anak pasti la nk pakai baju color tema yg sedondon juga kan.

    ReplyDelete
  10. akak blm beli baju husband and anak lelaki tu.. boleh try tgk kat sini..

    ReplyDelete
  11. Baju raya dah get ready dah sebelum puasa lagi...

    ReplyDelete
  12. wahh meriah raya dengan Jedan Collection..erm..warna apakah itu..jeng jeng jeng..tunggu rayalah kan :)

    ReplyDelete
  13. Wah, banyaknya pilihan kat sini...

    ReplyDelete
  14. Wah cantik dan menarik ni Farah ...Kalau jahitannya bagus ok la kan..

    ReplyDelete
  15. cantik baju akak, ingat tema warna hitam tahun ni, rupanya pic telah di black n white kan, hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !