Rasa Kekok Beli "Dress Sweet Sweet"...

Farah Waheda Wahid
14

Ha ha ha, "sweet" ker??? Pada pandangan mata dan pada pendapat diri sendiri "sweet" lah...Tapi pada pandangan mata anda dan pada pendapat anda, tak dapatlah pula Farah nak pastikan yer tak??? Citarasa manusia ini berbeza-beza, namun inilah citarasaku... Ecewahhh... Kalau ada anak gadis pun ini jugalah yang bakal menjadi pilihan untuk anak gadis sendiri. Kalaulah kalau...Tapi nan hado punnn... Ada anak bujang trang tang tang tu yang seorang tu jer lah buat masa sekarang ini...Hik hik hik...Itupun dah syukur Alhamdullillah dah atas kurniaan Allah SWT nan satu itu... Kalau Abah Ash ni, dia tak minat "dress dress" ni, ahakss... tetapi beli ni pun dengan dialah minggu lepas ni... Ekekeke... Abah Ash tak minat "dress" dan katanya kalau ada anak gadis, dia tak berapa nak "favour" anak gadisnya pakai "dress" yang macam ni... Tapiiii, Mommy sukaaa... Ha ha ha, bila Mommy dah suka... apa pun tak boleh...Kalau dah kata suka, sukalah juga... Akan usahakan juga kannn??? Sampai berjaya!!! 

Hampir 2 tahun lebih dah berkecimpung di dalam bidang membeli-belah pakaian untuk anak lelaki...Dari sewaktu seawal mengetahui jantina Ash sewaktu Ash berusia 5 bulan di dalam kandungan sehinggalah pada waktu kini... 


Tak pernah sekalipun membeli pakaian untuk anak perempuan... Ihikss...dah tentu-tentulah anak "I is" lelaki kann??? Belinya T-Shirt, kemeja, seluar pendek, baju tanpa lengan, seluar panjang, "jumper" dan bla bla bla... Fesyen-fesyen anak lelaki... Apa kes pula nak beli baju untuk anak perempuan yer tak??? Ha ha ha... Jadinya dah terbiasa dengan rutin ini... Bila ke pusat membeli-belah, nampaknya baju budak lelaki jer lahhh... Tak nak tengok baju kanak-kanak perempuan!!! Ahakss...Sebab nanti jadi "jelly" dan kempunan...Bha ha ha..."Jelly" sebab baju kanak-kanak perempuan, comel-comel dan "sweet sweet"... Dulu kann asalnya "wish" nak anak perempuan, tetapi yang keluarnya lelaki. Tetapi Farah tak adalah kecewa ke apa ke, Farah syukur jer.... Jangan nak andai bukan-bukan lepas tu suka suki hati nak buat kesimpulan kata Farah tak bersyukur... Dah itu yang Allah SWT kurniakan...Alhamdulillah, asalkan sihat, cukup sifat dan sempurna itupun dah lebih dari cukup, tak kiralah apa jantinanya yer tak??? Lagipun, semua kawan-kawan pun asyik soh seh soh seh dengan Farah, syukur Alhamdulillah kerana Allah SWT kurniakan anak lelaki iaitu Ash kepada Farah. Ada sebab dan Ash tulah yang bakal jaga Farah nanti...In Shaa Allah, mudah-mudahan...Aminnn...

#ehhh "drifted" pula cerita...Hik hik hik...Ok ok, makanya bila dah lama tak membeli ataupun memang tak pernah membeli langsung dan tiada pengalaman membeli-belah baju kanak-kanak perempuan ni bukannya nak kata Farah hilang "sense of style or fashion" tu...Tapi rasanya kekok sedikit.... Ha ha ha... Iyaa... Rasa kekok ok??? Macam rasa pelikkkk jerrrr.... Tapi dalam pelik tak pelik, tetap beli juga. Untuk apa? Untuk siapa? Sebenarnya, hari Sabtu yang lepas kami berdua beranak ada menerima jemputan dari kakak angkat Farah untuk sambutan ulangtahun kelahiran anak gadis dia. Sambil-sambil tu selit-selit sikit gambar Ash (nak tunjuk gambar Ash tau, bukan gambar Mommy dia...muahahaha...) di sambutan ulangtahun kelahiran itu... 

Merahnyaaaa pipi gembollll tuuuu... Sebab anak teruna Farah ni memang tak tahan panas... Putera lilin...Hi hi hi, kalau di rumah tu asyik berpenghawa dinginnnn jerrr...Sampai pengsan Mommy ko membayar bil elektrik setiap bulan nak oiiii... Nampak tak nampak tak basah rambut dia tu, Berlari-lari, bertawaf satu rumah Mama Shira dia... Main itu main ini, tu yang jadinya macam tu tu... hu hu hu.... 
Ini namanya "wefie" tak jadi sebab seperti kelihatan di dalam gambar, dia nak lepas tu sebenarnya, teruja nampak kek yang dibawa keluar...
Yang menyambut kelahiran itu adalah sebaya dengan Ash... Lahir di tahun yang sama iaitu pada tahun 2013 tetapi bulan jer yang awal... Nama si gadis comel lote itu adalah Naazneen Raisya... Ihikss...kira-kira "girlfriend" Ash jugalah... Sebab mereka memang rapat dan bila Naazneen Raisya datang ke rumah pun, Ash suka sangat menyakat Naazneen ni, kalau Ash tak sakat Naazneen...Naaznee sakat Ash...Sama jer lebih kurang dua-dua tu.... Ash panggil Mama Naazneen Mama Shira, papa Naazneen Papa Joe, Naazneen panggil Mommy Ash...Mommy Farah... Ha ha ha... Gittchewss... Haippp!!! Tapi tak ada sebarang "proposal" untuk tunangkan waktu kecil dan padankan waktu kecil yer "or what so not"... Mereka kawan jerrrr... Ha ha ha... Memang keluarga kami rapatttt dari seawal waktu pindah ke taman perumahan kami sejak lebih kurang 12 tahun yang lalu. Kami adalah 2 keluarga yang awal berpindah ke sini... 

Dannn...inilah dia si gadis yang memiliki nama Naazneen Raisya ini... 


Yang rendah itulah Naazneen Raisya...Maaf kualiti gambar kurang memuaskan kerana tangan bergoyang disebabkan Ash yang tak reti duduk diam...Muahahaha...Kena kawal sikit sebab dia sibuk nak ke kek tu, nak "blow candle" juga...Ha ha ha, dia perasan itu "birthday party" dia gamaknya... Apa-apa pun terima kasih diucapkan kerana sudi menjemput kami anak-beranak untuk memeriahkan sambutan ulangtahun Naazneen yang ke 2 tahun. Semoga Naazneen membesar menjadi anak yang solehah, diberkati serta dirahmati Allah SWT, diberikan kesihatan tubuh badan dan juga diberikan kebahagiaan serta kejayaan dunia dan juga akhirat. In Shaa Allah, Amin... Mommy doakan untuk Naazneen ok??? 

*Bila sewaktu sambutan meniup lilin dan juga memotong kek dilakukan, tiba-tiba sebak (sebak simpan dalam jerlah punnn...ha ha ha) melihat telatah Ash dan juga bagaimana dia pun nak juga rasa benda yang sama... Erkkk...ha ha ha...tiba-tiba Mommy "touching"... Entah tak tau kenapa? In Shaa Allah yer Ash, tahun ni nanti kita buat yer untuk Ash secara kecil-kecilan...Doakan Mommy murah rezeki ok??? Nanti Mommy cuba rancang dan lakukan apa yang patut... 

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Adeh..touching pula cik akak dengar bebelan farah nie..hahaha...cik akak ngah anak sedara...siap beli kek....tak sampai hati tengok...hihu...

    ReplyDelete
  2. so sweet. PG doakan farah akan memiliki baby girl satu hari nanti. PG doakan.

    ReplyDelete
  3. Heheh. Ingatkan beli dress untuk sape :D

    ReplyDelete
  4. cantik laa dress tu..

    dijemput join 1st GA dari murni : )
    http://murnialysa.blogspot.com/2015/06/1st-giveaway-by-murni-alysa.html

    ReplyDelete
  5. suspen je beli dress utk sapa.sama jugak.kite pun since ada anak laki dah macam kekok2 nak bli baju gigirl.pdhl dlu expert beli baju utk anak2 sedara perempuan.

    ReplyDelete
  6. CANTIK DRESS NI SESUAI UTK ANAK PPUAN 2 THN KEATAS..HEE

    ReplyDelete
  7. santek dress tu, pandai dah pilih tu...

    ReplyDelete
  8. Sy pon suka bli dress cneggitu utk anak sedara..cutee hahaha

    ReplyDelete
  9. ala comelnyerr dress tue..anak dara ana mai besar baru ada hati nk pakai dres2 mcm tu..

    ReplyDelete
  10. In shaa allah...
    pasni ada rezeki anak gugirl utk farah :-)
    Aida da merasa both.
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. ingatkan ayu sorang je rasa kekok tu. masa mula2 nak shopping baju utk baby girl terasa janggal sangat. kat mata ni nampak baju utk boy cantik sangat.

    in shaa Allah, nnt ada la rezki farah nak beli gown untuk anak sendiri..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !