Prebiu Eksklusif DVD "Training" Warna & Kerjaya

Farah Waheda Wahid
3

Di dalam entri yang telah di-"up"kan terlebih awal, Farah telahpun berkongsi tentang Bengkel MYRYL | Warna & Kerjaya. Di dalam entri tersebut, Farah dah cerita tentang siapa "trainer"nya, apakah aktivitinya dan apakah pengisiannya... Dan pada entri kali ini pula... sepertimana yang Farah maklumkan sebelumnya... Farah ingin berkongsi tentang DVD "Training" Warna & Kerjaya. 


Dengan kelebihan dan kepakaran yang dimiliki, bukan sekadar menganjurkan bengkel tetapi pihak MYRYL juga telah menghasilkan DVD yang berjudul "Warna & Kerjaya". DVD "Warna & Kerjaya" ini merupakan DVD yang pertama seumpamanya, dihasilkan oleh MYRYL bagi tujuan untuk membantu golongan dewasa yang bekerja tetapi ingin membuat perubahan kerjaya ataupun ingin memulakan perniagaan; namun tidak tahu apakah kerjaya ataupun perniagaan yang perlu diceburi. 

Ini macam contohnya, contohnya lah ek??? Anda bekerja, lepas tu dah rasa bosan nak kerja makan gaji ataupun bekerja di dalam sesuatu bidang tu...Anda rasa alangkah seronoknya kalau dapat berhenti dan bekerja sendiri ataupun dapat berhenti kerja dan kemudiannya beralih bidang...Masalahnya... anda tak tahu apa yang anda nak buat selepas ni? Anda tak pasti bidang mana atau arah mana yang boleh anda cuba? Haaaa...lebih kurang macam tulah... Tak punn...Anda rasa tiba-tiba nak beralih angin nak bekerja di dalam bidang yang lain, tetapi tak pasti sama ada bidang tu akan membuatkan anda cemerlang ataupun tidak, berjaya ataupun tidak? Kalau-kalau berada di dalam situasi ini...bolehlah tonton DVD "Training" Warna & Kerjaya ni... Memang sesuai sangat-sangat dah tu... 

Apa yang terkandung di dalam DVD "Training" Warna & Kerjaya ini??? Kira-kira ini macam "sneak preview" dan Farah akan kongsikan secara rumusan dan secara ringkas apakah kandungan yang terdapat di dalamnya untuk anda mengetahui apa yang Farah dapat daripada DVD "Training" Warna & Kerjaya ini... Sebenarnya...pengisiannya adalah sama seperti Bengkel MYRYL | Warna & Kerjaya, cumanya pengisian di dalam DVD ini adalah lebih terperinci atau "detail"... Mari kita lihat... 


Module 1 : "Who Am I?"
Satu modul yang boleh membantu anda untuk mengidentifikasi personaliti diri yang sebenar dan juga potensi yang tersembunyi melalui terapi warna. 

Contohnya untuk Farah:

Warna luaran diri Farah adalah merah jambu... ha ha ha...ciskek...ada ker kata Farah seorang yang emosional.. Errr... Tapi betul kot...Memang emosi punnn... cumanya he he he...bacalah sendiri apa yang dinyatakan di atas... Warna-warna lain adalah putih, hijau dan biru... 


Module 2: "Unlock & Unleash"
Modul yang boleh membantu anda untuk mencapai tahap potensi diri yang sebenar dan di dalam masa yang sama, belajar untuk membebaskan diri dari kekangan minda.


Module 3: "Walk The Talk"
Modul yang direka khas supaya anda boleh belajar dan menguasai "relevant tools" yang boleh diaplikasi di dalam kehidupan seharian. 


Dan di bahagian yang seterusnya... DVD ini juga melalui Shuhada memaklumkan kita bagaimana untuk reset minda dengan teknik SWISH dan juga "The 10 Step Game Plan" yang boleh kita lakukan untuk mencapai apa yang kita impikan.

Intipati DVD "Training" Warna & Kerjaya ini bagi Farah secara peribadi adalah sangat bermanfaat dan sangat menarik... Shuhada Alauddin, pengasas MYRYL yang merupakan pakar Pembentukan Personaliti, Terapi Warna dan Analisis Perlakuan dan juga seorang yang pernah melalui perubahan kerjaya sebelum ini, sepertimana yang Farah telah maklumkan di dalam entri sebelum ini. Beliau telah menghasilkan modul-modul khas yang dinyatakan di atas yang membincangkan topik tertentu bagi membantu setiap individu menghasilkan apa yang diingini; dengan perubahan kerjaya dan business start up sebagai matlamat utama. 

Di dalam DVD Warna & Kerjaya ini, Shuhada turut berkongsi tentang bidang-bidang kepakaran dan juga pengalaman beliau dengan tujuan untuk membantu orang ramai untuk mengenalpasti apa yang mereka inginkan, apa yang mereka boleh jangkakan dan juga langkah yang perlu diambil tatkala membuat perubahan kerjaya ataupun memulakan perniagaan baru.

Apa yang lebih menarik tentang DVD ini adalah pendekatan yang diambil Shuhada untuk berkongsi dan membantu orang ramai yang ingin membuat perubahan kerjaya ataupun memulakan perniagaan; adalah melalui warna.  Sebagai penambahan nilai kepada mereka yang membeli DVD ini, Shuhada turut membuat perkongsian tentang aplikasi warna dalam kehidupan seharian.

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai MYRYL dan DVD "Training" Warna & Kerjaya:





E-Mail MYRLY:


Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !