Pusing-Pusing, Goyang Kanan, Goyang Kiri Dan Menyanyi!!!

Farah Waheda Wahid
9

Kalau dah mata ke bawah dan tersenyum-senyum sendiri tu, maknanya dia sedang tonton sama ada Cip Cip Cip - Upin Ipin ataupun Timmy Time, ataupun Special Agent Oso ataupun Mickey Mouse Clubhouse. Kadang-kadang entah apa yang menggelikan hati sangat punnn Mommy tak faham... Muahaha... Mommy dia dah tak larat nak asyik ulang-ulang kartun yang sama sahaja... Sebab? Dah naik hafal dah jalan cerita dari A ke Z... Tak ada "excitement" dah... #ehhh... Ha ha ha... Mommy kan cepat bosan??? 

Ada satu bahagian menari dan menyanyi yang buatkan dia automatik berdiri dan selepas itu??? 


Ash menari secara "slow motion"!!! Mula-mula, pusing beberapa kali sampaikan Farah risau dia yang jadinya naik pening... Tapi takkk, makin bertambah seronok pula dia... Selepas itu goyang ke kanan, goyang ke kiri dan menyanyi... Tu diaa... Hai-lah Ash... Cuba rancak sikit menari tu??? #ehhh... Hik hik hik... 

Ingatkan gaya dia yang tersendiri... Rupa-rupanya memang bulat-bulat ikut video Mickey Mouse Clubhouse itu... Bila Mickey pusing, dia pun berpusing. Bila Mickey goyang ke kanan dan kiri dia pun goyang ke kanan dan kiri... Bila tiba bahagian "finito" di mana Mickey dan kawan-kawan Mickey yang lain menarik suara di dalam nyanyian... Dia pun sibuklah nyanyi sama... Koordinasi yang tepat dengan apa yang dia tonton. Itu tandanya perkembangan koordinasi dan pemikiran Ash sedang berkembang... Alhamdulillah di atas perkembangan yang positif ini... Semoga terus berkembang dengan baik...

Pada usia ini memang benarlah anak-anak kecil mudah mengikuti apa yang dilihat dan diperhatikan... Makanya tugas ibu bapa pada waktu ini adalah memantau serta memerhatikan setiap apa yang dilihat, setiap apa yang ditonton... 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. comelnyaaa ash...thaqif sekarang dok teruja dengan phone.lg asyik dok dengar doa dhuha kat phone ibu.

    ReplyDelete
  2. suka tengok perkembangan anak2 ni, comel!
    nanti bila mereka dah besar kita akan rindu moment ni..

    ReplyDelete
  3. Hoho..Seronok tgk ndk blaja menari ni..menghiburkan..huhu

    ReplyDelete
  4. budak sekarang mudah terikut bijak budaknya..

    ReplyDelete
  5. Comelnya Ash... Kanak2 sekarang bijak2 dan cepat belajar...

    ReplyDelete
  6. setuju...at this stage anak kita tgh explore...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !