Perkara Yang Boleh Dipelajari Dari Bayi

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari Google
Sebelum ada anak, lain corak kehidupannya, bila dah ada anak, lain pula corak kehidupannya. Segalanya berubah, segalanya tak sama...He he he...Dan anak itu merubah keseluruhan hidup kita... Betul tak??? Errrr...taklah seluruh tetapi kebanyakan daripada perkara di dalam kehidupan kita berubah. Bila kita pandang muka bayi yang baru lahir, terasa tenang dan damai sangatttt kannn??? Kan? Kan? Kan? Kenapa agaknya? Muka bayi yang bersih dan suci itu sendiri memberikan ketenangan kepada kita bahkan kalau rasa tertekan, kita sangatlah disarankan pandang muka bayi. Itulah juga yang Farah selalu lakukan... 

Sedar atau tidak sebenarnya kita boleh belajar banyak perkara daripada seorang bayi baru lahir yang hanya terbaring tanpa boleh melakukan apa-apa... Menurut satu artikel yang menarik di SINI, antara perkara yang boleh dipelajari oleh kita yang dewasa ni dari seorang bayi adalah...

Belajar Tentang Kejujuran
Saat bayi anda mahukan sesuatu keperluannya seperti susu, ditukarkan lampin, tidur atau mahu didukung dia menggunakan suara tangisannya sebagai alat komunikasi. Suaranya itu membuatkan kita segera memenuhi keperluannya. Cuba lihat wajah si kecil ketika itu. Terpancar kejujuran tentang apa yang dia perlukan. Selepas bayi mendapat apa yang diperlukan, terpancar pula kegembiraannya tanpa sebarang penipuan. Si kecil memberitahu dengan jujur apa yang dia inginkan dan dirasakan.

Belajar Lebih Prihatin
Bayi keluar dari rahim ibunya ke dunia ini tanpa apa-apa. Dalam kedinginan dan tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menyusu, buang air, menangis dan tidur. Si kecil amat memerlukan pertolongan ibu ayahnya. Dalam ketidakupayaannya, dia perlukan ibu dan ayah ada di sisi setiap saatnya. Justeru, dia mengajar kita untuk menjadi lebih prihatin dan belas kasihan dengan orang-orang di sekeliling.

Belajar Untuk Sabar
Bukan mudah melayan kerenah bayi kecil yang sukar difahami keinginannya. Minggu-minggu awal kelahiran bayi, anda sedaya upaya memahami tingkah lakunya hanya menerusi tangisan si kecil. Awalnya memang kita hampir kalah dan tidak faham apa yang diinginkan. Tetapi lama kelamaan kita semakin cekap dan mahir memenuhi keperluannya hanya dari sebuah tangisan.

Belajar Merendah Diri
Kadangkala ada sesetengah kita terlalu angkuh dengan ego yang dimiliki. Tetapi percayalah bayi yang kecil dan tidak mampu melakukan apa-apa itu boleh mengubah segalanya. Dia tidak pernah peduli ayah atau ibunya seorang yang ternama, terkaya, terkenal dan sebagainya kerana apa yang dia tahu, dari kerdipan matanya yang hening, senyumannya yang manis dan gerakan kecil yang dilakukan mampu membuatkan si ayah dan ibu belajar merendah diri dan tidak angkuh dengan apa yang dimiliki.

Belajar Merasa Bahagia
Kita akan tersenyum bahagia saat melihat anak kita tidur, menyusu, tersenyum dan sebagainya lagi. Setiap saat bersama bayi kecil adalah anugerah terindah yang Allah kurniakan. Mungkin sebelum kehadirannya kita tidak perasan makna bahagia dari sebuah kesederhanaan yang mampu diperoleh daripada insan kecil bernama bayi.

Dannnn pada Farah, bukan itu sahaja...banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh kita pelajari dari anak kecil kita yang ada kalanya boleh merubah perspektif kita dan juga pendirian kita ke atas sesuatu perkara....

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. aah la..suka tengok time dia tidur, waktu tu la boleh tatap muka dia puas-puas..berisi jugak anak mama ni :)

    ReplyDelete
  2. banyak kan yg boleh di pelajari

    ReplyDelete
  3. yang bab sabar tu memang kena sabar hahahaa

    ReplyDelete
  4. pasal jujur dan sabar tu mmg betul sally setuju...kadang-kadang rasa kenapa la dorang tak reti marah...tapi tu la kuasa Allah :)

    ReplyDelete
  5. comel tgk wajah baby bila tidur..tenang je...
    excited nak tunggu baby keluar..nak belajar dri baby..merasai pengalaman sendiri

    ReplyDelete
  6. bila dah ada baby , rasalah semua perasaan tu mcm mana kan ...

    ReplyDelete
  7. bestnya ada baby dan boleh tengok perkembangan depan mata :)

    ReplyDelete
  8. aida da ada 3 anak...
    telah melalui pelbagai fasa...
    memang terlalu luas ilmu Allah ni yg kita belajar dari anak2 ni :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !