Home » , , , , , , , , , » My Recommendation | ZA Deep Cleansing Oil...

My Recommendation | ZA Deep Cleansing Oil...


Kalau nak kulit wajah yang cantik orang kata adalah amat baik jika sekiranya mengamalkan suplemen-suplemen bagi mencantikkan kulit. Iya, itu Farah tidak nafikan. Di pasaran sekarang ini "trending" nya adalah suplemen yang berfungsi sebagai suplemen yang mengebu gebas, mencerah serta mencantikkan kulit. Farah sendiri mengamalkan suplemen untuk menyokong kecantikan kulit dari dalam. Cumanya Farah berpendapat, jika hanya bergantung kepada suplemen sahaja tetapi kebersihan kulit wajah tidak diambilkira, tidak dijaga, punnn tak boleh juga. Kita tak boleh bergantung semata-mata kepada suplemen dan melupakan bahawasanya kulit wajah perlu dibersihkan dengan betul dan betul-betul bersih setiap hari. Terutama kepada mereka-mereka yang merupakan "heavy make-up user" ataupun di dalam Bahasa Melayunya... Pengguna solekan tegar...Ha ha ha, bunyi macam "direct translation" jer kannn??? Tak kisahlah, janji anda faham apa yang Farah cuba sampaikan...

Tapi kann sebenarnya, sama ada anda adalah pengguna solekan yang tegar ataupun tidak... wajah tetap perlu dibersihkan supaya wajah kita boleh mendapat oksigen yang diperlukan sepenuhnya untuk bernafas... He he he...bila wajah tak boleh nak bernafas disebabkan solekan... lepas tu solekan ditambah pula dengan   kekotoran udara yang tercemar di sekeliling ataupun bila wajah tak bersolek lagilah "direct" debu-debu, habuk, kekotoran semua melekat ke kulit muka, itu yang menjadikan kulit muka mengalami keradanganlah, jerawatlah, tona muka tak sekata lah... itulah inilah... bila dah jadi macam tu wajah pun kelihatan kusam, wajah pun tak nampak berseri...beli produk mahal-mahal macam mana sekalipun, jika tidak digunakan ataupun jika digunakan dengan cara yang tak betul pun boleh jadi masalah juga yer tak...

Sebenarnya di dalam menjaga kecantikan kulit wajah ni ataupun penjagaan kulit tubuh badan ni, yang penting caranya yang nak kena betul yer tak??? Kalau cara tak betul, pakailah kot ni ka apa sekali pun... Hu hu hu...memang sama ada tak ada kesan langsung, tak berkesan ataupun menjadikan kulit semakin teruk... Tak dinafikan keserasian bahan-bahan yang digunakan di dalam sesuatu produk itu memainkan peranan juga di dalam hal ini, tetapi kalau cara penjagaan kulit kita itu kita rasa dah betul dan kemudiannya masalah masih timbul, adalah lebih baik dihentikan penggunaan produk tersebut. Takut-takut nanti menjadi semakin teruk, cubalah beralih ke produk yang lebih sesuai. Betul tak??? Jangan sampai kulit merengsa baru nak hentikan penggunaan...

Farah dan solekan ni nak kata sinonim sangat pun tidak juga...kalau dulu sebelum ada Ash mungkin yer... setiap hari kecuali hujung minggu. Itupun kadang-kadang hujung minggu bersolek juga... sebab ada majlis ke apa ke kan? Kalau keluar jalan-jalan ke.... Memang selalu sangat bersolek... Kalau orang lain alat solek boleh tahan dan kekal 3-6 bulan, Farah ni setiap 2 bulan sekali berganti...Bha ha ha... Tetapi sekarang ni semenjak hadirnya Iman Ash, amat jarang bersolek iya-iya sangat... kecuali kalau ada apa-apa majlis yang perlu Farah hadiri, ada temujanji ke, pergi pejabat??? Itu...ikut "mood", kalau rasa nak bersolek sakan, akan bersolek sakan, kalau tidak, yang asas sahaja... cukup untuk kelihatan "presentable" kaedahnya kononnya...Muahahahaha... "Presentable" lah sangat kannn???

Oleh yang demikian...ha ha ha, bunyi ibarat menyediakan surat rasmi pula... ok ok, oleh yang demikian, memandangkan Farah ni adalah seorang yang bersolek... sebelum membersihkan wajah dengan sabun pencuci muka, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menyental menghilangkan kesan-kesan solekan di wajah terutama yang degil-degil tu kan? Macam "eye liner", maskara... nak nak lagi jenis yang kalis air... Apa orang kata... pra pembersihan...ngeh ngeh ngeh... Secara senangnya, bagi mereka yang sudah biasa bersolek, akan terus terlintas... "makeup remover"... Betul tak? Betul tak? Di pasaran terdapat pelbagai jenis "makeup remover"... Farah ada cuba beberapa "makeup remover" yang dijual di pasaran, tetapi paling terkini Farah seakan ibarat terjatuh cinta pandang pertama kepada produk keluaran ZA yang dinamakan sebagai ZA Deep Cleansing Oil.


Bila sebut ZA Deep Cleansing Oil... bagi yang belum pernah mencuba produk keluaran ZA ini pasti perkara yang terlintas di kotak pemikiran anda perkataan... "deep cleansing oil" itu kann??? Pasti anda membayangkan yang ianya sangat-sangat berminyak dan mengakibatkan muka anda boleh jadi berminyak selepas itu. Bagi pengalaman Farah, ZA Deep Cleansing Oil ini adalah jenis yang berminyak tetapi berair yang sesuai untuk solekan degil, solekan kalis air, maskara, celak dan juga kekotoran kulit yang lain. Bahan-bahan yang terdapat di dalam ZA Deep Cleansing Oil adalah "Mineral Oil, Ethylhexyl Palmitate, PEG-12 Diisostearate, Diphenylsiloxy Phenyl, Trimethicone, PEG-10 Isostearate, Water, Tocopheryl Acetate, Olea Europea (Olive) Fruit Oil, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, PEG-8 Diisostearate, Alcohol, Isostearic Acid, BHT, Tocopherol, Fragrance". Ianya tidaklah terlalu mahal dan mampu milik buat semua...

"ZA Deep Cleansing Oil in Action"
Tengok botol ajer buat apa yer tak??? Ha, meh meh meh, ni nak tunjuk demo sedikit... Farah gunakan tangan sebagai objek untuk eksperimen bagi entri ini. Bukan sebab apa, sebab sewaktu terfikir nak berkongsi tentang ZA Deep Cleansing Oil ni sewaktu tu jugalah dah selesai bersihkan wajah. Hik hik hik...Makanya ini adalah salah satu cara yang paling hampir untuk menunjukkan keberkesanan ZA Deep Cleansing Oil ini... 



1. Pamkan ZA Deep Cleansing Oil sebanyak 2 kali pam di tangan. Kalau ikut saranan penggunaan 3 - 4 pam, tetapi Farah rasa 2 pam pun dah memadai. 

2. Anggapkan tangan itu adalah wajah yang telah disolek. Dan sekarang kita nak hilangkan solekan serta kekotoran itu... Sapukan di seluruh wajah, gosok-gosok sedikit secara lembut tanpa menggunakan tekanan ke atas kulit wajah. Keseluruhan wajah yer???

3. Setelah langkah kedua, ada orang lapkan dengan kertas tisu untuk menanggalkan kotoran tu, kemudiannya baru bilas atau mencuci muka dengan sabun pencuci muka. Tetapi Farah lebih suka untuk terus membilas dengan air sehingga bersih.

Dan jika dilihat di gambar ke-4, ZA Deep Cleansing Oil akan berubah tekstur kepada cecair putih yang semacam sabun tetapi tidak berbuih jika dibilas dengan air. Selepas membilas, kebiasaannya Farah akan mulakan proses pembersihan wajah dengan penggunaan sabun pencuci muka yang mana selepas itu, hasil sebegini akan Farah dapati... 




Bila dah selesai semua, memang kulit wajah akan rasa sangat bersih dan lembut jer... Farah suka rasa selepas pembersihan wajah dengan menggunakan ZA Deep Cleansing Oil ini.... 

Rumusan Pengalaman Penggunaan ZA Deep Cleansing Oil bagi Farah:
* Ianya tidak terlalu mahal.
* Ia menghilangkan solekan dan semua kesan minyak.
* Wangian yang ringan.
* Ia jelas kelihatan dapat mengurangkan liang-liang pori.

Mungkin ZA Deep Cleansing Oil ini serasi dengan Farah kerana setakat ini tiada apa-apa masalah yang Farah hadapi dengan menggunakannya. Jika anda tercari-cari "cleansing oil" yang bersesuaian mungkin boleh cuba ZA Deep Cleansing Oil juga...Manalah tahu jika ianya bersesuaian dan anda rasa "worth the price"... Dan di bawah adalah sedikit perkongsian Mini Review | ZA Deep Cleansing Oil untuk pandangan kedua mengenai produk ini... 


Harga pasaran kalau di Watson adalah lebih kurang RM 42.90... Jika berminat bolehlah cuba-cuba tinjau-tinjau di Watson, sebab jika produk ZA ni Farah rasa yang senang carinya hanyalah di Watson... Tempat lain tu kadang-kadang payah sikit nak jumpa... He he he... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel My Recommendation | ZA Deep Cleansing Oil..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, June 11, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Wah ada jual di Watson...best yer...watson mmg tempat port julia lepak gelebek produk2 badan ni...nanti nak sekodeng ZA ni kt watson kalau ada tester lg syiokkk leh cuba nanti...TQ review farah

    ReplyDelete
  2. wah mcm best jer....harga pun berbaloi2..nnt nk minta abg blnja hihi

    ReplyDelete
  3. saya selalu guna minyak zaitun jer . tapi setakat utk tanggalkan mekup je lah fungsinya ... blh cuba nanti ...

    ReplyDelete
  4. gebusnye pipi uols..geram cam nk gigit2 nak cubit2
    cer bg petua caner nak dpt pipi gebus cam tu hehe
    atau mmg pakai produk ZA ni mmg akan buat pp kita gebus ke hehe

    ReplyDelete
  5. packaging cantik..!!
    hehe

    kite kengkadang rajin mekap, rajin sangat..bila dah malas, malas sangat..
    tapi perlu jugak la cleansing oil camni.,,baru muka bersih..
    double cleansing penting walaupun tak mekap sebab muka terdedah kepada kotoran kan..huhu
    nice review~

    ReplyDelete
  6. lepas pakai make-up mmg kena bersihkan sebersihnya, sbb kalau cuci tak bersih boleh naik jerawat, hehe.. kalau dekat watson, senang la nak cari ni.. :D thank you kak farah share.. nnti boleh cuba..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY